
Pada 6.15 petang Jumaat, 15 Ogos 2008 di dewan utama, Masjid Wilayah
Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Saiful telah mengangkat sumpah
mubahalah mengikut syariat Islam bahawa beliau bercakap benar. Upacara
itu selama 15 minit disaksikan kira-kira 30 orang termasuk jurugambar
dan juruvideo. Rakaman dilakukan oleh 'unit media' yang tidak dikenali.
Saiful membaca beberapa ayat al Quran termasuk Surah Al-Fatihah.
Antara saksi sumpah tersebut ialah bapa beliau sendiri, Azlan Mohd Lazim
dan imam masjid tersebut Ramlang Porigi. Sidang media telah diadakan
selepas itu di Hotel Dinasti, Kuala Lumpur.
Kini, setelah hampir lima tahun sumpah laknat itu dilafazkan, rakyat
dapat melihat dan menilai apa yang sebenarnya telah berlaku ke atas
beliau dan yang dituduh, DS Anwar Ibrahim juga ke atas mereka yang
menyokong kedua-dua pihak.
Diantara yang dapat dipaparkan apa yang menimpa Saiful dan Anwar mengikut berita-berita yang ada ialah:
Pada 24/08/08 bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menjadi saksi
sumpah laknat tersebut, Ustaz Ramlan Porigi telah menganggap tuduhan
liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya untuk mengaibkan tokoh
tersebut.
Pada 27/02/10 Diberitakan Saiful telah putus tunang dengan Janna Syariza
bt. Mohd Zaki (asal Damansara Utama), nama yang hebat sewaktu kes
tuduhan liwat terhadap Anwar berjalan.
Pada 30/9/10 Kereta Proton Waja milik Mohd Saiful Bukhari Azlan, dilaporkan hilang di Medan Tunku
Pada 28/07/10 didedahkan kisah Saiful mempunyai hubungan cinta dengan Farah Azlina, Timbalan Pendakwa Raya kes liwat beliau.
9/01/12 - Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan
memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau
dibebaskan. Hakim Mohamad Zabidin berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan
oral-lisan tak boleh sabitkan kesalahan.
Pada 22/5/12 pula, bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof
Zainal Abiden yang menjadi Pendakwa di dalam kes liwatnya
mengisytiharkan menjadi peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada 8/3/13, ayahnya sendiri, Azlan Mohd Lazim mendedahkan kes liwat
kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim adalah sebuah “konspirasi politik jahat” dan memohon maaf kepada
Anwar dan keluarganya kerana telah banyak menderita dan sengsara akibat
fitnah ini,”
Pada 9/3//13 terus terhumban sebagai anak derhaka lantaran beraninya
beliau menempelak ayahnya sendiri kerana dituduh ayahnya dipergunakan
Anwar.
Tidak adil jika hanya melihat sebelah pihak. Sekarang apa yang berlaku kepada Anwar pula selepas sumpah laknat Saiful itu?
Ini yang sempat dikompilkan oleh GB: