UMUM - Kubur Yasser Arafat akan digali pada 26 November Untuk Siasat Punca Sebenar Kematian

 
 
Kubur bekas pemimpin Palestin Yasser Arafat akan digali pada tarikh 26 November depan kata seorang diplomat Barat. Tindakan menggali semula kubur Yasser Arafat bertujuan untuk siasatan mengenai punca sebenar bekas pemimpin Palestin itu.

Kumpulan penyiasat yang ditugaskan untuk mengkaji balik punca kematian Arafat dari Institut Fizik Radiasi, Universiti Lausanne, Switzerland. Kumpulan penyiasat tersebut telah tiba lebih awal untuk persiapan penggalian kubur itu.

Yasser Arafat dikatakan meninggal dunia di sebuah hospital tentera di Paris pada tarikh 11 November 2004. Bagaimanapun, Pakar-pakar Perancis tidak dapat mengesahkan punca kematian bekas pemimpin itu. Boleh dikatakan ramai penduduk Palestin berpendapat  dengan yakin bahawa Yasser Arafat meninggal akibat diracun Israel.

Hasil siasatan terdahulu ada mendakwa terdapat bahan radioaktif polonium ditemui pada barang-barang peribadi Arafat. Difahamkan Polonium adalah bahan beracun yang pernah digunakan untuk membunuh bekas perisik Rusia, Alexander Litvinenko pada suatu masa dahulu.

UMUM - Amaran Anonymous Terhadap Operasi Kejam Israel (Video)

 
Organisasi penggodam Anonymous memberi amaran terhadap operasi kejam israel terhadap Palestin. Kemarahan Anonymous ini berpunca daripada israel yang menyerang penduduk Gaza menggunakan peluru berpandu dengan alasan bahawa Hamas merancang untuk menyerang kawasan Yahudi. Tambahan lagi, pihak israel yang bertindak menyekat beberapa rangkaian telekomunikasi internet untuk mengelak daripada perkara sebenar diketahui dunia luar ini telah mencetus kemarahan pengumpulan penggodam seluruh dunia Anonymous.