Baitul-Muqaddis-bumi para anbiya’. Bumi ini telah menjadi saksi
ketekunan dan keteguhan para mursalin dalam mendidik manusia mengenal
hakikat Tauhid dan ajaran Islam. Bermula dengan penguasaan zuriat Nabi
Ishak yakni Bani Israel, kemudiannya Raja Nebuchadnezzar dari Babylon,
disusuli pula oleh pemerintahan Empayar Rom dan Byzantium, bumi anbiya’
ini telah menjadi rebutan pelbagai kuasa besar zaman terdahulu.
Everything about hypocrisy around us.. It's happen for a reason~ Wake up and start using your brain and grow up..
Kiamat: Rahsia Allah
SALAH satu tanda orang yang beriman adalah percaya pada hari kiamat.
Ini kerana beriman kepada hari kiamat adalah salah satu daripada rukun
iman.
Namun, kira-kira dua tahun lalu, dunia dikejutkan dengan filem
bertajuk 2012. Filem arahan Roland Emmerich itu mengambil idea daripada
ramalan kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini atau hari
kiamat akan berakhir pada tahun depan iaitu pada tarikh 21 Disember
2012.
Malah, lama sebelum filem 2012 dihasilkan, dokumentari bertajuk End
Day pernah diterbitkan oleh BBC pada tahun 2004. Dalam dokumentari ini,
digambarkan empat peristiwa besar yang mungkin menyebabkan kiamat;
Terbukanya Empangan Yakjuj & Makjuj
Oleh: Syeikh Muhammad Zainul Asri Hj Ramli
Dalam Kitab Bahrul Mazi Jilid ke-8, pengarangnya Syeikh Mohamad Idris
Abdul Rauf al-Marbawi menurunkan hadis berikut; daripada Zainab binti
Jahash, beliau berkata:
“Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bangun daripada tidur baginda dalam keadaan merah mukanya dan bgainda mengucapklan, ’tiada Tuhan selain Allah’ dan diulangi sebanyak tiga kali seraya bersabda: ‘Celakalah bagi kaum Arab daripada bala yang sangat hampir; pada hari ini sudah terbuka empangan Yakjuj dan Makjuj seperti ini.’ Dan Nabi (صلى الله عليه وسلم) menunjukkan sepuluh jarinya. Zainab berkata; aku berkata: ‘Wahai Rasulullah (صلى الله عليه وسلم), adakah kita tetap akan binasa meskipun di sisi kita masih ada orang-orang soleh?’ Jawab Rasulullah (صلى الله عليه وسلم): ‘Ya, bahkan sekiranya terlalu banyak kemaksiatan berlaku.’”Keterangan:
- Yakjuj dan Makjuj terdiri daripada kaum manusia juga, namun mereka sangat jahat. Dan sehingga kini tidak di ketahui hakikat tempat persembunyian mereka. Al-Quran menjelaskan kisah Yakjuj dan Makjuj di dalam surah Al-Kahfi yang mempunyai perkaitan dengan Raja Agung Iskandar Zulkarnain. Ulama menyatakan bahawa Raja Iskandar Zulkarnain itu seorang waliyullah.
- Kaum Yakjuj dan Makjuj ini tinggal di sebuah lembah antara dua gunung di kutub utara. Iskandar Zulkarnain pernah masuk ke tempat mereka dan di dapati bahawa mereka itu perlbagai rupa; ada yang besar dan bertelinga besar. Mereka terlalu ramai seperti banyaknya semut yang melata di muka bumi. Lalu beliau keluar dari tempat itu dan membina tembok yang di perbuat daripada tembaga dan besi serta batu-bata. Setiap hari kaum tersebut menggali tembok itu sehingga sebesar lubang maka mereka pulang dan datang semula keesokannya untuk membesarkan lubang itu namun lubang itu tertutup semula. Begitulah setiap hari sehinggalah Allah membiarkan lubang tersebut digali untuk membolehkan mereka keluar. Dengan penuh kerakusan, mereka memakan apa saja di muka bumi ini apabila meraka keluar.
- Bala Allah dan kebinasaan akan diturunkan kepada manusia meskipun terdapat orang-orang soleh di kalangan mereka. Orang-orang soleh itu nanti turut terkena bala tersebut. Ini adalah kerana kemaksiatan yang terlalu bermaharajalela membuatkan doa orang-orang soleh tidak lagi dimakbulkan oleh Allah.
Hidangan Istimewa Banduan Akhir Sebelum Dihukum Mati
Mereka tidak akan makan apa-apa lagi buat selamanya. Atas dasar ini,
banduan akhir diberi pilihan apa yang ingin dimakan sebelum menjalani
hukuman mati. Jurugambar Henry Hargreaves telah menghasilkan semula
makanan yang menjadi pilihan sembilan orang penjenayah paling dikutuk di
Amerika Syarikat.
1. Victor Fueger
1. Victor Fueger
Makanan
terakhir Victor Fueger hanya sebiji buah zaitun yang diletakkan
sedikit sos wain merah bersama pinggan serta sudu dan garfu.
Victor,
dari Florida disabitkan bersalah untuk kes penculikan dan pembunuhan.
Dia dihukum gantung sampai mati di Iowa Penitentiary pada tahun 1963.
Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
2. John Wayne Gacy
2. John Wayne Gacy
John Wayne Gacy memesan 12 ekor udang goreng, satu bucket ayam KFC Original Recipe dan satu paun buah strawberi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
