Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Kejam: Seorang Lelaki Merempat Di Tetak Dengan Kapak Dan Otaknya Di Makan Pembunuh


SEORANG lelaki warga Amerika Syarikat didakwa kerana menetak seorang lelaki yang tidak berumah dengan kapak dan memakan otak mangsa.

Wajah pembunuh..Tyree Lincoln
Tyree Lincoln Smith, 35, tidak menunjukkan perasaan bersalah ketika berdiri dikandang tertuduh dengan tangan di gari di belakangnya ketika pendakwaan atas kesalahan membunuh dulakukan di mahkamah Connecticut.

Smith dituduh membunuh Angel Gonzalez, 15 Disember lalu, dimana mayat mangsa ditemui di tingkat tiga rumah tinggal.

Pendakwaraya, Gliese Collimore menggesa hakim untuk mengenakan bon jaminan yang tinggi kerana menganggap jenayah itu sebagai "amat kejam."

Talitcha Frazier, kakak ipar mangsa, menyatakan bahawa dia teringat pernah melihat Smith meminta sedekah di jalan dan menyuruh lelaki itu mendapatkan pekerjaan." Saya tidak menyangka bahawa dia telah membunuh abang ipar saya," kata Frasier di mahkamah selepas perbicaraan.

Smith dicari pihak berkuasa apabila sepupu pembunuh itu menghubungi polis apabila menjumpai mayat Gonzalez.

Sepupu Smith memberitahu detektif bahawa lelaki itu datang kerumahnya pada 15 Disember dan meminta izin untuk masuk ke rumah dan membersihkan darah di tangannya sebelum pulang ke rumah tinggal di mana dia menginap di situ.

Keesokan harinya, Smith kembali ke rumah sepupunya dengan darah di seluarnya, tangan dan kapak, menurut catatan di dokumen mahkamah.

Sepupu Smith berkata:" Smith memberitahunya bahawa dia sedang tidur di anjung rumah di rumah terbengkalai apabila dia dikejutkan oleh seorang lelaki lain dan menjemput lelaki itu masuk ke dalam rumah. Smith kemudian memukul muka dan kepala lelaki dengan kapak dan mengumpul satu daripada matanya dan separuh otaknya, yang kemudian ditanam di tanah perkuburan berhampiran.

Sepupu Smith memberitahu detektif bahawa dia menelefon ibu Smith yang kemudian mencadangkan kepada pihak polis pada 16 Disember supaya mereka memeriksa rumah yang terbengkalai dan memberitahu bahawa anaknya mempunyai "masalah mental.

Lelaki itu juga diarahkan dirujuk ke pakar psikitri untuk dianalisa.

Khairul Fahmi (Apex) berterusan di FITNAh, Leuniey nafi Apex punca dia putus tunang

asyik asyik fitnah , asyik asyik fitnah , semuanya ni fitnah he he he he


KOTA BHARU - Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey, yang sebelum ini didakwa ada hubungan dengan Khairul Fatmi Che Mat, menafikan pertunganannya terputus bulan lalu kerana penjaga gol kebangsaan itu.

Sebaliknya, Leuniey, 21, berkata, pertunangannya dengan pasangannya, yang juga anak usahawan terkenal di Kelantan, terputus kerana tidak ada persefahaman dan masalah peribadi.

“Saya terima ini sebagai satu dugaan, mungkin telah tersurat jodoh kami telah tiada. Perkara ini telah diselesaikan dengan baik dan keluarga saya telah berjumpa dengan keluarga bekas tunang saya itu.

“Kedua-dua pihak menerima keputusan ini dengan sebaiknya. Saya ingin tegaskan perkara ini tidak ada kena-mengena dengan Apex,” katanya pada sidang media di butik pengantin milik
ibunya di sini, semalam.


Menurutnya, hanya rakan terdekat dan keluarga yang tahu mengenai kisah putus tunang antara dia dan pasangan, dan isu mengaitkan Apex amat memeranjatkan dia dan keluarga.

“Saya agak terkilan dengan isu yang ditimbulkan ini, apa yang disebarkan tidak benar, dan saya minta pihak yang menyebarkan berita mengatakan saya pernah keluar bersama Apex tampil menunjukkan bukti,” katanya.

Dia yang bertunang pada 16 Disember lalu dan terputus sebulan kemudian berharap, penjelasannya akan menamatkan isu berkenaan dan tidak ada lagi dakwaan yang mengaitkan Apex dengannya.

Leuniey juga menolak dakwaan bahawa dia menjadi punca tercetusnya masalah dalam perhubungan Apex dan Dahlia.

“Saya menolak seratus peratus. Apa yang terjadi pada hubungan Apex sebelum ini, ia tidak ada kena-mengena dengan saya, malah kes putus tunang Apex juga tidak ada kaitan dengan saya,” katanya, yang turut mengakui tidak meminati sukan bola sepak termasuk pemain kebangsaan berkenaan.


Media sebelum ini melaporkan Apex yang kini berada di Bahrain menjadi punca keretakan
hubungan Leuniey dan pasangannya.

Susulan itu, ayah Apex, Che Mat Hussin melahirkan kekecewaan dengan tuduhan terbaru terhadap anaknya itu dan tidak menolak kemungkinan untuk mengupah pengawal keselamatan untuk mengawasinya, yang dikatakan berada dalam situasi terancam.

UMUM - Umpan BR1M Sudah Mendapat Hasilnya...! Tahniah Barisan Nasional...

Bantuan diminta isi borang dari jabatan INCOME TAX supaya income tax senang nak jejak alamat terkini rakyat Malaysia. Bila duit dah lulus dan kita fikir akan tuntut duit tu kat mana mana pejabat INCOME TAX rupa rupanya kena jumpa juak juak BN jugak.dah nampak dah belang umno nih nak wayang apa sebenarnya. Bila memberi wang, amik kat UMNO,dia pikir wang tu hasil dari Najib agaknya.

Teknik Merobohkan Bangunan Yang Sangat Aneh..

  Agak menghairankan teknik yang digunakan kontraktor ini..

Tips penting perlu diperiksa sebelum membeli handphone




SEBELUM anda membeli telefon bimbit ada tips penting yang harus diikuti untuk memastikan anda membeli telefon yang terbaik, atau sekurang-kurangnya anda mengetahui tahap kualiti telefon bimbit anda.

Sebelum membeli, pastikan anda memeriksa dahulu no IMEI [International Mobile Equipment Identity], untuk mengetahui keaslian handphone yang ingin dibeli.

Tekan *#06# akan tertera satu siri nombor unik contohnya seperti 359598040475402. Perhatikan nombor yang ke 7 dan ke 8. Contohnya, untuk no siri 359598040475402, no ke 7 dan ke 8 ialah, 04.

Dari sini anda boleh mengetahui tahap keaslian dan kualiti telefon bimbit yang ingin dibeli. Rujuk data di bawah.

02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...