Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Lelaki Kena Tahan Di Lapangan Terbang Sebab ANU Besar...!!?

Seorang lelaki yang mempunyai zakar yang terbesar di dunia telah ditahan oleh pengawal keselamatan lapangan terbang selepas pengawal itu menyangkakan suspek membawa 'senjata' yang disembunyikan di dalam seluarnya.

Jonah Falcon, 41, dari New York, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco seorang pegawai keselamatan dari Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat.

Beliau ditahan dan serbuk putih telah disemburkan pada seluarnya untuk memeriksa bahan letupan tersebut selepas bonjolan yang "ketara" dalam seluarnya disangkakan sebagai "senjata biologi".

Falcon sebelum ini pernah muncul dalam dokumentari HBO tentang saiz alat kelelakiannya yang berukuran 9 inci sebelum ereksi, 13.5 inci panjang selepas ereksi.

Beliau berkata " 'Anu' saya dalam keadaan serong ke kiri. Saya tidak ereksi pada ketika itu.

"Salah satu pengawal bertanyakan sama ada poket kiri saya kosong dan saya berkata, 'Ya.' Saya berkata, 'Ia adalah kemaluan saya.

"Dia kemudian membuat pemeriksaan fizikal pada badan saya malah memegang di bahagian kemaluan saya.

"Mereka juga meletakkan sedikit serbuk pada seluar saya, mungkin ia satu ujian untuk menguji bahan letupan. Saya mendapati ia agak lucu."

Falcon seterusnya dibawa melalui pengimbasan badan X-Ray dan lulus ujian pengesan logam. "Seorang lagi pengawal menahan saya dan bertanya jika saya mempunyai beberapa jenis ketumbuhan."

 Lapangan terbang San Francisco, tempat kejadian dimana Falcon ditahan kerana saiz kemaluannya besar.

  
Pengembara ini menimbulkan syak di lapangan terbang San Francisco ketika dalam perjalanan pulang ke New York.

Beliau berkata: "Saya mungkin akan cuma memakai seluar pendek ketat untuk berbasikal selepas ini. Dengan cara itu, mereka akan tahu. Adakah anda fikir mereka pernah mempunyai pengalaman dengan seorang lelaki yang mempunyai 'hal' seperti ini, saya rasa belum."

Falcon sempat popular di Amerika Syarikat pada tahun 1999 disebabkan saiz kemaluannya yang besar selepas muncul dalam majalah Rolling Stone dan di dalam sebuah rancangan HBO. Bagaimanapun beliau kemudiannya bergelut untuk mencari pekerjaan sebagai pengulas permainan komputer. Anda boleh melihat wawancara tersebut di bawah.

Pihak Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan tidak membalas panggilan ketika dihubungi untuk mengesahkan mengenai kejadian tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...