Nenek curi ubi kayu dihukum penjara 2 tahun ....



Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Sejarah Awal Lembah Bujang

Sejarah Awal

Lembah Bujang merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal di Malaysia kerana mempunyai pelbagai khazanah tinggalan zaman. Kedudukan Lembah Bujang adalah merangkumi kawasan seluas 144 batu persegi dengan pembatasan Bukit Choras di bahagian Utara, Sungai Muda di bahagian Selatan, Selat Melaka di bahagian Timur dan Lebuhraya Utara - Selatan di bahagian Barat. Kedudukan ini dianggap strategik kerana amat sesuai dijadikan destinasi bersejarah. 

Asal Usul BOLASEPAK berasal dari?

Saudara pembaca, sukan bola sepak moden secara umumnya dianggap dicipta oleh orang Britain pada awal abad ke-19. tetapi sebenarnya sukan bola sepak yang paling awal sudah wujud di China pada 2300 tahun yang lalu. Sempena Pertandingan Piala Bola Sepak Asia ke-13 di China pada bulan ini, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa menegaskan lagi bahawa sukan bola sepak berasal dari China. 
Sekarang, sukan bola sepak merupakan sukan yang paling popular di seluruh dunia, malah disebut "sukan pertama di dunia". Terdapat banyak pandangan tentang asal-usul bola sepak, terdapat catatan tentang orang pada zaman kuno menyepak bola sebagai hiburan di kebanyakan negara seperti China, Britain, Jepun, Greece dan Mesir. Tetapi pandangan umum ialah sukan bola sepak moden berasal dari Britain. Pada awal abad ke-19, mahasiswa England menjahit kulit lembu sebagai bola, dalamnya diisi bulu, dua kumpulan berbanding di padang untuk merebut bola itu, pihak yang berjaya mejaringkan lebih banyak bola ke dalam palang gol pihak lawanan dikira menang. Tetapi pada zaman itu, belum terdapat peraturan tentang jumlah pemain dan peraturan permainan bola sepak itu.