KOTA BHARU: Suami pantang
‘tersentuh’, manakala isteri tidak pernah menolak. Itu antara rahsia
kebahagiaan rumah tangga Isa Hassan, 56, dan Mek Jah Yusof, 52, yang
layak digelar ‘pasangan super’ apabila memiliki 18 anak sejak berkahwin
40 tahun lalu.
Selain itu, kehidupan sukar
pasangan berkenaan yang menetap di rumah usang di Kampung Pantai Pulau
Kundor, dekat sini, turut menjadikan mereka individu yang ‘subur’ kerana
tidak terdedah makanan tidak sihat seperti makanan ringan dan minuman
berkarbonat.
Menurut Isa, dia tidak pernah
minum minuman berais, manakala makanan utama mereka kebiasaannya nasi
berlaukkan ulam-ulaman dan bunga nipah dicecah dengan budu.
“Saya orang susah, tak dapat
makan seperti makanan segera atau minuman berkarbonat. Makanan saya
hanya nasi berlaukkan ulam-ulaman serta bunga nipah dicecah budu. Jika
memancing dapat ikan, maka bertambah lauk.