GAMBAR fail menunjukkan lokasi peninggalan tamadun Mayan di Chiapas,
Mexico.

BANDAR RAYA MEXICO - Agensi Pelancongan Mexico menjangkakan dapat menarik kehadiran 52 juta pelawat menjelang tahun 2012 ke rantau yang dikaitkan dengan tamadun Mayan seperti Chiapas, Yucatan dan Tabasco.
Sebelum ini, Mexico dapat menarik kehadiran sekitar 22 juta pelancong luar pada setiap tahun.
Peningkatan mendadak dalam jumlah pelancong kali ini dikaitkan dengan ramalan penduduk Mayan bahawa kiamat bakal berlaku pada tahun depan.
Kiamat itu diramalkan berlaku pada 21 Disember 2012.
Pekan dan bandar raya di kawasan tamadun Mayan memulakan kiraan tamatnya
kalendar Mayan tersebut semalam.Namun, ramai ahli arkeologi berpendapat rujukan kepada tarikh tersebut yang diukir pada batu bersurat berusia 1,300 tahun cuma menandakan tamatnya


