KUALA
LUMPUR: Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip-hop popular
Malaysia ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14
tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, kelmarin, lapor sebuah
akhbar tabloid setempat. Penyanyi
berusia 37 tahun yang pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak
tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, pada 11 malam
Sabtu lalu, kata satu laporan Harian Metro, semalam.

Sambil
memetik sumber, akhbar tersebut berkata mangsa dalam laporannya
mendakwa telah dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan
kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu.'Berikutan
laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit
di rumahnya di Gombak Jaya pada 2 pagi tadi (semalam),' kata sumber
berkenaan kepada Harian Metro, kelmarin.
Beliau
berkata remaja perempuan itu mendakwa dia nekad membuat laporan polis
kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun
lalu, selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain.'Mangsa
mendakwa bapa tirinya merogolnya setiap kali ibunya tiada di rumah
kerana keluar bekerja. Mangsa takut memaklumklan kejadian itu kepada
ibunya, menyebabkan dia terus menjadi mangsa penyanyi terbabit.
'Malah, mangsa mendakwa dia seolah-olah dijadikan 'isteri kedua' oleh ayah tirinya itu,' katanya lagi.Tertekan
dengan penderaan seksual yang dialaminya, mangsa memberitahu kejadian
itu kepada sepupunya dan seorang kaunselor di sekolahnya pada 15
Februari lalu.Sumber
itu juga berkata bahawa selepas mendengar pengakuan mangsa, kaunselor
berkenaan menasihatkan mangsa agar membuat laporan polis.
'Selepas
menerima laporan mangsa, polis merakamkan percakapannya sebelum
merujuknya ke Hospital Selayang (HS) untuk pemeriksaan perubatan. Polis
kini memberikan perlindungan sementara kepada mangsa dengan
menempatkannya di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
kerana dia masih di bawah umur,' ujar sumber itu.Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Abdul Rahim
Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut serta
penahanan reman penyanyi berkenaan selama tujuh hari untuk disiasat atas
kesalahan sumbang mahram.