Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

FOTO : Motor batman ada di Malaysia?

 
 
Percayakah anda motor batman ada di Malaysia? Nampak tak kereta waja Polis kat belakang tu?

PELIK : Bayi Kembar Dalam Kandungan Hilang Secara Misteri..

Pasangan suami isteri berputih mata apabila kandungan anak kembarnya tiba-tiba ghaib. Betul ke atau adakah cerita yang diada-ada kan ? Wallahualam...

 

Detik penantian 5 tahun seorang suami bagi menimang anak sulung hancur setelah anak kembar perempuan dalam kandungan isterinya telah hilang secara misteri.

UMUM : Mengapa Kawasan Kubur Ini Tidak Bertanda?

Mesti anda tertanya-tanya, benarkah wujudnya kawasan kubur yang tidak bertanda ini? Sedangkan ia bukanlah kubur lama, tetapi kubur yang berada pada zaman ini. Kisah di bawah ini menceritakan tentang segelintir sikap anak-anak kita pada zaman kini yang sanggup menghantar ibu mereka ke rumah kebajikan. Tidak cukup itu lagi, sehinggakan jenazah ibunya pun tidak dituntut oleh si waris. Ini yang menyebabkan mereka dikebumikan di kawasan perkuburan tidak bertanda. Ikuti kisah di bawah ini

kubur

Pada suatu petang, beberapa hari sebelum Ramadhan al-mubarak tiba, seorang ustazah yang terlibat sebagai seorang sukarelawan di sebuah rumah perlindungaan orang tua dipinggir negeri selangor membawa Mastika ke sebuah tanah perkuburan Islam. Menurut ustazah ituyang hanya mahu dikenali sebagai sabariah, dia ingin menunjukkan sesuatu kepada wartawan Mastika dan bercerita ‘kisah pilu’ yang selama ini ditanggungnya sejak menjadi sukarelawan di rumah berkenaan.

Saya tak pernah cerita pada sesiapa kecuali dengan Mastika saja sebab Mastika banyak sedarkan masyarakat , beritahu Ustazah sabariah semasa memarkir keretanya di hadapan tanah perkuburan islam tersebut.Ustazah sabariah lalu menunjukkan ratusan kubur tidak bertanda , tanpa nisan dan hanya dipacak kayu yang hampir reput. Tidak terdapat sebarang nama atau petunjuk pada kubur-kubur berkenaan. Kami lihat terdapat beberapa buah pusara yang masih merah tanahnya ,petanda baru disemadikan beberapa hari lalu.

ISLAM : Siapakah Pemimpin Yang Suka Merendah Diri? (Menarik!)

Banyak pemimpin-pemimpin terdahulu ketika di zaman Rasulullah SAW, mempunyai sifat yang suka merendah diri antaranya Salman Al-Farisi. Merendah-rendahkan diri sini, bukanlah bermakna kita hidup tanpa sebarang keyakinan, akan tetapi hidup dalam keadaan bersederhana. Memang sukar untuk kita mencari pemimpin yang suka merendah diri ini. Mungkin ada di antara kita tidak mengenali siapa sebenarnya Salman Al-Farisi ini. Jom ikuti kisah di bawah ini.

salman 

Salman Al-Farisi tergolong sebagai salah seorang sahabat Rasulullah saw. Beliau berasal dari negeri Parsi. Pernah di masa hidupnya, Salman telah diberi jawatan sebagai Gabenor di salah sebuah jajahan takluk Islam. Namun demikian kedudukannya itu tidak sedikit pun mengubah keperibadiannya yang penyantun, rendah diri, serta zuhud terhadap kemewahan dunia.

Pada suatu hari, diriwayatkan seorang rakyat awam tanpa mengenali Salman terus menariknya secara kasar lalu menyuruhnya melakukan suatu kerja yang berat. Orang itu menjumpai Salman ketika berada di tepi jalan. Ia mempunyai sebuah karung besar lalu menyuruh Salman memikulnya sampai ke rumah.

Tanpa banyak soal Salman terus memikulnya. Di pertengahan jalan, seorang lelaki telah memberi salam kepadanya. Alangkah terkejutnya melihat Salman memikul karung. Lalu berkata: “Wahai tuan! Tahukah tuan bahawa orang yang memikul karung tuan itu adalah Salman Al-Farisi, Amir negeri kita ini.”

Terkejut lelaki itu mendengarnya, apabila dikenangkan orang yang dikasarinya itu adalah gabenornya sendiri. Lantas dia meminta maaf lalu menyuruh Salman menurunkan karung yang sedang dipikulnya itu. Tetapi Salman menjawab: “Oh tidak mengapa tuan. Biarlah saya memikul barang tuan ini hingga sampai ke rumah tuan“. Demikianlah ketinggian budi pekerti Salman Al-Farisi, salah seorang sahabat Rasulullh saw. yang tidak mementingkan darjat kedudukan.

PELIK : Mengapa Rumah Ini Berada Di Tengah Lebuhraya (4 Foto)

Mungkin anda tertanya-tanya, mengapakah sebuah rumah besar ini boleh berada di kawasan tengah lebuhraya. Secara uniknya yang kita lihat, ada rumah yang dibina di atas pokok dan sebagainya. Namun apa yang kita lihat ini, ia berada di lebuhraya. Pada mulanya, admin berpendapat, rumah ini berpuaka sehingga ia tidak boleh diruntuhkan, namun ia berlaku sebaliknya.

 

Sebuah bangunan lima tingkat yang terasing ini tetap teguh berdiri di tengah-tengah lebuh raya yang baru di buka. Lebuh raya tersebut terletak di Wenling, Wilayah Zheijang, China.

POLITIK : Majoriti Sokong Anwar Ibrahim Jadi PM – Bancian Online

Bancian online yang dibuat oleh Sinar Harian Online menunjukkan majoriti menyokong Anwar Ibrahim menjadi PM Malaysia. Siapa yang seharusnya menjadi Perdana Menteri jika pakatan rakyat memenangi Pilihan Raya nanti telah diperolehi melalui bancian ‘online’ dan menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjadi pilihan ramai.

Seramai 54 peratus daripada 1,139 pengunjung yang menyertai bancian itu menyatakan bahawa Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua PKR, layak menjadi Perdana Menteri untuk sesi pemerintahan depan.

Keputusan disusuli dengan 34 peratus yang memihak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang , manakala 12 peratus lagi memilih Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya.

Menurut perkembangan semalam, Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi membuat kenyataan media bahawa Pas dan PKR sedia mengadakan perbincangan mengenai isu pemilihan dan pemegangan jawatan Perdana Menteri tersebut.

“Memang betulah. Boleh bincang,” ujar Hadi pada sidang media setelah menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas ke-58.

Hadi menyatakan pandangan beliau berhubung kenyataan Anwar pagi semalam, dengan menyatakan siapa bakal menjawat jawatan Perdana Menteri kelak bukan satu masalah.

“Tiada masalah, tak ada apa, kita boleh bincang dengan baik,” ujar Anwar selepas merasmikan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara di Universiti Selangor.

Idea supaya Hadi menjadi Perdana Menteri telah dibangkitkan oleh perwakilan Dewan Ulama kelmarin. Ia sekali lagi disahkan oleh Dewan Ulama semalam dan turut mendapat sokongan Dewan Muslimat mengenai isu ini.

ISLAM : Kisah Berkat Di Sebalik Membaca Bismillah (Menarik!)

Memulakan sesuatu perbuatan dimulai dengan bismillah adalah lebih afdhal. Memulakan sesuatu dengan menyebut nama Allah. Adakah kita juga tergolong dalam orang-orang yang sentiasa mengucapkan bismillah dalam melakukan sesuatu pekerjaan? Jika ya alhamdulillah, jika tidak, mari kita mulakan pada hari ini juga. Sudah tentu kita sebagai hamba Allah sentiasa mengharapkan redha daripada Allah SWT. Kami mahu berkongsi dengan anda tentang keajaiban seorang isteri dalam mengamalkan kalimah ini.

bismillah_l3crop 

“Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.”

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : “Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.” Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, “Simpan duit ini.” Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.” Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, “Bismillahirrahmanirrahiim.” Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.”

UMUM : Kejam! Mayat Nureffa Sahira Ringkasan Ditemui Dalam Tong Dram!


Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun sejak lima hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah ladang sawit di Kampung Salimbangun, dekat sini, kelmarin.

Mayat Nureffa Sahira Ringkasan ditemui dalam tong dram dengan badannya berlipat, dipenuhi ulat dan mulai reput, kira-kira 500 meter dari kediaman mangsa.

Mayat kanak-kanak itu ditemui jam 2 petang oleh penduduk kampung yang melakukan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang 31 Disember lalu.

Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, kanak-kanak itu yang juga anak tunggal disedari hilang dari rumahnya apabila tidak pulang selepas bermain di pekarangan kediamannya itu.

Berikutan itu, katanya, usaha mencari mangsa dilakukan ahli keluarganya dengan bantuan penduduk kampung, namun gagal.

ApeKeHell – Kami amat berharap pihak polis dapat mencari pembunuh kejam yang durjana ini. Apakah yang telah merasuk penjenayah sehingga sanggup berbuat demikian. Apa-apa pun, kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga tabah menghadapi ujian ini. Al fatihah.

PELIK : Lelaki Angkat Tangan Selama Lebih 38 Tahun


Apabila kita mengangkat tangan ke atas, sudah pasti dalam masa beberapa minit sahaja sudah merasai betapa lenguhnya sendi. Namun pernahkah kita terfikir dalam dunia terdapat seorang lelaki yang bertindak pelik mengangkat tangannya ke atas. Tindakan ini dilakukan adalah kerana kepercayaan terhadap agamanya sendiri. Bayangkanlah dirinya telah mengangkat tangan lebih 38 tahun. Sedangkan kita sendiri pun angkat sekejap sudah merasa lenguhnya. Boleh tonton video di bawah ini.


Seorang lelaki tidak pernah menurunkan tangan kanannya sejak 1973. Bekas kerani, Manhant Amar Bharti Ji dikatakan mengangkat tangannya pada tahun berkenaan sebagai menghormati Tuhan Hindu, Shiva.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...