Tadi duk blogwalking terbaca satu tulisan dari pengamal perubatan islam Darul Azzikri [Link]. Aku rasa menarik dan unik untuk di kongsi bersama. entry di bawah ni aku copy sebijik2 dari blog beliau..
Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.
Cerita yang nak saya kongsikan pada kali ini ialah keburukan dari onani (melancap) bukan dari segi kesihatannya tapi dari sudut alam ghaibnya. Sebenarnya maklumat ini saya dapat lebih kurang 3 tahun lalu. Ketika itu saya sering berinteraksi dengan jin yang katanya bernama AZAN yang mengaku sebagai jin islam. Untuk berinteraksi dengannya, disuruhnya saya membacakan Surah Al-Jin dan menghadiahkan Fatihah kepadanya sebelum dipanggil.