Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Umum - Azlan & Typewriter terlibat dengan BENDA HIJAU??!! ApeKeHell ni...??!

Oh.....! kesahnye...! diorang terlibat dengan sebuah Karnival anjuran KeTTHA....! Jomlah ushar reramai yeahhh~




ApeKeHell sukacita turut serta membantu untuk mengiklankan sebuah program anjuran KeTTHA yang dinamakan 1Hijau 1Komuniti yang akan bertempat di Sekinchan, Kuala Lumpur. pada 17hb Disember 2011 dari seawal 8 pagi - 7 petang.. Jadi kepada anda yang berhampiran atau berminat untuk memeriahkan lagi program ini, sangat lah di alu²kan untuk hadir bersama keluarga dimana terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik untuk disertai seperti

PANAS...! Video 'HUDUD' Potong tangan di Malaysia





Sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.Semoga klip video ini dapat memberi manfaat kepada para penonton.Kami sangat mengalukan perkongsian(share) video ini kepada masyarakat.





ApeKeHeLL mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak yg bertanggungjawab membuat video ini dan berharap agar lebih banyak pihak yg berani mengeluarkan dakwah dakwah medium baru seperti ini yg tidak membosankan dan lebih santai... Insyallah ... 

p/s: tapi ada jugak yg komen negatif kat video ini ApeKehell la diorang ni gila ke apa ?


RUKUN IMAN KEPADA YG BELUM TAHU ATAU TERLUPA ....

  • Erti Iman (الإيمان) secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah. Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya maka dia dikatakan beriman. Perkataan Iman (إيمان) diambil dari kata kerja 'aamana' (أمن) -- yukminu' (يوءمن) yang bererti 'percaya' atau 'membenarkan'. Perkataan Iman yang bererti 'membenarkan' itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam Surah At-Taubah ayat 62 yang bermaksud:

    "Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman."

    Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota."
    Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota."
    Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."
    Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.
  • 1 Rukun Iman
    • 1 Percaya kepada Allah
    • 2 Percaya kepada Para Malaikat
    • 3 Percaya kepada Kitab-Kitab Allah
    • 4 Percaya kepada Nabi dan Rasul
    • 5 Percaya kepada Hari Akhirat
    • 6 Percaya kepada Qada' dan Qadar

      Percaya kepada Allah

      Konsep yang paling asas ialah percaya bahawa tuhan itu satu (Tauhid).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...