D'herbs, aku faham.
Bahkan aku percaya masyarakat juga
faham. Mereka faham apa yang ko ingin jual dan sampaikan melalui
produk² tertentu ko jika ko menggunakan iklan yang lebih sopan tanpa
perlu menggunakan unsur² yang tidak sepatutnya, berbaur lucah dan senang
cakap keterlaluan!
Dewasa neh kita telah banyak kali
dihadapkan dengan iklan² berbaur kelucahan atas nama untuk melariskan
jualan product mereka. Siyes cakap, iklan² tersebut sangat SICK dan
meloyakan. Macam orang kita asyik fikir nak
MAIN
dan
SEKS aje.
Kemon. Kenapa peniaga² melayu seperti D'HERBS terlalu fokus kat produk macam tue je ek!? Dan kenapa perlu buat iklan²
seperti tu? Susah sangat ke nak buat iklan yang lebih sopan kalau nak
memperkenalkan produk² korang sekalipun? Geli la weh.. nak² dipamerkan
di tempat terbuka. Kalau orang yang dah kahwin tengok, takde lah dorang
rasa apa sangat.
tapi tak dinafikan memang manusia sentiasa fikir nak main dan seks
sahaja terutama lelaki... cuma iklan ni memang agak bodoh la, cuba kalau
budak² baca iklan tu mesti dia tanya kat mak dia "Mak, apa yang sendat dan ketat sampai melekat tu?"
Cuba yang tengok tue budak² sekolah?
Orang bujang dan remaja? Tak fikirkan apa benda yang dorang akan
terbayangkan bila membaca iklan² seperti itu? Kemon la, jadilah peniaga
berhemah. Anda tak perlukan paparkan kelucahan or ayat² yang seperti di
atas untuk lariskan produk² anda. Anda mampu buat lebih baik dari ini.
Hanya perlu perahkan akal kreativiti anda, yang pasti bukan akal lucah!
Oke? Bai.