Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

HAJI NAJIB...! Macam-macam Jenis Haji...

ADA BERBAGAI JENIS HAJI
Topik kali ini agak berat di mana ApeKeHell™ ingin melakar pandangan untuk menerangkan kepada pembaca kenapa saya memberikan pandangan atau komen tentang agama. Untuk memahami apa yang akan saya lakar disini saya meminta para pembaca berlaku jujur , ikhlas dan rasional. Kejujuran dan keikhlasan ini penting. Tanpa dua sikap ini agak susah untuk kita membawa pencerahan dihati dan pencerahan diminda. Sikap rasional juga wajib – kerana hanya dengan menggunakan fikrah yang rasional barulah kita memahami kedudukan sesuatu pekara tanpa menjadikan diri kita Pak Turut atau Pak Anguk.

Addin: Rahim Thamby Chik Buat Onar Lagi

Addin: Rahim Thamby Chik Buat Onar Lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...