Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Biar Betul! Lelaki Bunuh Dan Hidupkan Ayam Kembali (Video)

 


Mungkin video ini agak menakutkan kerana terdapat aksi kejam yang dipaparkan. Pelik tapi benar. Lelaki yang tidak dikenali bertindak selamba mematahkan kaki ayam tersebut secara hidup-hidup. Tidak cukup itu lagi, dia mengambil pisau kecil lalu ditusukkan pada kepala ayam. Lihatlah betapa kejamnya. Kasihan ayam tersebut terpaksa menanggung kesakitan. Namun apa yang peliknya, ayam tersebut boleh pula seperti hidup kembali apabila mampu berjalan semula. Jom tonton video di bawah.

ISLAM : Apabila Imam Syafie Bertemu Dengan Seorang Pendebat

Sekiranya seseorang itu mengajak kita untuk berdebat, ia tidaklah menjadi masalah. Namun perdebatan itu mestilah didatangkan dengan fakta dan logik akal bukan emosi. Adalah satu perkara yang sia-sia jika kita berdebat dengan orang yang sebegitu. Hanya tahu bercakap dan mahu bersikap mahu menang sahaja. Pada suatu ketika dahulu, Imam Syafie pernah bertemu dengan seorang pendebat. Pendebat tersebut telah memberikan satu soalan kepada Imam Syafie.


Pada suatu hari, seorang lelaki menemui Imam Syafie lalu tertanya, “Mengapakah Iblis dicipta daripada api dan kemudian diseksa pula dengan api?

Imam Syafie berfikir sejenak. Kemudian dia mengambil segumpal tanah kering dan mencampakkannya ke arah lelaki itu. Lelaki itu kelihatan marah diperlakukan sedemikian.

Melihat keadaan itu, Imam Syafie bertanya, “Adakah kamu sakit?

Lelaki itu menjawab, “Ya! Saya sakit.

Lantas Imam Syafie pun berkata, “Engkau seorang manusia yang dijadikan daripada tanah, dan engkau juga akan disakiti dengan tanah.

Lelaki itu terdiam tidak menjawab, tetapi dia telah faham dengan maksud kata-kata Imam Syafie. Begitulah juga dengan keadaan Iblis. Dia Allah menciptanya daripada api dan disiksa juga dengan api.

Pelik! Api Tiba-Tiba Keluar Dari Tanah

Suatu ketika dahulu, Terenggau pernah dikejutkan dengan penemuan api bawah tanah. Pihak Jabatan Mineral dan Geosains Terengganu mengesahkan bahawa gas itu dikenali sebagai gas Methane. Ketika penduduk menemui gas tersebut, mereka cuba menyalakan api dengan menggunakan pemetik api. Ternyata api tersebut hidup seperti biasa. Ini mungkin persamaan yang berlaku di Jawa Timur apabila tiba-tiba api keluar dari sebuah lubang. Bagaimana ia boleh terjadi?


Penduduk di kampung Angsokah, Madura di sini gempar dengan kewujudan api yang menyala keluar dari dalam tanah di halaman sebuah sekolah rendah di kampung mereka.

Menurut seorang guru di Sekolah Rendah Angsokah III, Jalalludin, semburan api itu terjadi selepas pihak sekolah melakukan penggalian perigi.

Katanya, selepas proses menggali mencapai kedalaman 41 meter, lubang perigi itu mengeluarkan lumpur dan bau belerang, menyebabkan mereka menghentikan kerja-kerja penggalian.

Namun pada pukul 5 pagi keesokannya, semburan lumpur berkurangan dan lubang tersebut mengeluarkan api setinggi 2.5 meter, lapor Beritajatim.com.

Jalalludin berkata, meskipun terdapat semburan api di halaman sekolah itu, namun aktiviti pembelajaran tetap diteruskan.

Sementara itu, seorang pelajar yang ditemui, Eni Widyawati mengakui takut dengan kejadian itu dan menyatakan mereka terhidu bau belerang yang kuat.

Tinjauan Beritajatim.com ke tempat kejadian turut mendapati bau belerang dari lubang itu boleh dihidu sehingga sejauh 10 meter.

Gempar! Penemuan Objek Bercahaya Putih Bersayap Tujuh Di Sabah (Video)

 
Baru-baru ini kita digemparkan dengan penemuan objek bercahaya putih yang dikatakan bersayap tujuh di Sabah. Penemuan ini dedahkan melalui rakaman tidak sengaja oleh seorang pengembara British yang berada di sana. Penemuan ini juga turut disiarkan oleh Buletin Utama, TV3. Sehingga kini kita tidak mengenal pasti apakah objek tersebut sehingga menggemparkan penduduk setempat terutama di Sabah. Boleh tonton video di bawah.

UMUM :: Pelik! Bagaimana Ikan Ini Boleh Terselit Dalam Batu (7 Foto)

Pelik! Bagaimana Ikan Ini Boleh Terselit Dalam Batu (7 Foto) | Orang kata, ulat dalam batu pun boleh hidup apatah lagi manusia. Namun pernahkah kita melihat ikan dalam batu? Bunyinya macam pelik bukan? Itulah hakikatnya yang berlaku apabila ikan-ikan ini telah mati akibat dek kemarau yang melampau. Bayangkanlah air sungai tersebut kering kontang tanpa ada sebarang kehidupan di situ. Jadi tidak hairanlah jika ada ikan yang boleh terselit dalam batu tersebut. Boleh lihat gambar di bawah ini. 

UMUM : Misteri Sumpahan Mahsuri Di Langkawi

Sudah menjadi suatu kebiasaan, melancong ke Langkawi sudah pasti Makam Mahsuri antara destinasi utama yang dilawatinya. Pernahkah anda berkunjung ke Makam Mahsuri? Di sini tersimpannya kisah misteri sumpahan Mahsuri yang dibunuh angkara fitnah. Jika anda berkunjung ke sini, terdapat pelbagai koleksi pra sejarah yang dipamerkan. Selain itu, mereka juga menyediakan satu panggung mini yang menceritakan kisah awal Mahsuri sehinggalah ia mati dibunuh.


Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...