Salam kepada seluruh rakyat Malaysia yang dihormati.....
Suasana politik yg semakin bercelaru pada waktu ini memanggil diri saya sebagai rakyat Malaysia yg begitu cintakan Negara kita yg bertuah ini . Mungkin warkah ini ditujukan kepada semua pemerintah pemerintah yg sedia ada dan juga bakal bakal pemerintah yg kini begitu giat memperkasakan jentera-jentera mereka utk menghadapi PRU 13 yg bakal menjelma tidak lama lagi.
Didalam kedua dua pihak bercakaran sesama sendiri utk menegakkan pendirian masing masing, rakyat yg tidak bersalah ini terlibat secara langsung atau tidak langsung terhadap sengketa politik masa kini. Pelbagai pekara pekara yg dihidangkan kepada rakyat tentang tuduhan penyelewengan Dana Kerajaan, Peribadi peribadi pemimpin diaibkan dgn sebaran² media yg tidak berhemah,
cybertrooper yg tidak henti henti bercakaran sesama mereka walaupun pada dasarnya mereka ini adalah
ISLAM dan
MELAYU. Dan sebaran didalam alam cyber ini boleh menjengah sesiapa sahaja termasuk anak anak kita yg semakin cekap didalam dunia tanpa sempadan sekarang ini. Apakah jawapan kita jika anak kita bertanya..
"ayah..! ayah kenapa diorang cakap kerajaan curi duit rakyat utk bagi kat menteri utk bela lembu?" "kenapa anwar ibrahim tu gay?" "kenapa papagomo tu selalu mencarut?" dan macam macam lagi.. Apakah jawapan kpd soalan anak anak yg mahu membesar ini ?
scroll bawah lagi