Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Roller Coaster Paling Bahaya dan Ekstrem Di Dunia...!!

 

ANDA semestinya tidak akan terlepas untuk mencuba sebuah roller coaster paling curam di dunia di Takabisha. Dari wajah-wajah mereka yang menjerit mencari keseronokan, ia jelas menggambarkan satu cabaran paling menakutkan dan menarik. Jujur, ini bukan sesuatu yang akan aku mencuba.  Gilo kau..!~ sosak napeh di buek eh....


Fuji-Q Highland amusement park world’s steepest roller coaster “Takabisha”

Guinness World Records mengesahkan bahawa Takabisha, Tokyo adalah sebuah taman tema roller coaster yang paling curam di planet ini, memintas taman tema Jumbo omong Yorkshire daripada tempat teratas. Bahawa satu-satunya mempunyai sudut bebas kejatuhan 112 degrees, walaupun penunggang masih mengalami G-Force peringkat serupa dengan juruterbang pesawat pejuang.

Taman Fuji-Q Hiburan Highland terletak di bawah Gunung Fuji di Yamanashi, bukan satu-satunya perkara yang yang curam tentang perjalanan - ia berharga £ 23 juta untuk di bina.

GEMPAR - Shahrizat akan umum perletakan jawatan hari ini.. confirm..!

KUALA LUMPUR, 11 Mac — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan mengumumkan perletakan jawatan beliau untuk semua jawatan hari ini. 

The Malaysian Insider difahamkan beliau akan membuat pengumuman secara rasmi berkenaan perletakan jawatan itu dalam sidang media petang ini.

Pembantu Ketua Wanita Umno ini yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, Shahrizat akan membuat pengumuman tersebut kepada media di Desa Waterpark jam 3 petang ini.

“Saya tidak boleh bercakap dengan lebih lanjut, datang ke sidang media tersebut jam 3 petang ini dan anda akan tahu,” katanya.

Akhbar harian berbahasa Inggeris, The New Straits Times pagi ini melaporkan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) akan meletak jawatan untuk setiap jawatan yang dipegang beliau dalam beberapa hari lagi.

Akhbar berkenaan berkata, menurut satu sumber, Shahrizat telah memaklumkan pegawai terdekatnya Jumaat lalu bahawa beliau akan melepaskan jawatan menteri dan juga Ketua Wanita Umno.

Suami Pantang “Tersentuh”, Isteri Tak Pernah Menolak rahsia 18 anak



KOTA BHARU: Suami pantang ‘tersentuh’, manakala isteri tidak pernah menolak. Itu antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Isa Hassan, 56, dan Mek Jah Yusof, 52, yang layak digelar ‘pasangan super’ apabila memiliki 18 anak sejak berkahwin 40 tahun lalu.

Selain itu, kehidupan sukar pasangan berkenaan yang menetap di rumah usang di Kampung Pantai Pulau Kundor, dekat sini, turut menjadikan mereka individu yang ‘subur’ kerana tidak terdedah makanan tidak sihat seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat.

Menurut Isa, dia tidak pernah minum minuman berais, manakala makanan utama mereka kebiasaannya nasi berlaukkan ulam-ulaman dan bunga nipah dicecah dengan budu.

“Saya orang susah, tak dapat makan seperti makanan segera atau minuman berkarbonat. Makanan saya hanya nasi berlaukkan ulam-ulaman serta bunga nipah dicecah budu. Jika memancing dapat ikan, maka bertambah lauk.

Ramai Tentera AS Bunuh Diri Selepas Balik Dari IRAQ




Penelitian para doktor tentera Amerika Syarikat (AS) berkata, jumlah kes bunuh diri di Angkatan Darat AS melonjak 80 peratus setelah pencerobohan Iraq.

Menurut Jurnal Britain ‘Injury Prevention’ yang diterbitkan pada Khamis, (8/3) sebelum 2003 peratusan kes bunuh diri Angkatan Darat (AD) AS jauh di bawah masyarakat awam. Namun pada 2004 setahun selepas pencerobohan AS ke Iraq, angka bunuh diri itu terus naik tajam.

Pada 2008, lebih kurang 140 perajurit AD bunuh diri. Angka 2008 ini menunjukkan peningkatan 80 peratus dari tahun 2004, catat artikel dalam jurnal tersebut. Laporan lain jurnal itu juga mencatat peningkatan angka bunuh diri yang dilakukan oleh masyarakat awam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...