Interview Bersama Megat ACAB (disember 2009) - "Ana Sudah Berubah!!" - pedoman untuk skinhead dan semua!!
OI! OI! ANDA INGAT LAGI BAND INI?? |
HAH! KALAU INGAT, MESTI KENAL BRADER NI!! |
“Fitnah! Itu Fitnah! Wallahi ana tak
pernah hina Nabi Muhammad”
“GENG, kalau lu nak tau most of skinhead kat Malaysia ni rata-ratanya memang influence dengan band ACAB. Megat ACAB antara orang awal yang jadi pelopor skinhead ni. Carilah Megat!”
Begitulah antara suara-suara yang sering saya dengar semasa dalam proses menyiapkan artikel tentang skinhead untuk dimuatkan dalam Mastika pada bulan lepas.
Agak sukar sebenarnya untuk mendapat contact Megat.
Menurut sumber kenalan, Megat menghilangkan diri. Ramai kenalan penulis
menyatakan Megat sudah tidak mahu bergelumang dengan dunia skinhead lagi.
Yang
paling menarik lagi ada yang menyatakan Megat sudah berubah. Berubah
menjadi ‘Pak Arab’. Megat sudah memakai jubah dan serban. Penulis tepuk
dahi. Benarkah dakwaan mereka ini?
Setelah melakukan carian dalam talian Google dalam Internet, dakwaan ini benar! Megat pernah ditemu bual oleh wartawan Melodi, Michelle Yeoh. Memang jelas Megat sudah berjubah. Alhamdulillah!
Dengan keizinan Tuhan, pada suatu petang di bulan Syawal penulis dapat menemu bual Megat Hafiz, 30, penyanyi utama kumpulan streetrock ataupun Oi! ini.
Lokasinya
di sebuah restoran Arab yang terletak di tengah bandar raya Kuala
Lumpur. Megat datang lengkap berjubah dan berserban.
Wah, penulis sekali lagi tertanya-tanya adakah transformasi Megat ini sekadar imej luaran sahaja?
Bukan
setakat berjubah sahaja, lokasi yang ditetapkan untuk berjumpa
membangkitkan persoalan tersebut. Tak mengapa. Biarlah persoalan ini
menjadi kesimpulan selepas habis sesi temu bual nanti.
Penulis terus bertanya pada Megat sejak bila berubah? Pastinya masyarakat di luar sana mahu mengetahui.
..kalau dia mention Mags atau Max memang ana dah saman!” - Megat ACAB |
“Ana
berubah sebab terlalu banyak sangat fitnah dan tohmahan yang ana
terima. Macam-macam fitnah sampai kata ana murtadlah, antiagamalah dan
macam-macam lagi.
“You tahu, ana nyaris saman Mastika bila keluar artikel pasal ana pertengahan 2006. Nasib baik reporter tu letak Mads, kalau dia mention Mags atau Max memang ana dah saman!” ujar Megat bersungguh-sungguh.