Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Membaca al Quran di Kubur – Bid’ah Ke? Sesat Ke?


Dalam persoalan ini perlu diberi penjelasan bahawa isu membaca al-Quran di atas kubur dan isu menyedekahkan pahala kepada si mati merupakan dua isu yang berbeza. Perkara yang hendak dibincangkan di sini ialah adakah disyariatkan membaca al-Quran di kubur atau ianya amalan yang tidak dicontohkan oleh rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Perbincangan adakah pahala yang dikirimkan kepada si mati sampai atau pun tidak, maka saya rasa perbincangannya bukan disini. Oleh yang demikian kedua-dua perkara ini hendaklah dibezakan.

Evolusi Google


Halaman baru Google Search 



sumber: Blog Google




Google Inc. melalui blog rasminya, mengumumkan telah melakukan beberapa pembaharuan kepada beberapa produknya. Laman utama Google dilihat dikemaskini dengan logo yang lebih kecil, manakala pautan diletak di sebelah atas dan bawah halaman bagi menampakkan susunan yang lebih kemas.


Pembaharuan yang dilakukan sedikit demi sedikit keatas semua produknya dengan harapan memberi pengalaman baru kepada semua pengguna. Produk yang bakal terlibat dalam pembaharuan ini termasuk Google Maps dan Google Search.

p/s: Very simple and clean. Berbeza sangat dengan halaman asal yang diperkenalkan oleh pengasas Google satu ketika dulu;


'Nostradamus' Ramal Kemunculan Imam Mahdi


Sebelum Rasulullah SAW dilahirkan, kisah kelahiran baginda telah diceritakan lebih awal di dalam Kitab Taurat dan Injil. Dikenali dengan nama Ahmad, dan bukannya Muhammad sebagaimana setelah dilahirkan. Kelahiran agung itu telah dihafal dan dijiwai oleh pendeta Nasrani dan rahib Yahudi, hingga mereka mengenali sifat Rasulullah SAW itu lebih daripada anak mereka sendiri. Malah ada yang ternanti-nanti kelahiran tersebut dan mengharap Nabi tersebut adalah dari kalangan mereka.

Ketika telah terjadi kelahiran Rasulullah SAW, mereka segera mengenalinya melalui tanda-tanda yang telah tersebut di dalam Kitab Taurat dan Injil. Ketika tiba seruan Islam dari Rasulullah SAW, merekalah yang menjadi penentang karana iri hati dan dengki, bukan kerana tidak tahu kebenaran. Hingga kini, Yahudi dan Nasrani tidak berhenti memusuhi Islam. Mereka terus menerus mengkaji rahsia-rahsia kekuatan umat Islam dengan tujuan untuk melumpuhkan ajaran Islam.

Kelab Malam Menyerupai Masjid di Sepanyol



Tahukah anda, La Meca merupakan disko yang paling popular di kota pesisir Aguila, di Murcia, Sepanyol, pada 1980-an dan 90-an sebelum ditutup satu dekad lalu. Kemudian disko ini kembali dibuka pada 18 Jun 2010 dengan nama yang sama, sehingga mengundang kontroversi di kalangan umat muslim di negara tersebut.




Kontroversi tersebut semakin besar setelah hacker masuk ke website disko tersebut, kemudian memposting videonya. Tentu saja hal tersebut akan mengancam peperang besar antara Sepanyol dan orang-orang Islam di seluruh dunia, jika tempat tersebut tidak mengganti namanya.

Ketua Federasi Entitas Agama Islam Sepanyol mengatakan bahawa Mekah merupakan tempat suci orang Islam, dan tempat Nabi Muhammad menerima kitab suci Al-quran. Menggunakan nama La Meca untuk memanggil tempat yang digunakan untuk menari dan minum, itu menghina perasaan umat Islam.

Saksikan VIDEO di bawah...!

Rita Rudaini Terima Surat 'Tidak Masuk Akal' Daripada Suami



Rita bersama suaminya Aidil Zafuan.

PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar terkejut apabila menerima sepucuk surat daripada suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak kerana membuat tuntutan yang disifatkan sebagai “tidak masuk akal”.
Rita berkata, dia menerima surat yang dikirimkan oleh peguam Aidil itu daripada pengawal keselamatan di kediamannya di Damansara di sini pagi Khamis (pagi ini) ketika hendak keluar rumah untuk menjalani penggambaran sebuah telefilem terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd.
“Saya terkejut membaca isi kandungan surat tersebut selepas diberikan oleh pengawal keselamatan rumah saya. Aidil membuat tuntutan yang tidak

Lapan Juta Penonton Saksi Peserta Realiti Dirogol Secara ‘Live’ Di Kaca TV!

Program realiti Big Brother versi Brazil mencetuskan kegemparan di negara tersebut apabila salah seorang pesertanya dirogol secara langsung di dalam kaca televisyen.

Model, Daniel Echaniz dituduh mengambil kesempatan meratah tubuh pesaingnya, Monique Amin selepas berakhirnya satu program keramaian.
Dalam episod terbaru Big Brother Brasil itu, yang disaksikan kira-kira lapan juta penonton, menunjukkan Echaniz naik ke katil Monique sewaktu wanita tersebut sedang tidur dalam keadaan mabuk.
Kemudian dia menggeselkan tubuhnya dengan wanita itu sebelum berselimut.




Monique yang berusia 23 tahun itu dikatakan tidak begitu sedar terhadap kejadian yang menimpa dirinya kesan daripada pengaruh alkohol.
Polis mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengambil keterangan Monique berhubung kejadian itu sebelum membawanya ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.Echaniz akhirnya disingkirkan serta-merta dari rancangan realiti tersebut dan bakal berhadapan hukuman penjara di antara enam ke 10 tahun jika disabitkan dengan kesalahan 
video boleh ushar kat bawah

Hitler Itu Mungkin Ada Benarnya


Ketika saya menulis rencana ini (pada Hari Sabtu) saya sedang berada di Osnabruck, Jerman. Pada Hari Jumaat semalam saya memberikan ceramah ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama Masjid Ibrahim. Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab.

Saya berucap dalam bahasa arab mengenai isu semasa umat Islam sekarang khususnya Palestin. Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah dengan berani dan bersemangat tentang isu Gaza. Bahkan beliau berkempen agar ahli jamaahnya menyertai demonstrasi aman membantah kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Saya melihat satu keperluan apa yang beliau kempenkan, sebab di Berlin telah dibuat demonstrasi besar menyokong tindakan Israel. Malanglah jika ada masjid di Malaysia yang tidak berani mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya bercadang hendak ke Berlin untuk berjumpa dengan beberapa pihak.

Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem ‘Combat’ semasa zaman tersebut.
Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri ‘Combat’ tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika.
Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak ‘Nazi’nya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.

Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia.


Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.

MESTI BACA.........!!!!! BERSATULAH MELAYU.....!!!!!






Rencana ini adalah diterbitkan oleh sebuah majalah di London. Ditulis di dalam bahasa mandarin dan telah dialihbahasa oleh pelajar melayu yang belajar disana. Rencana ini telah disebarkan sekitar tahun 2006 dan kebenarannya telah terbukti. 

    TAJUK: 'BERSATULAH KAUM CINA'
 
Kita semua kaum Cina di mana sahaja kita berada mestilah berbangga dengan bangsa kita; samada Cina Amerika, Cina Singapura, Cina Taiwan dan Cina Malaysia. Kita mestilah mengekalkan identiti kita. Di Malaysia, kita mesti memberitahu anak-anak kita dan mengajar mereka cara-cara perjalanan halus. 

Setakat ini oleh kerana kedudukan kita, kita tiada pilihan untuk memilih kerajaan yang majoritinya dikuasai oleh orang Melayu. Tetapi kita sedar dibidang perniagaan dan perindustrian, orang Melayu tidak ada melainkan mengekalkan bangsa kita (Cina) sebagai unsur utama meninggikan ekonomi Malaysia dengan meletakkan keutamaan Bahasa Mandarin atau Kantonis di dalam akhbar tempatan sebagai syarat penerimaan atau syarat kelayakan perlu. Maka orang-orang Melayu tentunya terpinggir dari bidang pekerjaan tersebut.

Jadi kita mengambil kesempatan ini atas kedudukan kita dan meminta hak-hak politik. Orang-orang kita yang bergiat di bidang pelajaran hendaklah pastikan bahawa generasi yang akan datang tidak akan diajar segala pengorbanan orang Melayu, terutama sekali dalam pelajaran sejarah, Ilmu Alam dan lain-lain mata pelajaran, baikpun di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.

Kita mesti mengajar anak-anak dan anak orang Melayu supaya mempunyai pendirian bahawa kejayaan itu bergantung semata-mata atas kebolehan. Untuk tujuan ini kerajaan Singapura yang kita harus banggakan kerana telah berjaya memecah-belahkan orang-orang Melayu dengan cara membahagikan mereka kepada banyak puak seperti Banjar, Acheh, Bugis, Mandaling, Boyan dan lain-lain. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...