Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

G O S S I P - Punca Hancurnya Mahligai Syahdu Yang Di Bina 'HATTAN'

Gossip baru berlegar di sebalik penceraian Mohd Shukri bin Shahabudin atau nama glamournya 'Hattan' dan ini bukan calang calang gossip biasa.

Ramai orang tertanya tanya akan punca sebenar penceraian Hattan & Farah Asyikin yang perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama 2 bulan.

Hattan sehingga ke hari ini masih tidak mengeluarkan apa apa kenyataan kepada media namun peminat sendiri nampaknya jumpa beberapa gossip menarik.

Seorang penggiat forum hiburan terkenal, Cari kongsikan sebuah blog yang didakwa milik Farah Asyikin namun kini sudah di’godam oleh mereka yang tidak berpuas hati terhadap beliau & suami, Hattan. Dan, individu yang tidak dapat dipastikan identiti ini telah mendedahkan beberapa masalah pasangan suami isteri yang bernikah pada November 2011 lalu. 
Farah Asyikin di’dakwa berhutang dalam jumlah yang banyak kepada seseorang dan penggodam itu meminta beliau untuk menggunakan suami, Hattan untuk membayar segala hutang piutang beliau.

Bukan itu sahaja, Farah Asyikin juga di’dakwa pernah mengandung hasil hubungan bersama seorang kekasih berbangsa asing ketika berada di Jakarta, Indonesia dan menggugurkan kandungan tersebut.

Jika benar apa yang di’dakwa oleh penggodam blog Farah Asyikin ini, bermakna wanita ini memang mempunyai masalah peribadi yang agak dahsyat sebelum berkahwin dengan Hattan. Hmm.

HIBURAN - 10 Filem Tempatan Dengan Kutipan Tertinggi 2011

Filem Tempatan

KUALA LUMPUR, 29 DIS 2011: Tahun 2011 nyata merupakan tahun yang amat positif buat penggiat filem tempatan apabila dilihat daripada segi kutipan tiket yang diterima untuk filem yang ditayangkan.

Hampir 42 filem tempatan telah ditayangkan sepanjang tahun ini bermula dari Januari sehingga Disember dan daripada jumlah tersebut, enam daripadanya mencatat kutipan yang amat memberangsangkan apabila memperoleh keuntungan lebih daripada RM5 juta.

Skop Production Sdn Bhd dilihat antara pendominasi utama carta pecah panggung untuk tahun ini apabila dua filemnya, KL Gangster dan Khurafat telah menyumbangkan keuntungan hampir RM20 juta kepada syarikat hak milik Datuk Yusof Haslam itu.

Tidak kurang hebatnya ialah filem-filem terbitan Metrowealth (MIG), syarikat produksi milik David Teoh seperti Kongsi , Bini-Biniku Gangster serta Alamak Toyol turut menghuni carta kutipan tertinggi.

Tumpuan juga harus diberikan kepada pencapaian filem Ombak Rindu arahan Osman Ali yang kini dikatakan telah mencapai kutipan sehingga RM10 juta dan masih ditayangkan. Adakah Ombak Rindu akan berjaya mengatasi kutipan tertinggi yang kini dipegang filem KL Gangster? Sama-sama kita nantikan dan sementara itu, kita lihat dulu senarai 10 filem tempatan yang berjaya dengan kutipan tertinggi.

A W A S - Buat Awek² / Gadis² Di Luar Sana..! Anda Mungkin Di........

Awas! Awek Di Luar Jangan sana Sampai Gambar Anda Pula Yang Dibogel dan Ditelanjangkan Selepas Ini.










Berita Ini cukup panas, mengenai sejenis perisian yang membolehkan gambar 'di edit' photoshop.. Sehingga boleh menampakkan TUBUH BADAN.. 

Sedangkan gambar yang lengkap berbaju boleh diedit photoshop menjadi telanjang dan bogel dengan begitu mudah.. tambah-tambah lagi yang memakai baju bewarna cerah..lagi lah senang..

Jadi diingatkan kepada awek-awek diluar sana janganlah mengupload gambar yang mudah untuk diedit.. jangan sampai anda dibogelkan pula.. malu woo..

Gempar Bunyi Makhluk Asing Dirakam di Kota Samarahan

Bunyi Makhluk asing dirakam?




INI LAH DIA : (dari kiri) Harith, Ferdauz dan Mahmud mendengar rakaman yg dibuat oleh Harith bunyi pelik ini
KOTA SAMARAHAN: Bunyi pelik yg tidak dapat dipastikan, yg memenuhi ruang angkasa Samarahan dalam waktu yg berubah ubah pada  Jan 11 dan 12, penduduk sekitar kawasan ini merasa pelik dan hairan dgn fenomena ini .
Salah satu teori bunyi ini adalah berkemungkinan bahawa ini adalah kaitan dgn produk HIGH FREQUENCY ACTIVE AURORAL RESEARCH PROGRAM ( HAARP) yg dibuat oleh AMERIKA SYARIKAT . Dan ada jugak yg berpendapat bahawa bunyi ini datang dari bunyi mesen yg bekerja keras ( he he he) diladang FELCRA di Kampung Endap.

Tetapi misteri bunyi seperti berdengkur ini yg dapat didengari oleh ramai orang di Kota Samarahan ini kekal sebagai misteri tanpa penjelasan yg jelas.
Mohd Ferdauz Jemain seorang guru yg menetap di Kg Meranek adalah salah seorang yg mendengar fenomena pelik ini . " Ianya berlaku sekitar jam 2 pagi apabila saya terjaga dari tidur oleh kerana suara pelik ini, bunyinya sangat kuat"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...