Air Asia adalah antara kisah kejayaan Malaysia. Bermula
kecil-kecilan dengan beberapa kapal terbang lama yang melalui destinasi
domestic, CEOnya, Tony Fernandes telah Berjaya membina empayar syarikat
penerbangan tambang murah yang beroperasi dari Asia sehingga NZ dan
Eropah. Dia telah berjaya melalukannya tanpa bantuan kerajaan tidak
seperti usahawan bumiputra.
Namun, kisah kejayaan AirAsia semakin dicemari dengan cerita dan
khabar tentang cas, kualiti servis yang teruk, tiada fleksibiliti, cas
tersembunyi, kadar tambang yang mengelirukan dan praktis anti
penggunanya yang digunapakai untuk memaksimakan keuntungan sahaja.
Apabila Malaysiakini, Malaysian Insider atau mana-mana portal berita
online melaporkan tentang Airasia, sentiasa ada komen-komen negatif yang
akan ditinggalkan oleh pembacanya berkenaan syarikat tambang murah itu.
Ianya agak ganjil apabila syarikat kapal terbang tambang murah yang
bertujuan untuk membekalkan perkhidmatan dengan kadar berpatutan
menerima persepsi yang sebegini rupa daripada pengguna, dan nampaknya
AirAsia juga berjaya melalukan itu.
Sejak bilakah AirAsia bertukar dari pilihan rakyat kepada alhi sihir
yang rakus membolot wang? Sudah semestinya perubahan ini berlaku sudah
lama dan bukannya hanya semalam. Persepsi negatif rakyat terhadap
AirAsia telah mencapai tahap yang membimbangkan dan telah meninggalkan
kesan pada perniagaan mereka. Saman daripada pemerhati konsumer
Australia ACCA juga memburukkan lagi keadaan.
Meniru amalan lapuk
AirAsia banyak menggunapakai amalan yang dilakukan oleh syarikat
tambang murah yang lain seperti Virgin Airways tetapi ada yang
diikutinya sudah menjadi amalan lapuk atau tidak sesuai dengan budaya
pengguna tempatan. Ia Nampak bijak untuk tidak menerima penumpang yang
tiba 1 minit lambat selepas kaunter tutup supaya dia terpaksa membeli
tiket yang baru. Tapi, rakyat Malaysia mendapati ini agak keterlaluan
terutamanya apabila syarikat kapal terbang yang lain begitu fleksibel.
MAS akan membenarkan anda mendaftar masuk jika anda boleh tiba di dewan
berlepas selagi kapal terbang belum berlepas.
Satu lagi amalan yang kurang disenangi oleh penumpang adalah cas kad
kredit, cas kaunter chek in dan cas pemilihan tempat duduk. Yang pertama
dan kedua boleh dikategorikan sebagai cas tersembunyi kerana ianya
bukan pilihan penumpang yang sepatutnya ditambah kepada nilai tiket.
Mereka yang tidak membayar untuk tempat duduk ( kosnya RM35 untuk
seorang dari KL) akan disediakan tempat duduk secara rawak dan ini
bermakna sebuah keluarga berkemungkinan akan dipisahkan. Ini amat
menyusahkan kerana penumpang dikenakan bayaran untuk sesuatu yang
menjadi hak mereka dari mula lagi iaitu duduk bersama. Ia umpama
mengambil hak sesorang dan meminta mereka membayarnya untuk mendapatkan
ia semula.
Namun, paling menjelikkan adalah apabila AirAsia mengenakan cas
RM1.95 seminit untuk bercakap dengan staf perkhidmatan mereka. Ia
mungkin bukan sesuatu yang dipinta oleh penumpang seperti penerbangan
yang ditunda, kehilangan beg atau dicas lebih pada kad kredit mereka.
Tetapi, apabila dikenakan bayaran mengikut minit untuk bercakap adalah
sesuatu yang menyakitkan hati. Tambah lagi, mereka selalunya akan
disuruh menunggu walaupun cas berjalan.
Benarkah AirAsia tambang murah?
AirAsia mengamalkan sistem kadar harga tiket yang berubah mengikut
bila masa dibeli. Pembeli awal akan mendapati harga yang murah manakala
pembeli saat akhir akan dikehendaki membayar lebih. Gimik mempromosi
tambang murah sebenarnya telah dibayar oleh orang lain, yang pasti,
bukan dari poket Tony. Yang sebenarnya AirAsia bukanlah penerbangan
tambang murah dalam erti kata sebenar. Ia boleh menjadi lebih mahal dari
penerbangan biasa. Tiada yang mahu bayar untuk tiket yang mahal jadi,
AirAsia menyembunyikan harga sebenar tiket supaya pengguna sukar membuat
perbandingan.
Cara memaksa orang lain untuk menampung kos tambang orang lain pula
tidak berkesan lagi. Pembeli semakin bijak dengan adanya hubungan sosial
yang lebih erat dan tidak lagi percaya bahawa AirAsia adalah
penerbangan tambang murah. Mereka akan membeli tiket apabila ianya murah
dan akan menjauhkan diri apabila ianya mahal. Masih ada yang tidak tahu
membandingkan harga tetapi bergantung kepada kepercayaan bahawa
pengguna adalah bodoh bukanlah model bisnes yang baik. Ini tidak ubah
seperti BN yang bergantung kepada undi masyarakat melayu luar Bandar
dengan memberi maklumat yang tidak tepat.
Pada musim kemuncak Krismas dan Tahun Baru pada tahun lepas, AirAsia
telah terbang diantara Kuala Lumpur dan Melbourne dengan kerusi-kerusi
kosong apabila kesemua syarikat penerbangan lain kehabisan tiket. Ini
agak aneh memandangkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah
sepatutnya ‘sold out’ terlebih dahulu. Penumpang sudah arif dengan cara
AirAsia menjual tiket.
Pengguna juga sepatutnya membuat perbandingan lebih daripada harga
asanya sahaja. Perkara lain seperti makanan, hiburan, alat bantuan
keselesaan dan bagasi perlu diambil kira selain daripada cas-cas lain.
Penumpang yang terbang dari LCCT yang merupakan lapangan terbang yang
menyedihkan kerana penumpang terpaksa berjalan dengan jauh untuk menaiki
kapal terbang kerana AirAsia tidak akan membayar kos penggunaan
‘aerobriges’. Ini membuatkan AirAsia tidak sesuai untuk penumpang warga
emas. Selain dari itu, AirAsia selalunya akan mendarat di lapangan
terbang yang jauh dari bandar, jadi tambang ke bandar juga terpaksa
disediakan.
Terdapat juga kos tersembunyi. AirAsia benar-benar murah jika anda
menempah tiket jauh lebih awal. Mereka menerima tempahan seawal setahun
sebelum penerbangan. Ini bermakna, wang anda terikat disitu. Apa sahaja
perubahan dalam jadual perjalanan akan menyebabkan kepayahan kerana
AirAsia akan mengenakan cas yang tinggi untuk tiket penerbangan yang
dijadualkan semula. Ada pengguna yang akan berfikir dengan membayar
lebih sedikit untuk fleksibiliti adalah lebih baik.
Penundaan dan Pembatalan
Mereka yang menaiki penerbangan AirAsia tahu betapa kerapnya AirAsia
menunda dan membatalkan penerbangan. AirAsia sering menggabungkan
penerbangan jika penumpangnya terlalu sedikit tanpa menghiraukan masa
penumpang yang lain. Tulisan kecil pada tiket mereka memberitahu bahawa
mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian. Hanya Negara yang mempunyai
undang-undang pengguna yang lemah seperti Malaysia sahaja akan
membiarkan mereka berbuat begitu.
Mereka yang penerbangannya telah dibatalkan berhak dikembalikan wang,
namun, ini tidak semudah itu kerana mereka harus bersabar menanti.
Menghubungi staf AirAsia sendiri merupakan satu cabaran. Ada yang
mendakwa mereka terpaksa menunggu sehingga 30 ke 60 hari untuk
pemprosesan dan apabila tempoh itu tamat, mereka dipaksa menunggu lagi
selepas diberi pelbagai alasan oleh pihak AirAsia.
Penantian yang lama untuk wang dikembalikan, tidak flksibel,
kesukaran, kebarangkalian penerbangan ditunda dan perkhidmatan yang
berkualiti rendah bermakna penumpang akan meminta harga yang lebih
berpatutan dari syarikat penerbangan tambang biasa daripada AirAsia. Ini
juga bermakna, AirAsia akan terpaksa menjual tiketnya pada harga yang
amat murah dibawah kos. Pengguna akan pergi kepada syarikat penerbangan
yang lain, jika harga adalah sama sahaja.
Satu kes yang jelas menunjukkan keadaan ini adalah pembatalan
penerbangan ke London, New Delhi dan Mumbai. Ini merupakan
destinasi-destinasi yang agak popular ke Bandar-bandar yang padat dimana
penerbangan tambang murah boleh mengendalikannya dengan Berjaya. Alasan
AirAsia berkenaan keperluan visa, cukai tambahan tidak masuk akal
kerana ini dikenakan ke atas semua syarikat penerbangan dan boleh
dicaskan ke atas tambang. Alasan sebenar seperti yang dilaporkan oleh
The Star adalah AirAsia sebenarnya kerugian jutaan ringgit setiap bulan
kerana destinasi-destinasi ini. Jadi, kenapa AirAsia tidak menaikkan
tambang mereka? Jawapannya ialah, jika begitu, penumpang akan beralih
kepada syarikat penerbangan lain. Mereka meminta harga tambang yang
berpatutan yang tidak mampu ditampung oleh AirAsia dan ia masih lagi
boleh untung.
Sudah tiba masanya buat AirAsia
AirAsia mungkin telah bermula dengan baik dimata rakyat tetapi tempoh
bulan madu sudah berakhir. Perkhidmatannya sudah semakin teruk dan ia
sering mengugut penumpangnya dan menyebabkan mereka benci. AirAsia
berlagak seperti ia beroperasi dimana ia memonopoli segalanya tetapi
monopoli itu tidak wujud.
Pengguna mempunyai pilihan lain termasuk Jetstar, syarikat
penerbangan tambang murah yang dipuji kerana menetapkan harga tiket
dengan jujur. Air Emirates juga mengambil peluang destinasi KL ke
Melbourne dengan tawaran harga yang kompetitif. Mengharapkan destinasi
KL ke Sydney akan memberi pulangan bagi AirAsia mungkin tidak akan
kesampaian kerana SIA akan melancarkan penerbangan tambang murahnya
sendiri iaitu Scoot juga akan melalui destinasi ini.
AirAsia sememangnya belum tahu lagi akan penangan media sosial. Pada
masa lalu, pengguna yang marah hanya boleh mempengaruhi keluarga atau
sahabat terdekatnya. Sekarang, mereka boleh berkongsi kemarahan mereka
di forum-forum online, facebook, twitter dan mempengaruhi bukan sahaja
ratusan, malah ribuan pengguna yang lain.
Kisah menakutkan berkaitan AirAsia banyak tersebar online. Ada yang
mendakwa staf-staf AirAsia sukar dihubungi dan mereka selalunya terpaksa
membeli tiket lagi apabila perlu menukar tarikh pelepasan. Seorang
penumpang yang marah berkata, dia terpaksa menunggu selama 2 tahun untuk
mendapatkan wangnya semula dengan pelbagai alasan yang diberi AirAsia.
Seorang lagi penumpang malang telah mendapati apabila sampai ke kaunter
pendaftaran, ianya telah ditutup lebih awal dan staf disitu juga
mengesahkan keadaan itu. Staf itu telah membuat beberapa panggilan
telefon tetapi tidak dibenarkan untuk membuka kaunter itu semula.
Akibatnya, penumpang tersebut sudah ketinggalan kapal terbang dan
penerbangan yang menghubungkannya ke destinasi seterusnya. Lebih
menyedihkan, AirAsia tidak mahu memulangkan wangnya.
Ada budaya tidak baik yang cuba memeras ugut penumpang sehinggakan
memaksa mereka untuk membeli tiket lagi. Ketamakan korporat ini akan
menyebabkan pengguna menjauhkan diri. Adik perempuan saya terpaksa
membayar RM1000 demi mengubah tarikh pelepasannya dari KL ke Melbourne.
Dia memberitahu bahawa dia akan terbang menggunakan Air Emirates mulai
sekarang.
Tony Fernandez sepatutnya menagguhkan pembelian pesawat mega dan
memperbaiki servis AirAsia dan tanggapan negatif masyarakat. Dia patut
bangun dari mimpinya yang setiap tahun akan menjadi tahun yang paling
baik buat AirAsia. Tanda-tandanya sudah ada dan AirAsia akan jatuh
menjunam dan ini amat malang sekali buat jenama Malaysia yang sudah
berada di persada antarabangsa.
Sumber
Malaysia Chronicle
Everything about hypocrisy around us.. It's happen for a reason~ Wake up and start using your brain and grow up..
TOLONG SEBARKAN...
TOLONG SEBARKAN...
p/s: Banyak anak muda tak ambil kisah pasal perkara sebegini... walaupun nampak remeh, tapi boleh meruntuhkan institusi akhlak itu sendiri. sama-sama kita sebarkan dan selamatkan akidah. amin.
Dajjal Dan Ciri-Cirinya
Diantara tanda-tanda hari kiamat adalah munculnya Dajjal, yaitu sosok
manusia dari turunan Adam yang akan menjadi fitnah bagi manusia.karena
besarnya fitnah Dajjal dan sangat berbahayanya bagi manusia,maka
Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan sifat-sifatnya secara rinci
dalam berbagai hadits.
Hadits-Hadits tentang Dajjal sangat banyak dan shahih,bahkan para
Ulama menganggapnya mutawatir. Tidak ada seorangpun dari kalangan
ahlussunnah yang menentang berita munculnya Dajjal tersebut, kecuali
–seperti biasanya kelompok yang lebih menuhankan akalnya—Mu’tazilah dan
Rasionalis. Mereka menganggap bahwa Dajjal hanyalah ungkapan tentang
sifat, Bukan satu sosok makhluk yang disebut dengan Dajjal. Maka
–menurut mereka—setiap orang yang memandang segala masalah hanya dengan
sebelah mata yaitu hanya dengan barometer dunia, maka dia adalah Dajjal.
Tentunya anggapan mereka ini adalah anggapan batil yang terbantah
dengan hadits-hadits yang shahih. Kami kira cukup kami nukilkan
hadits-hadits tersebut yang menjelaskan sifat-sifat Dajjal. Niscaya akan
menjadi jelas apakah Dajjal itu sebuah ungkapan,sifat atau memang
sesosok makhluk dari jenis manusia yang akan muncul di akhir Zaman.
Ciri-ciri Dajjal
Dajjal Buta sebelah Matanya
Diriwayatkan dari Ibnu Umar رضي الله عنهما bahwasannya Rasulullah صلى
الله عليه وسلم menyebutkan Dajjal ditengah-tengah manusia seraya
berkata:
Subscribe to:
Posts (Atom)



