Kesemua
tahanan termasuk Adam Adli yang ditangkap awal pagi tadi dalam satu
perhimpunan yang berlangsung di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) telah dibebaskan, pada kira-kira jam 4 petang tadi. Malah,
Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan
Anang yang dikejarkan ke hospital kerana kecederaan yang parah, kini
semakin pulih, menurut sumber.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Razab mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa 17 orang tahanan termasuk Adam Adli dan rakan-rakannya telah dibebaskan dari IPD Slim River tadi. Menurutnya, kira-kira 300 orang berada di luar balai polis berhimpun menuntut pembebasan tahanan siswa/i. Malah, sesetengah warga Facebook telah menyeru agar rakyat menelefon ke Balai Polis untuk mendesak agar tahanan dibebaskan mereka, sejak pagi tadi.
Menurut Syukri, mereka tidak didakwa di bawah apa-apa akta, bagaimanapun, tahanan dikehendaki melaporkan diri di Mahkamah Majistret Tanjung Malim pada 20 Januari 2012. Beliau menambah, dirinya berasa gembira kerana solidariti siswa/i yang membebaskan mereka.
Menurut sumber dari laman We Are All Safwan Anang, yang ditubuhkan pagi tadi, Muhammad Safwan Anang yang dikejar ke hospital lantaran kecederaan parah kini semakin pulih keadaannya.
Di samping itu, dalam satu kenyataan tadi, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM)

MPMUM kutuk tindakan polis