Everything about hypocrisy around us.. It's happen for a reason~ Wake up and start using your brain and grow up..
ISLAM :: Kisah Qarin – Jin Kembar Manusia
Apakah itu jin Karin atau Qarin yang dikatakan jin kembar kepada manusia
itu? Betul ke Qarin ini wujud atau sekadar mitos sahaja yang
dimomokkan?
Pernah tak anda dengar tentang jin yang bernama Qarin atau Karin ni. Dikatakan jin ini akan dilahirkan bersama-sama manusia tetapi bila manusia mati, jin karin ni tak mati. Betul ke? Jom kita baca dengan lebih lanjut tentang kisah karin, yang dikatakan jin kembar kepada manusia ni.
Gambar Hiasan
Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)
ISLAM :: Apakah Bala Allah Hampir Tiba?
Bala merupakan satu ujian yang Allah turunkan kepada hambaNya sama ada
untuk menguji mahupun memberi pengajaran kepada manusia yang ingkar
seperti umat-umat yang terdahulu.
Allah SWT adalah tuhan sekalian alam. Allah SWT jugalah yang mencipta semua makhluk yang terdapat di atas muka bumi ini. Sebagai seorang hamba yang hina, kita wajib mentaati segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Sekiranya kita sentiasa melakukan perkara kemungkaran, bala pasti akan menimpa kita sama ada pada ketika itu, ataupun di masa akan datang.
Gambar Hiasan
Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa suatu
ketika Rasulullah SAW mendatangi sejumlah sahabat di kalangan muhajirin,
kemudian Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai kaum muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika perkara-perkara itu sudah dikerjakan), maka tidak ada lagi kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung kepada Allah SWT, semoga kamu tidak menemui zaman itu.”Perkara-perkara itu ialah:
ISLAM :: Biodata Ringkas Imam Syafie - Pengasas Mazhab Syafie
Imam Syafie merupakan imam yang mengasaskan mazhab Syafie yang menjadi ikutan lebih dari separuh dari umat Islam di dunia ini...
Gambar Hiasan: Ajaran Imam Syafie memimpin jutaan umat Islam masa kini
Kitab ilmu yang paling terkemuka pada ketika itu ialah al-Muwattha’ karangan Imam Malik bin Anas,
dan Imam as-Syafi’e dalam usia 15 tahun telah pun menghafal keseluruhan
kitab tersebut. Imam as-Syafi’e kemudiannya berhijrah ke Madinah untuk
berguru pula dengan penulis kitab itu sendiri, yakni Imam Malik bin
Anas. Ketika itu Imam as-Syafi’e baru berumur 20 tahun dan beliau terus
duduk bersama Imam Malik sehinggalah kewafatannya pada tahun 179H/796M.
Ketokohan Imam as-Syafi’e sebagai murid terpintar Imam Malik bin Anas
mulai diiktiraf ramai. Imam as-Syafi‘e mengambil alih sebentar
kedudukan Imam Malik bin Anas sebagai guru di Masjid Nabawi di Madinah
sehinggalah beliau ditawarkan satu kedudukan jawatan oleh Gabenor Yaman. Jawatan Imam as-Syafi’e di Negeri Yaman tidak lama kerana Imam Syafie telah difitnah sebagai pengikut mazhab Syi‘ah.
Selain itu pelbagai konspirasi lain dijatuhkan ke atasnya sehinggalah
beliau dirantai dan dihantar ke penjara di Baghdad, yakni pusat
pemerintahan Dinasti Abbasid ketika itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)




