Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Siapakah yang pertama kali melakukan tawaf di Baitullah?

 
Siapakah yang pertama kali melakukan tawaf di Baitullah? Ternyata jauh sebelum manusia melakukan tawaf, para malaikat sudah terlebih dahulu melakukan ibadah agung tersebut.
Muhammad bin Munkadir menceritakan bahawa yang pertama-tama dilakukan Adam AS ketika dia turun dari langit adalah bertawaf di sekeliling Baitullah.

Lalu para malaikat menemuinya dan berkata, "Semoga nusuk (ibadah haji) mu mabrur wahai Adam, sedangkan kami telah melakukan tawaf di Baitullah ini sejak 2.000 tahun sebelum kamu." (Al-Azraqy).

Utsman bin Saaj berkata, "Said memberitahu bahawa Adam AS beribadah haji sebanyak 70 kali dengan berjalan kaki, kemudian para malaikat menemuinya di jalan setapak (di antara gua gunung) dan berkata," Semoga hajimu mabrur wahai Adam, sedangkan kami telah berhaji sejak 2.000 tahun sebelum kamu. "(Al-Azraqy).-

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...