Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Antara Orang Yang Mendapat Doa Dari Malaikat

Antara Orang Yang Mendapat Doa Dari Malaikat

Antara Orang Yang Mendapat Doa Dari Malaikat :-

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Misteri Suara Dari Langit di Kota Samarahan Akan Terjawab?

 
Misteri Suara Dari Langit di Kota Samarahan Akan Terjawab?

PETRA JAYA: Kejadian aneh ‘suara dari langit’ yang menggemparkan penduduk sekitar Kota Samarahan dekat sini pada 11 dan 12 Januari lalu, akan terjawab minggu depan apabila Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengumumkan hasil siasatan pakar mereka.

Timbalan Menteri, Sains dan Teknologi, Datuk Fadillah Yusof, berkata pihaknya yakin kejadian aneh itu mempunyai penjelasan dari sudut saintifik yang dapat diterima semua pihak, sekali gus menolak beberapa andaian tidak logik.

Katanya, rakaman dan temu bual dengan penduduk yang mendengar suara aneh itu dibuat pasukan penyiasat dari Kuala Lumpur dengan jawatankuasa kementeriannya sedang menilai perkara berkenaan.

“Keputusan rasmi mengenai kejadian berkenaan akan dibuat oleh pihak MOSTI minggu depan selepas semua siasatan termasuk mendengar kembali bunyi aneh itu oleh pakar, dilaksanakan.

“Laporan awal mendapati kemungkinan besar bunyi berkenaan berpunca daripada pendandang kilang sawit milik FELCRA di Samarahan dengan pengesahan lanjut akan dibuat selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi Parlimen Petra Jaya, di sini, semalam.

Baru-baru ini, penduduk di sekitar Kota Samarahan mendengar bunyi aneh antara jam 1 pagi hingga 5 pagi pada hari berkenaan dan ia mencetuskan pelbagai andaian penduduk di negeri ini dan tersebar dalam Youtube.

Sumber: Berita Harian Online


Komen Mufti Perlis

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya dalam satu artikelnya ‘suara dari langit’ pada 2 September tahun lepas pernah menjelaskan ada satu hadis Rasulullah yang menyatakan tentang huru hara besar akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadan, di mana akan menyebabkan semua orang terjaga dari tidurnya.

NEW...!! Proton P3-21A Di Khabarkan Pelancaran Bulan Mac 2012??

Melalui info yang saya dapat dari rakan yang berkerja dengan Proton, Proton akan keluarkan model terbaru ni pada bulan 17 Mac 2012 nanti. Tapi tarikh akan berubah kalau ada ada masalah dengan vendor.
Pelancaran model baru Proton yang belum ada nama lagi ni (sekarang menggunakan nama P3-21A) akan dibuat di Bukit Jalil. Harga dia lebih kurang macam Proton Exora. Maknanya dalam 50k++ - 70k++ la kot. Difahamkan jugak 16 bijik model ni dah pun dihantar ke luar negara baru-baru ni. Selepas pelancaran dilaksanakan, Proton akan stop production Persona M-Line dan H-Line. Cuma Proton Persona B-Line saja yang akan diteruskan.
Harap-harap model baru ni bakal memberi satu kepuasan kepada rakyat Malaysia yang inginkan kereta yang berkualiti dan kalau boleh bior la bergaya dengan bajet yang rendah..  :-)
 
Lagi Gambar Prototaip di bawah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...