AYAM PANGGANG PANAS!!! adoyaiii tak habis habis citer ayam minggu ni


Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan


memesan ayam panggang seekor.. Beberapa minit

kemudian pesanannya sampai...

Tapi sedang dia menikmatinya makanannya..

pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..



"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada

di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir

yang kami ada... Maaf ya Encik."



Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk,

ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,



"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya.

lagi pun saya juga membayarnya. "



Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan,

lelaki gagah tadi dengan wajah marah

sambil membawa pisau menghampiri Razak.





"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!!

Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam

itu akan aku lakukan juga terhadap engkau.

Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau.

Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga

perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau

lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."



Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan

Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya

dan menjilat bontot ayam tersebut...

Altantuya - tragedi penuh misteri melibatkan VVIP Malaysia Bakal Terbongkar!


---------------------------------------------------------

[Pagi ini nanti, di Mahkamah Rayuan, perbicaraan dua pengawal peribadi polis elit Malaysia Sirul dan Azhar yang dijatuhi hukuman mati pada dua tahun sembilan bulan yang lalu akan kerana mengambil upah membunuh penterjemah wanita Mongolia, Altantuya akan berlangsung di sini . Sempena itu jom kita imbas semula artikel lama yang mengenai tragedi yang penuh misteri ini kerana dikatakan melibatkan seorang VVIP negara]

Mahkamah Tinggi Shah Alam akan menjadi perhatian orang ramai dan media, apabila Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin menyampaikan keputusannya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Keputusan Mohd Zaki bukan sahaja menjadi debaran kepada tiga tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar (kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas, UTK) dan penganalisis politik tanah air Abdul Razak Abdullah Baginda, malahan kepada para pemerhati politik dan orang ramai.

Kes berprofil tinggi ini mencetuskan pelbagai spekulasi sehinggakan nama seorang pemimpin negara pernah dikaitkan dan menyaksikan babak-babak yang mengejutkan pada sepanjang prosiding. Kes pembunuhan Altantuya di mana mayatnya dilupus menggunakan bahan letupan di Puncak Alam berlarutan hampir dua tahun dan pihak pendakwaan akhirnya menutup kes pada 23 Jun lepas.

Sekiranya keputusan hakim memihak kepada pendakwaan yang berpendapat wujud prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh, mereka akan dipanggil membela diri manakala jika sebaliknya kesemua mereka akan dilepas dan dibebaskan.

Semua Tertuduh Yakin Akan Dibebaskan