UMUM :- Iklan D'HERBS yang berbaur lucah...!?

 
D'herbs, aku faham.

Bahkan aku percaya masyarakat juga faham. Mereka faham apa yang ko ingin jual dan sampaikan melalui produk² tertentu ko jika ko menggunakan iklan yang lebih sopan tanpa perlu menggunakan unsur² yang tidak sepatutnya, berbaur lucah dan senang cakap keterlaluan!

Dewasa neh kita telah banyak kali dihadapkan dengan iklan² berbaur kelucahan atas nama untuk melariskan jualan product mereka. Siyes cakap, iklan² tersebut sangat SICK dan meloyakan. Macam orang kita asyik fikir nak

MAIN

dan

SEKS aje.

Kemon. Kenapa peniaga² melayu seperti D'HERBS terlalu fokus kat produk macam tue je ek!? Dan kenapa perlu buat iklan² seperti tu? Susah sangat ke nak buat iklan yang lebih sopan kalau nak memperkenalkan produk² korang sekalipun? Geli la weh.. nak² dipamerkan di tempat terbuka. Kalau orang yang dah kahwin tengok, takde lah dorang rasa apa sangat.
 
tapi tak dinafikan memang manusia sentiasa fikir nak main dan seks sahaja terutama lelaki... cuma iklan ni memang agak bodoh la, cuba kalau budak² baca iklan tu mesti dia tanya kat mak dia "Mak, apa yang sendat dan ketat sampai melekat tu?" 

Cuba yang tengok tue budak² sekolah? Orang bujang dan remaja? Tak fikirkan apa benda yang dorang akan terbayangkan bila membaca iklan² seperti itu? Kemon la, jadilah peniaga berhemah. Anda tak perlukan paparkan kelucahan or ayat² yang seperti di atas untuk lariskan produk² anda. Anda mampu buat lebih baik dari ini. Hanya perlu perahkan akal kreativiti anda, yang pasti bukan akal lucah! Oke? Bai.

No comments:

Post a Comment