Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Amalina tak peduli apa orang ramai kata !!!


writes " Respons Nur Amalina di facebook terkini; Peduli orang lain kata, aku tanggung sakit setiap hari Ikut cara budaya barat yang bebas tanpa ikatan peraturan dan hukum dikatakan yang hidup yang cool yang digambarkan Nur Amalina Che Bakri yang meluas tersebar di internet.



 Nur Amalina pelajar cemerlang memperolehi 17A keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2004 rekod pendidikan Malaysia yang diumumkan March 2005.
Amalina telah ditaja Bank Negara Malaysia (BNM) melanjutkan mengajian perubatan peringkat Universiti Edinburghdi United Kingdom, London selepas memperolehi A-Level di Cheltenham Ladies College di UK.
Namun menghadapi kegagalan kali kedua pengajian perubatannya di universiti Edinburgh.

Gadis melayu Sufiah genius Mathematik jadi pelacur, Aarif genius pun jadi berkahwin GAY, yang ni genius SPM 17A dah jadi begini... Apa la silapnya... Hurm...Biar orang bodoh dihantar keluar negara balik boleh jadi pandai. Orang genius jangan dihantar ke luar negara jadi teruk sebab belum tentu baik.. sebagai teladan.

Di zaman digital dan di era twitter, facebook, blog yang kini semakin meluas ke segenap kota dan desa meliputi peringkat umur tau dan muda, seharusnya kita semua perlu berwaspada. Malah jika tiada semua pun, sebagai umat Islam kita perlu meyakini bahawa Allah Maha Melihat dan Maha mengetahui apa juga yang kita lakukan dan Allah berhak dan Maha Berkuasa di atas segala sesuatu - samada untuk memuliakan atau menghinakan.

Itulah KEBENARAN semua orang tidak menafikan dan gambar disiarkan bukan bertujuan untuk memfitnah atau mengaibkan peribadi malah bertujuan supaya Nur Amalina bertaubat dan kembali kepada yang baik, berpekerti muslimah dan tidak lagi melakukan perkara-perkara lebih besar iaitu mendatang fitnah kepada umat Islam.

Allah tidak menzalimi kita tetapi sebaliknya kitalah yang sering menzalimi diri sendiri.

Allah s.w.t. telah memperingatkan:
وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ
“Dan musibah saja yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (kesalahan-kesalahanmu). ”[Asy-Syura: 30]

Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan makna ayat di atas, “Musibah apapun yang menimpa kalian wahai manusia, penyebabnya tidak lain karena dosa-dosa yang kalian kerjakan.” [Tafsir Ibnu Katsir, 7/208, cetakan Dar Thaybah 1420 H]


"

FOTO: GAMBAR SEKSI PELAJAR BIJAK NUR AMALINA TERSEBAR!!!


Penulis tidak mahu membuat sebarang spekulasi terhadap foto-foto yang penulis terima melalui email ini. Masih ingat tak dengan pelajar cemerlang SPM ini-namanya Nur Amalina Che Bakri.

Apa yang penulis boleh katakan-penulis sangat sedih bahawa pelajar cemerlang yang mengegarkan negara ini sewaktu kita dulu dengan kecemerlangannya dalam keputusan SPM 2004 telah berubah sangat.







Gempar .. kejadian manusia lenyap 2/3 dari muka bumi ini pada tahun 2012 ?

SEMUA BACA NI, SANGAT PENTING..!!!!! Cuba lihat kalender tahun 2012.... Pada 1 Ramadhan tahun 2012 jatuh pada 20 Julai, iaitu hari Jumaat, jadinya 3 Ogos 2012 bersamaan dengan 15 Ramadhan juga pada hari Jumaat. Sama dengan 1 hadis Nabi Muhammad SAW tentang  huru-hara besar yg akan terjadi pada tengah malam, pertengahan bulan Ramadhan iaitu pada hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru-hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... 1 suara yang sangat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru-hara  yang akan melenyapkan umat manusia sebanyak 2/3 manusia di atas muka bumi ini, maka yang tinggal hanya 1/3 sahaja selepas itu. Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012, sebuah planet yang dikenali planet X akan melintasi bumi... 
Adakah kita merupakan manusia yang bakal tergolong dalam 1/3 itu..? Adakah peristiwa itu benar² akan terjadi pada 2012..? Hanya ALLAH SWT yg Maha Mengetahuinya.. Yang penting kita perbanyakan ibadah & berdoa agar kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah SWT, jika mati biarlah kita mati dalam Islam & beriman.. Apapun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi Muhammad SAW di bawah:-

Boboi tewas MLM kerana perli Rosmah?

Pertandingan Maharaja Lawak Mega Akhir Jumaat lalu, keputusannya telah dijuarai oleh kumpulan Osbon yang dianggotai oleh Os dan Abon yang pada mulanya kedudukan mereka ditempat ke 3 dengan berkongsi peratusan undian 30% di belakang kumpulan Syok yang berada di tempat ke 2.

Sebelum itu kumpulan Boboi mengungguli carta di tempat pertama dan kedudukan ke 4 adalah kumpulan Saehu iaitu satu-satunya kumpulan daripada Indonesia yang bertahan ke peringkat akhir Maharaja Lawak Mega.

Pada mulanya ramai yang menjangkakan Boboi yang bakal bergelar juara hari itu kerana ramai yang merasakan kumpulan yang dianggotai oleh Harun Salim Bachik dan Afdzlin Shauki itu konsisten dari segi persembahan mereka sejak minggu pertama hingga akhir.

Rupa-rupanya, ada yang berkata dalam facebook, mereka tewas kerana dalam lawak mereka di bahagian pertama pada malam itu, kerana ada unsur-unsur memperli isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Afdzlin yang melakunkan watak sebagai “Datin Maimun” dengan mengenakan fesyen rambut berjambul ala Rosmah, apabila ditanya mahu apa, dia mahukan: “Cincin berlian, nak beg tangan mewah dan subang gelang berlian serta banglo mewah di Damansara. Juga nak berlakon video klip dengan Anuar Zain di Paris”.

Ada juga disebut MLOM, dekat dengan FLOM (First Lady of Malaysia).

Mungkin adegan tersebut secara tidak langsung atau tidak mengenakan sesiapa, tetapi ada yang berkata cara lawak Boboi itu amat tidak disenangi oleh pihak tertentu yang terdapat sedikit unsur sindiran.

Video lawak tersebut boleh dicapai di bawah:-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...