Perhimpunan
Agung Umno 1985, wakil Kedah berucap meminta kerajaan terutamanya
Menteri Dalam Negeri bertindak tegas menangkap Ust. Ibrahim Libya, yg
kononnya menjadikan Kg. Memali sbg sarang subversif yg menghimpun
senjata utk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan. Rentetan dari itu
membuat kerajaan bertindak, namun tiada siapa yg menyangkakan pihak
kerajaan akan sampai ke peringkat sehingga sanggup membunuh....
Kerajaan melancarkan operasi yg dinamakan...
"OPS HAPUS"
18 November 1985
Jam 1935
- Bertempat di Kem Pasukan Polis Hutan ( PPH ) Sungai Petani,
Kedah; seramai 3600 org pasukan polis dari pelbagai bahagian termasuk
Unit Simpanan Persekutuan ( FRU ) Pulau Pinang, dari Senoi Prak dan
Komando 69 telah bersiap sedia menurut arahan, Kebanyakan mereka bukan
beragama Islam.
- Seorang Pegawai Tinggi dari Bukit Aman, Dato’ Yahya Yeop
telah mengetuai Ops Hapus dengan bantuan beberapa orang pegawai dari
Pulau Pinang, Kedah dan Perlis .
Jam 1945
- Dato’ Razali Yeop mengeluarkan arahan iaitu : Menyerang hendap
satu kem komunis dalam daerah Baling yang terletak berhampiran sempadan
Thailand
Jam 2005
- Berlaku kekecohan di antara para pegawai di Kem Sungai Petani dengan pegawai dari Bukit Aman di bilik operasi Sg. Petani.