Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Aksi berani Julie Woon (pelakon blogger boy )

Aksi berani Julie Woon
Aksi berani Julie Woon
21 Feb – Jika sebelum ini Zarina Anjoulie mencetuskan kontroversi apabila tampil seksi dalam majalah FHM Indonesia, kini nama pengacara dan pelakon Julie Woon menjadi bualan hangat di beberapa forum hiburan tempatan apabila gambar aksi beraninya menjadi penghias majalah.
Beberapa keping foto telah dirakamkan menunjukkan Julie Woon tampil seksi di sisi seorang model lelaki.

Dalam majalah Men's Health keluaran Februari 2012, wanita berusia 27 tahun ini mempamerkan gaya separuh bogel dengan hanya memakai pakaian dalam dan beraksi ghairah di samping seorang model lelaki.

Walaupun bukan berbangsa Melayu dan sememangnya terkenal dengan penampilan seksi sebelum ini, namun namanya cukup sinonim di kalangan komuniti Melayu kerana pernah muncul dalam drama bersiri "Blogger Boy" di samping Qi yang merupakan bekas teman lelakinya ketika itu.

Mengapa Doktor Bedah Memakai Baju Hijau?

 
 




DALAM bilik bedah seringkali kelihatan doktor memakai baju hijau semasa bertugas. 

Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. 

Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk. 

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah. 

Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan. 

Melihat warna merah terus menerus menyebabkan sinyal warna merah di otak memudar sensiviti terhadap variasi warna merah. 

Alasan lainnya adalah, terus-menerus berfokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor. 

Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor
.

Hukum Mewarnakan Rambut!

Masyarakat pada hari ini terutamanya golongan remaja amat gemar mewarnakan rambut dan menganggap ia sebagai satu trend terkini. Golongan ini tidak sedar bahawa mewarnakan rambut merupakan salah satu daripada perkara yang dilarang dalam Islam. Ikuti tentang persoalan yang diajukan oleh individu tentang apakah hukum mewarnakan rambut dalam syariat Islam.
 
 

 
Soalan  :
Assalamualaikum Ustaz , boleh ke seorang muslim mewarnakan rambutnya dgn pewarna rambut yang dicop halal contohnya dari jenama wella?. Sekiranya tak boleh dan dia telah pun mewarnakannya macam mana? Tolonglah Ustaz, saya ingat tahu jawapannya.
 
Dari,
Mushkil.

Jawapan :
Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas RAsulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Haram bagi seorang Muslim mewarnakan rambutnya dengan pewarna rambut walaupun diperbuat daripada benda yang halal kerana perbuatan ini termasuk dalam perkara merubah ciptaan Allah.

Tersebut dalam sebuah hadis daripada Ibnu Mas’ud yang bermaksud
(Allah Ta’ala mengutuk sekelian wanita yang mengukir badan, dan yang minta diukir, wanita yang merubah bulu mata (memakai bulu mata palsu), mengikir gigi dengan sengaja untuk kecantikan dan sekelian yang merobah apa yang telah dijadikan oleh Allah) (H.R. Bukhari/Muslim)

Harus bagi seorang Muslim mewarnakan rambut/janggut yang putih (beruban) dengan pewarna yang suci/halal (contohnya inai) selain daripada warna hitam.
Sekian, wassalam.

Jangan jadikan trend semasa itu sebagai ikutan. Tidak salah untuk mengikutinya, tetapi asalkan ia langsung tidak bertentangan dengan syariat Islam. Jika trend hari ini pemakaian kasual seperti jeans, tshirt bukanlah satu benda yang salah. Asalkan ia menutup aurat. Dan ingatlah, jangan sesekali kita mewarnakan rambut. Ia secara tidak langsung akan menyebabkan mandi wajib kita tidak sah kerana air tidak sampai ke rambut.

Cara Mengenal Berus Cat Bulu Khinzir & Bulu Biri-Biri




Sekadar ingin berkongsi.. 

Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu khinzir…hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu khinzir:

  • Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
  • Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
  • Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
  • Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain. Mungkin ada hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi, berhati-hatilah.. Insyallah dengan izinnya, semoga kita semua sentiasa dilindungi..


 Diambil dari : facebook
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...