Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

ISLAM :: Kisah Qarin – Jin Kembar Manusia

Apakah itu jin Karin atau Qarin yang dikatakan jin kembar kepada manusia itu? Betul ke Qarin ini wujud atau sekadar mitos sahaja yang dimomokkan? 

Pernah tak anda dengar tentang jin yang bernama Qarin atau Karin ni. Dikatakan jin ini akan dilahirkan bersama-sama manusia tetapi bila manusia mati, jin karin ni tak mati. Betul ke? Jom kita baca dengan lebih lanjut tentang kisah karin, yang dikatakan jin kembar kepada manusia ni.

 Gambar Hiasan
Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)

ISLAM :: Apakah Bala Allah Hampir Tiba?

Bala merupakan satu ujian yang Allah turunkan kepada hambaNya sama ada untuk menguji mahupun memberi pengajaran kepada manusia yang ingkar seperti umat-umat yang terdahulu.

Allah SWT adalah tuhan sekalian alam. Allah SWT jugalah yang mencipta semua makhluk yang terdapat di atas muka bumi ini. Sebagai seorang hamba yang hina, kita wajib mentaati segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Sekiranya kita sentiasa melakukan perkara kemungkaran, bala pasti akan menimpa kita sama ada pada ketika itu, ataupun di masa akan datang.

 Gambar Hiasan

Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW mendatangi sejumlah sahabat di kalangan muhajirin, kemudian Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai kaum muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika perkara-perkara itu sudah dikerjakan), maka tidak ada lagi kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung kepada Allah SWT, semoga kamu tidak menemui zaman itu.”
Perkara-perkara itu ialah:

ISLAM :: Biodata Ringkas Imam Syafie - Pengasas Mazhab Syafie

Imam Syafie merupakan imam yang mengasaskan mazhab Syafie yang menjadi ikutan lebih dari separuh dari umat Islam di dunia ini...

 Gambar Hiasan: Ajaran Imam Syafie memimpin jutaan umat Islam masa kini

Kitab ilmu yang paling terkemuka pada ketika itu ialah al-Muwattha’ karangan Imam Malik bin Anas, dan Imam as-Syafi’e dalam usia 15 tahun telah pun menghafal keseluruhan kitab tersebut. Imam as-Syafi’e kemudiannya berhijrah ke Madinah untuk berguru pula dengan penulis kitab itu sendiri, yakni Imam Malik bin Anas. Ketika itu Imam as-Syafi’e baru berumur 20 tahun dan beliau terus duduk bersama Imam Malik sehinggalah kewafatannya pada tahun 179H/796M. Ketokohan Imam as-Syafi’e sebagai murid terpintar Imam Malik bin Anas mulai diiktiraf ramai. Imam as-Syafi‘e mengambil alih sebentar kedudukan Imam Malik bin Anas sebagai guru di Masjid Nabawi di Madinah sehinggalah beliau ditawarkan satu kedudukan jawatan oleh Gabenor Yaman. Jawatan Imam as-Syafi’e di Negeri Yaman tidak lama kerana Imam Syafie telah difitnah sebagai pengikut mazhab Syi‘ah. Selain itu pelbagai konspirasi lain dijatuhkan ke atasnya sehinggalah beliau dirantai dan dihantar ke penjara di Baghdad, yakni pusat pemerintahan Dinasti Abbasid ketika itu.

ISLAM :: 10 Wasiat Imam Syafie Kepada Muridnya

Sebelum Imam Syafie wafat, beliau ada meninggalkan wasiat untuk anak muridnya. Dan wasiat tersebut secara amnya boleh dijadikan panduan kepada kita semua. Insyallah...

10 Wasiat Imam Syafie Kepada Muridnya | Sebelum Imam Syafie kembali ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat Islam. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai.  Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: “Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.” Jom kita lihat apakah 10 wasiat tersebut di bawah ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...