
Syiah
(شيعة Syi'aṯ) ialah salah satu mazhab terbesar dalam Islam selepas
Sunni. Muslim Syi'ah mengikuti Islam tidak sesuai dengan apa yang
diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya. [perlu rujukan] Syi'ah
menolak kepemimpinan dari tiga Khalifah Sunni pertama malah sebahagian
mereka menghina para Khulafa'Ar-Rasyidin yang merupakan sahabat
Rasulullah S.A.W ini seperti juga Sunni menolak Imam Syi'ah. Bentuk
tunggal dari Syi'ah adalah Shī`ī (Bahasa Arab: شيعي.) menunjuk kepada
pengikut dari Ahlul Bait dan Imam Ali. Tetapi Ali bin Abi Talib dan para
Ahlul Bait sendiri telah menolak kepercayaan Syi'ah dan menyatakan
mereka sebagai kafir. Kebanyakan Sunni Islam mengatakan bahawa Mahzab
Syiah merupakan satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam
kerana fahaman ini mendakwa bahawa Ali iaitu sepupu Rasulullah
sepatutnya menjadi Rasul selepas Baginda [perlu rujukan]
Isi kandungan.
1 Aliran
2 Mengikut pandangan Syiah
3 Aqidah
4 Percanggahan dengan Sunni
5 Percanggahan Syiah daripada Sunni (Mengikut Pandangan Mazhab Sunni -
Perkara di bawah adalah yang diamalkan oleh Mazhab Syiah)
Aliran Syiah Islam berpecah kepada cabang-cabang kecil. Tiga cabang yang
utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang
paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Dua Belas atau
Imamiyyah/Ja'fariyyah (اثنا عشرية iṯnāʿašariyya) yang merangkumi 90%
penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq. Golongan Syiah yang
kecil lain termasuklah al-Kaisaniyyah, al-Zaidiyah, Imamiyyah,
al-Ghulat, Ismailiyah, dan Syiah Imam Bertujuh. Alawiyyah dan Duruzi
juga menganggap diri mereka Syiah meskipun mereka tidak sentiasa
diiktiraf oleh Syiah lain. Tarikat-tarikat Sufi beraliran Syiah
termasuklah Tarikat Alevi, Bektashi Hamadani dan Fatimiyyah. Dua puluh
peratus dari penduduk Turki mengikut Tarikat Alevi sementara Lubnan dan
Syria pula mempunyai bilangan besar golongan Duruzi dan Alawi.
Aliran Syiah mempercayai bahawa Nabi telah mewasiatkan Keturunannya
menjadi pemimpin umat Islam dan hendaklah bersatu di bawah Imam.
Pergerakkan Hizbullah di Lubnan adalah dari golongan Syiah Imam Dua Belas.
Di Malaysia,mazhab ini tidak dibenarkan melakukan ritual harian mereka
kerana didakwa mereka akan melakukan keganasan seperti di Iraq dan
Afganistan serta Pakistan.Mereka telah melakukan beberapa dialog dengan
pihak Ahlul Sunnah di seluruh dunia termasuk Malaysia namun tiada
sebarang pindaan undang-undang yang dilakukan bagi menghalalkan
pergerakkan atau penyebaran fahaman mereka
[sunting]Mengikut pandangan Syiah
Pengertian Syiah mengikut pandangan syiah sendiri adalah seperti berikut:
Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam al-Qur'an
dan ia memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah
as-Saffat: 83-84, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan sesungguhnya Ibrahim
benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia datang
kepada Tuhannya dengan hati yang suci".
Kedua,dalam Surah Maryam:
69, firman Tuhan yang bermaksud,"Kemudian pasti Kami tarik dari
tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat derhaka
kepada Tuhan yang Maha Pemurah".
Ketiga dan keempat adalah Surah
al-Qasas: 15, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan Musa masuk ke kota
(Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka didapatinya dalam kota
itu dua orang lelaki yang berkelahi; yang seorang dari golonganya
(Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (Syiatihi)
meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang dari
musuhnya".
Sementara itu, ada perkataan Syiah dalam Hadith Nabi
S.A.W lebih dari tiga kali, antaranya disebut oleh Imam as-Suyuti dalam
tafsirnya Durr al-Manthur, Beirut, Jilid 6, hal.379 - Surah al-Bayyinah,
Nabi S.A.W bersabda:"Wahai Ali, engkau dan Syiah engkau (golongan
engkau) di Hari Kiamat nanti keadaannya dalam redha dan diredhai", dan
sabdanya lagi:"Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya) (bagi) mereka itulah
yang mendapat kemenangan di Hari Kiamat nanti".
Dengan ini kita dapati bahawa perkataan Syiah itu telah disebutkan dalam al-Qur'an dan Hadith Nabi S.A.W.
Yang dimaksudkan oleh oleh al-Quran dan hadith itu bukanlah kata khusus
kepada puak Syiah ini, melainkan kata umum kepada pengikut kepada
sesuatu golongan pengikut, yakni golongan Ibrahim a.s, golongan yang
derhaka, golongan Musa a.s. Bahkan Rasulullah sendiri pernah bersabda
mafhumnya: golongan kamu Ali akan terbahagi tiga. orang yang terlampau
memuja mu, orang yang terlampau membenci mu dan orang yang cinta
kepadamu kerana Allah. Golongan pertama dan kadua itu masuk neraka.
Golongan ketiga itu masuk syurga. Terbukti golongan pertama dan kedua
itu puak Syaih dan Khawarij. Ijtihad kebanyakkan para ulama Sunni
sebagai Syiah yang menyeleweng ialah golongan Syiah daripada
Imamiyyah/Ja'fariyyah dan Zaidiyyah, yang diringkaskan sebagai Ghulat
kerana mendewakan Ali. Imam al-Ghazali dalam bukunya Mustazhiri
menentang keras Syiah kerana ia mengandungi pengajaran Batiniah. Imam
Ja'far as-Sadiq AS, generasi kelima keturunan Ali bin Abi Talib dan
Fatimah Zahrah r.a, pula menyatakan Syiah tidak boleh dikahwini dan
diadakan sebarang urusan keagamaan kerana aqidah mereka bertentangan
dengan al-Qur'an dan Hadith. Golongan Syiah Imamiyyah mengganggap Ja'far
as-Sadiq AS sebagai imam keenam umat Islam. Walaupun beliau tidak
mengakuinya dan tidak menerima baiah mereka itu.
Sila rujuk: Al Jam'iyah Al Khairiyah.
Aqidah.
5 perkara menjadi Rukun Kepercayaan atau Usūl al-Dīn bagi golongan Mazhab Syiah:
Tauhid - Bahawa Allah s.w.t. itu Satu
Adalah - Bahwaa Allah s.w.t. itu Adil
Qiyamah - Bahawa Allah s.w.t. akan membangkitkan manusia untuk pengadilan di Hari Kiamat
Nubuwwah - Bahawa Nabi dan Rasul yang ma'asum dilantik oleh Allah untuk
mengajar dan membimbing manusia. Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan
Rasul terakhir.
Imamah - Bahawa Allah melantik orang-orang tertentu
sebagai pemimpin umat manusia, yakni sebagai Imam. Umat manusia sentiasa
ada seorang Imam dan hanya seorang Imam sahaja boleh wujud pada
bila-bila masa. Sesetengah Rasul adalah Imam. Contohnya Nabi Ibrahim
a.s. yang merupakan Nabi, Rasul dan Imam. Tidak semua imam adalah Nabi
atau Rasul pula. Contohnya Imam Ali, yang bukannya seorang Rasul mahupun
Nabi tetapi Imam.
Percanggahan dengan Sunni.
Puak
Sunni kumpulan orang Islam yang memang berpegang pada sunnah Rasul
walaupun mazhab ini diasaskan secara lengkap setelah 200 tahun wafatnya
Rasullah.
kajian dan penyelidikan yang natural sedakan Syeikh
al-Azhar, Syaikh Mahmud Syaltut. Dia telah mengeluarkan fatwanya yang
disiarkan pada tahun 1959M, di majalah Risalatu al-Islam yang
diterbitkan oleh Darul al-Taqrib baina al-Madhahib al-Islamiyyah atau
Lembaga Pendekatan antara Mazhab-mazhab dalam Islam, yang berpusat di
Kaherah, Mesir, nombor 3 tahun 11 halaman 227 sebagai berikut:
"Agama Islam tidak mewajibkan suatu mazhab tertentu atas siapapun di
antara pengikutnya. Setiap muslim berhak sepenuhnya untuk mengikuti
salah satu mazhab yang mana jua yang telah sampai kepadanya dengan cara
yang benar dan menyakinkan. Dan hukum-hukum yang berlaku di dalamnya
telah dicatat dengan teliti dan sempurna dalam kitab-kitab mazhab yang
bersangkutan, yang memang dikhususkan untuknya. Begitu pula, setiap
orang yang telah mengikuti salah satu di antara mazhab-mazhab itu,
diperbolehkan pula untuk berpindah ke mazhab yang lain - yang manapun
juga - dan dia tidak berdosa sedikitpun dalam perbuatannya itu....."
Kemudian dia berkata lagi:"Sesungguhnya mazhab Ja'fariyyah yang
dikenali dengan sebutan mazhab Syi'ah Imamiyyah Ithna Asy'ariyah adalah
satu mazhab yang setiap orang boleh beribadah dengan berpegang kepada
aturan-aturannya seperti juga mazhab-mazhab yang lain...." "Kaum
Muslimin sayugia mengerti tentang hal ini, dan berusaha melepaskan diri
dari kongkongan 'Asabiyyah (fanatik) dalam membela sesuatu mazhab
tertentu tanpa berasaskan kebenaran...."
Dalil-dalil yang kuat
dan hujah-hujah yang kukuh dan terang seperti matahari di waktu siang
tanpa dilindungi awan, telah menyakinkan bahawa mazhab Ahlul-Bait AS
adalah mazhab yang benar yang telah diambil oleh Syi'ah daripada para
imam Ahlu l-Bait AS dan daripada datuk mereka Rasulullah S.A.W daripada
Jibrail AS daripada Allah SWT. Mereka tidak akan menukarkannya dengan
yang lain sehingga mereka berjumpa dengan Allah SWT.
Wahyu
telah diturunkan di rumah mereka dan Ahlul-Bait (isi rumah) lebih
mengetahui dengan apa yang ada dalam rumah daripada orang lain. Lantaran
itu orang yang berfikiran waras tidak akan meninggalkan dalil-dalil
dari Ahlul-Bait AS dengan mengambil dalil-dalil dari orang-orang asing
(di luar rumah).
Banyak ayat-ayat al-Qur'an yang menolak dakwaan syiah ini akan menerangkannya kepada kalian nanti.
Banyak hadith-hadith yang sahih daripada Nabi S.A.W yang menunjukkan
kebenaran Ahlul-Bait AS di dalam buku-buku Ahlus Sunnah dan Syi'ah. Sila
lihat buku Syi'ah Wa Hujjahtu-hum al-Tasyayyu' (Syi'ah dan hujah mereka
tentang Tasyayyu') dan juga buku al-Muruja'at (Dialog Sunnah - Syi'ah)
khususnya dialog keempat. Ia akan memuaskan hati anda jika anda orang
yang insaf. Jika tidak, keuzuran anda adalah disebabkan kejahilan anda
sendiri.
Percanggahan Syiah daripada Sunni (Mengikut Pandangan Mazhab Sunni - Perkara di bawah adalah yang diamalkan oleh Mazhab Syiah)
Antara perbezaan yang boleh dilihat adalah seperti berikut:
Khalifah diwasiatkan secara nas
Imam adalah maksum berdasarkan firman Allah
Saidina Ali adalah Pemimpin umat Islam setelah wafat Rasulullah
Mencela para sahabat nabi dan ummahatul mukminin
Menghalalkan nikah Muta'h yang diharamkan
Menolak beberapa Ijmak ulama yang tidak bertanggungjawab
Menolak Qias
Menerima hadith yang diriwayatkan sebahagian Ahli Sunnah Wal-Jamaah
walaupun mengatakan para sahabat yang merawikan hadis itu kafir
Mengharuskan Jamak sembahyang dalam semua keadaan
Isu-isu Sunni dan Syiah (Mengikut Pandangan Syiah):
Khalifah/Imamah adalah berdasarkan nas al-Quran dan hadith Nabi S.A.W.
Menerima sahabat yang baik dan menolak perlakuan sahabat yang
bertentangan dengan al-Quran dan hadith Nabi S.A.W. Sumber perundangan
Islam adalah al-Quran, Hadith dan Aqal, qias ditolak sebagaimana hukum
wanita yang berada dalam keadaan haidh diharamkan melakukan solat tetapi
tidak qadha solatnya tidak boleh diqiaskan dalam hukum puasa dimana
wajib qadha puasanya yang tertinggal ketika haidh. Dalam al-Quran Iblis
laknatullah alaihi melakukan qias asal kejadian adam dari tanah manakala
Iblis dari api (mengikut Iblis) sepatutnya dia lebih mulia dari Adam
tetapi mengapa Allah SWT memerintahkan Iblis sujud kepada Adam. Dalam
hal ini qias bukan kaedah yang benar dan tepat menentukan hukum.
Nikah Mut'ah adalah halal mengikut nas al-Qur'an dan Hadith Nabi S.A.W
dan diamalkan pada zaman Nabi S.A.W dan zaman khalifah Abu Bakar-
sepertimana pengakuan sahabat Jabir bin Abdullah dalam riwayat Sohih
Muslim, " Kami para sahabat di zaman Nabi SAW dan di zaman Abu Bakar
melakukan muta ah dengan segenggam korma dan tepung sebagai maharnya,
kemudian Umar mengharamkannya kerana kes Amr bin Khuraits."
Menerima hadith yang sesuai dengan Kitabullah dan menolak riwayat yang
bertentangan dengan Kitabullah kerana tidak mungkin hadith Nabi S.A.W
bertentangan dengan Kitabullah.
Solat jamak harus dalam semua
keadaan berdasarkan riwayat contohnya dalam Sahih Muslim daripada Ibn
Abbas dalam bab solat jamak. Rasulullah S.A.W menjamak antara Zuhur dan
Asr serta antara Maghrib dan Isya tanpa ada sebab, sama ada takut, uzur
(sakit) atau berpergian (musafir).