Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Gempar! Misteri Bangkai Raksasa Terdampar Di Pantai (5 Foto)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Satu bangkai raksasa seperti gajah purbakala telah dijumpai terdampar di sebuah pantai. Nampak macam buaya gergasi pun ada juga. Mungkin juga bangkai ikan paus. Tapi korang boleh menilainya sendiri. Korang boleh tengok gambar bangkai raksasa ni di bawah. Kalau sesiapa yang tahu lokasi di mana bangkai dijumpai, sila bagitau. Terima kasih. Click Sini (Photo)

UMUM - Haram Gunakan Ayat Al-Quran Sebagai Nada Dering Telefon


Majlis Mufti Arab Saudi telah sebulat suara mengeluarkan fatwa bahawa penggunaan ayat suci Al-Quran sebagai nada dering adalah haram. Ini kerana ayat Al-Quran tersebut menjadi tidak lengkap apabila kita menjawab telefon dan sudah semestinya maknanya juga berubah dan berbeza dari makna yang sebenar. Al-Quran adalah untuk hidayah dan bukan untuk nada dering.

“Sila Kongsikan Mesej Ini Kepada Semua Umat Islam Kenalan Korang”

Awas! Ada Buaya Di Taman Rekreasi City Park, Seremban 2

Taman Rekreasi City Park, Seremban 2

Pengunjung taman rekreasi City Park, Seremban 2 di sini, bimbang berikutan wujud seekor anak buaya tembaga di dalam tasik berkenaan dipercayai dilepaskan individu tidak tanggungjawab sejak beberapa minggu lalu.

Difahamkan, reptilia itu biasanya dilihat keluar untuk berjemur di atas batu di tasik berkenaan sekitar jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Pengunjung, Abdullah Yaakob, 52, berkata, anak buaya itu timbul dan berlegar-legar di permukaan air hingga menimbulkan rasa takut pengunjung terutama kanak-kanak.

“Saya risau berikutan ramai kanak-kanak bermain di tasik buatan itu dan kehadiran buaya boleh mengancam nyawa mereka.

[Image: buaya+di+city+park.jpg]
Buaya tembaga yang didakwa ada di Taman Rekreasi City Park.
“Sehubungan itu, saya minta pihak berkuasa segera menangkap reptilia itu,” katanya.

Pernah juga seorang sahabat kami menceritakan keindahan prasarana di City Park ini. Kebanyakan mereka sangat tertarik melihat kumpulan ikan² kap merebutkan makanan yang di campak oleh pengunjung.. suka tengok ikan yang banyak dan besar-besar saiznya. Teruk betul perangai orang yang lepaskan buaya tu.

p/s: Jika benar seperti apa yang di maklumkan ini, apekehellnya pihak berkuasa atau berwajib ni tunggu? apa tindakan susulan..? apekehellnya nak mengambil sikap bersembunyi...? sebelum ni dikatakan seorang pengunjung telah mati lemas di situ, juga tidak di wartakan..? sedangkan bukti gambar yang di ambil oleh pengunjung wujud.. wah..! panas gak ni...

PEMIMPIN NEGARA : Macam Ni Punya Kes Pun Ada..! Kah Kah Kah


Hanya seminggu selepas aman Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Mandarin 'Ah Jib Gor' dilancarkan, penyokong lawan politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mewujudkan laman Facebook dengan nama 'Ah Wah Gor'.

NONEDan dalam masa 24 jam, 'Ah Wah Gor', yang bermaksud 'Abang Anwar 'dalam bahasa Cina, telah menarik lebih daripada 15,000 pengikut, sekaligus mengatasi 'Ah Jib Gor' yang menarik 14,400 dalam masa seminggu.

Pengikut 'Ah Wah Gor' telah meraikan sambutan besar  itu selepas angkanya berjaya mengatasi lawannya petang ini.

Pentadbir laman tersebut mengucapkan terima kasih kepada mereka

yang memberi sokongan padu dan mengambil kesempatan itu untuk menyeru mereka membantu mengubah rejim dalam pilihan raya umum yang akan datang.

"Ah Jib Gor" yang bermaksud "Abang Najib" dalam bahasa Cina, diwujudkan untuk memberikan satu lagi forum kepada pengguna media sosial untuk mengenali perdana menteri sebagai insan biasa dan bukannya sebagai perdana menteri semata-mata.

Perh.. macam hero Padayyappa la DSAI punya profile picture kat atas tu!~ Dengan spek mata hitam dia, cara nak pakai baju kot tu.. bergaya siot!~ hahaha. Jibby plak dh mcm pompuan dah, terkepit-kepit naik basikal. :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...