Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Hidangan Istimewa Banduan Akhir Sebelum Dihukum Mati

Mereka tidak akan makan apa-apa lagi buat selamanya. Atas dasar ini, banduan akhir diberi pilihan apa yang ingin dimakan sebelum menjalani hukuman mati. Jurugambar Henry Hargreaves telah menghasilkan semula makanan yang menjadi pilihan sembilan orang penjenayah paling dikutuk di Amerika Syarikat.

1. Victor Fueger


Makanan terakhir Victor Fueger hanya  sebiji buah zaitun yang diletakkan sedikit sos wain merah bersama pinggan serta sudu dan garfu.


Victor, dari Florida disabitkan bersalah untuk kes penculikan dan pembunuhan. Dia dihukum gantung sampai mati di Iowa Penitentiary pada tahun 1963. Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

2. John Wayne Gacy


John Wayne Gacy memesan 12 ekor udang goreng, satu bucket ayam KFC Original Recipe dan satu paun buah strawberi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...