Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

B O N G K A R - Setelah 125 Tahun Minuman COCA COLA Akhirnya Rahsia Pecah...!

Salam wbt...

Setelah 125 tahun lamanya rahsia FORMULA untuk hidangan air berkarbonat kononnya la yang sentiasa menjadi pujaan ramai di merata pelusuk dunia hari ini TERBONGKAR walaupun pernah di bongkar sekitar 40 tahun yang lalu oleh sebuah akhbar keluaran 'TIMES NEWS NETWORK' di US dimana ia bukan tempat Clark Kent keje.. Spiderman pun bukan.. Herman Tino pun bukan...

 
Hal ini di berlaku ketika sebuah rancangan talk show 'This American Life' di US yang menayangkan lebih dari 500 station memberitahu menjumpai artikel ini yang telah pun berusia 40 tahun lamanya dalam simpanan.. di laman webnya juga ad memaparkan gambar/buku yang mengandungi hasil tulisan tangan ORIGINAL kandungan resepi Coca-Cola pada 8 Februari 1979... wahh....! penemuan yang sangat dahsyat..!! Juga diberitahu dalam buku tersebut bahawa hanya ada 2 orang pekerja pembuatnya sahaja yang mengetahui cara & campuran minuman ini dan mereka tidak pernah terbang kemana² secara bersama-sama... kah kah kah... gile...!

Kalau air minuman Jolly Shandy yang juga terdapat di pasaran dikategorikan sebagai haram bagi umah Islam di Malaysia kerana mengandungi kandungan ALKOHOL sebanyak 1%, bagaimana pula dengan air minuman Coca-Cola yang J A K I M halalkan ini? haaaa agaknya ini yang menjadi persoalan saya dalam hal ini.. bukanlah niat saya nak mempertikaikan kewibawaan Jakim, tetapi persoalannya bagaimana agaknya Jakim membuat penilaian ke atas sesuatu produk untuk di kategorikan sebagai halal dan haram? seperti sebelum ini pelbagai kejadian telah berlaku tentang halal & haram status seperti mentega, kopi, itu lah ini lah dan memacam lagi, apakah relevannya Jakim ni buat kerja? ApeKeHell ni doe..!? Ape kejadahnya ni...?

Jadi post kami kali ini di sini hanyalah sebagai landasan kami untuk berkongsi fakta dan penemuan sesuatu yang sangat penting di mana produk ini mendapat tempat di kalangan masyarakat kita yang mana majoritinya muslim belaka... Amatlah penting kita berwaspada selepas ini untuk mempercayai produk hasil buatan asing yang masuk ke pasaran negara kita seperti ini..... Jakim pun tak cukup tangan untuk membuat siasatan dan kajian tentang semua produk yang ada di pasaran Malaysia...

"SUDAH SUDAH LAH DENGAN COCA COLA"





INI YANG ANDA TEMPAH JIKA BERCINTA DENGAN ISTERI ORANG:


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiovI9jtuRMjY7JuFuq5eo70mdllFHsvDZm3r0ljnn1lNCt1-7fPk2wIu7G6sWLrIGP74RdqR09PyYwi4FuUpJfSK_q7yZ_EFIFWqCjATrfG6EA39hXYf8QH7snkMysOkygt8cqjlILPg/s1600/kena+tetak.jpg
Hukuman jalin cinta terlarang

SUNGAI PETANI: Akibat menjalin hubungan terlarang dengan isteri orang, seorang lelaki menerima padah apabila kedua-dua kaki dan tangannya hampir putus ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di depan rumah kekasih mangsa di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa yang berusia 30-an dan sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk bersemuka dengan suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan hubungannya dengan isteri lelaki terbabit.

Sebelum ini, mangsa didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit sehingga menimbulkan syak dan kemarahan suami wanita itu.

Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi.

Sumber berkata, pertemuan yang berlangsung di luar rumah lelaki berkenaan bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua sebelum disertai beberapa lelaki lain dipercayai rakan suami wanita itu. -hm

ApekeheLL: Jangan tempah penyakit..........

Perjuangan Berunsur Politik: Penunjuk Perasaan Ukraine Separuh Bogel Bagi Membantah Kemiskinan



TIGA orang wanita ditahan hari ini kerana menunjuk perasaan dalam keadaan separuh bogel di hadapan sebuah kompleks di Ukraine dimana Forum Ekonomi Dunia dijalankan setiap tahun.

Ketiga-tiga wanita itu yang hanya berseluar tanpa pakaian sehingga menampakkan buah dada dan menconteng badan mereka dengan kata-kata bagi memprotes kemiskinan.

Mereka mengugut ingin memecah masuk ke dalam perhimpunan yang hanya dihadiri oleh CEO dan pemimpin-pemimpin politik untuk mendesak perhatian diberikan kepada keperluan penduduk miskin dunia.

Dalam keadaan hujan salji, ketiga-tiga wanita Ukraine itu nekad melalui perjalanan rumit ke bandar peranginan Switzerland di Davos yang dikawal ketat, menanggalkan pakaian mereka dan memanjat pagar untuk menceroboh forum itu sebelum ditahan.

RAHSIA dalam RAHSIA

Salam. 

Hari ini saya mahu kongsikan gambar yang mungkin anda semua telah tahu akan ia, tapi apapun, ia lebih manis kalau kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain bahawa kita ini hamba ALLAH dan patuhilah arahanNYA melalui lidah dan kelakuan nabiNYA. Jika kita meragui suara dan tindaklaku dari Nabi a.k.a kekasihNYA maka kita meragui ALLAH itu adalah sebenar-benar tuhan. Dan bila kita meragui DIA, maka sesungguhnya kita bukan lagi ISLAM. Ramai yang mengaku ISLAM tapi hakikatnya hati dan tindak tanduknya tidak mengambarkan islam itu sendiri. Ini adalah fitnah yang di sebarkan oleh umat islam itu sendiri. 



Maka, berhati-hatilah kita dalam tiap tindak tanduk dan tutur kata kita. Apapun, mari saya share gambar yang telah saya edit untuk tatapan kita semua. 

Insyallah..


Wanita Duduk Diatas Mangkuk Tandas Selama Dua Setengah Tahun Kerana Kuasa Ghaib


SEORANG wanita enggan meninggalkan tandas selama tempoh dua setengah tahun. Wanita yang dikenali sebagai Mee Yan Leong duduk di atas mangkuk tandas di bilik mandi rumahnya sejak 25 Mac, 2009 sehingga 902 hari kemudian. Dia juga memutuskan untuk makan dan tidur disitu.

Wanita berusia 58 tahun itu mendakwa dia merasakan satu kuasa yang memegang saya dan berkata dia tidak faham mengapa dia merasa dipaksa untuk tinggal di bilik mandi berjubin.

Puan Leong, kiri bersama suaminya
"Dia hanya bertelanjang sepanjang pengalaman pelik itu berlarutan dan hanya mandi sebanyak 18 kali", kata suaminya, Kian Ann Ong.

"Dia tidak mahu meninggalkan mangkuk tandas dan akan membayangkan bahawa jika dia bangun dari mangkuk tandas itu dan keluar, orang akan membaling batu atau menyembur air kepadanya", tambah suaminya lagi.

Suaminya adalah satu-satunya orang yang berkomunikasi dengan isterinya kerana wanita itu tidak mahu bercakap dengan anak lelaki mereka.

Kian Ann Ong menjelaskan bahawa beliau cuba untuk memujuk isterinya keluar dari bilik mandi beberapa kali tetapi dia selalu enggan dan memberitahunya bahawa ada sesuatu yang memegang bahagian belakangnya. Puan Leong juga akan berasa marah jika dia mendengar suaminya bercakap di telefon.

Akhirnya Encik Ong memutuskan untuk mendapatkan bantuan dan memanggil perkhidmatan kecemasan yang kemudiannya membawanya ke hospital berhampiran rumah mereka di Singapura.

Anak pasangan itu, Jiing Yih, 27 tahun seorang wartawan bebas, mempertahankan tindakannya apabila dia dipersoalkan kenapa dia tidak campur tangan bagi membantu.
"Saya dan ibu saya mempunyai personaliti yang sama iaitu suka berterus terang dan akhirnya berdebat hingga bertengkar. Apabila ibu sampai ke Singapura, emosi beliau menjadi lebih tidak stabil, jadi saya cuba untuk mengelakkan berhujah dengannya yang mungkin boleh menambah tekanan padanya, "katanya anaknya kepada wartawan surat khabar.

Encik Ong berkata beliau mendapati sukar untuk menjaga isterinya ketika itu dan pernah terfikir untuk meninggalkannya tetapi sampai hati. Sepanjang isterinya tinggal didalam bilik air, suaminya terpaksa menyediakan bubur, roti dan biskut untuk isterinya.

Wajah buntu suami wanita pelik

Harith Iskandar tayang perut isteri !!!!


SATU daripada beberapa keping gambar Harith bersama isterinya Jezamine. Gambar ini dipetik daripada akaun Facebook milik Jezamine yang boleh dilayari oleh sesiapa sahaja.

SERBA-SERBI tentang anak itu anugerah. Malah, semasa anak masih dalam perut lagi ibu bapa sanggup melakukan apa demi menyambut cahaya mata yang bakal lahir.


Sekarang pula sudah menjadi satu trend di Barat, bila sarat mengandung sahaja ada sesi ambil gambar perut. Ada pula orang yang kata wanita mengandung itu ialah wanita yang paling seksi di dunia.


Maka terkebil-kebil dan terliur pula bila tengok gambar-gambar kebahagiaan pelawak tersohor Harith Iskandar dan isterinya, Jezamine Lim yang sedang sarat mengandung.

“Fitnah! Itu Fitnah! Wallahi ana tak pernah hina Nabi Muhammad”

Interview Bersama Megat ACAB (disember 2009) - "Ana Sudah Berubah!!" - pedoman untuk skinhead dan semua!!



OI! OI! ANDA INGAT LAGI BAND INI??



HAH! KALAU INGAT, MESTI KENAL BRADER NI!!






“Fitnah! Itu Fitnah! Wallahi ana tak
pernah hina Nabi Muhammad”



“GENG, kalau lu nak tau most of skinhead kat Malaysia ni rata-ratanya memang influence dengan band ACAB. Megat ACAB antara orang awal yang jadi pelopor skinhead ni. Carilah Megat!”
Begitulah antara suara-suara yang sering saya dengar semasa dalam proses menyiapkan artikel tentang skinhead untuk dimuatkan dalam Mastika pada bulan lepas.
          Agak sukar sebenarnya untuk mendapat contact Megat. Menurut sumber kenalan, Megat menghilangkan diri. Ramai kenalan penulis menyatakan Megat sudah tidak mahu bergelumang dengan dunia skinhead lagi.
Yang paling menarik lagi ada yang menyatakan Megat sudah berubah. Berubah menjadi ‘Pak Arab’. Megat sudah memakai jubah dan serban. Penulis tepuk dahi. Benarkah dakwaan mereka ini?
Setelah melakukan carian dalam talian Google dalam Internet, dakwaan ini benar! Megat pernah ditemu bual oleh wartawan Melodi, Michelle Yeoh. Memang jelas Megat sudah berjubah. Alhamdulillah!
          Dengan keizinan Tuhan, pada suatu petang di bulan Syawal penulis dapat menemu bual Megat Hafiz, 30, penyanyi utama kumpulan streetrock ataupun Oi! ini.
Lokasinya di sebuah restoran Arab yang terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Megat datang lengkap berjubah dan berserban.
Wah, penulis sekali lagi tertanya-tanya adakah transformasi Megat ini sekadar imej luaran sahaja?
Bukan setakat berjubah sahaja, lokasi yang ditetapkan untuk berjumpa membangkitkan persoalan tersebut. Tak mengapa. Biarlah persoalan ini menjadi kesimpulan selepas habis sesi temu bual nanti.
          Penulis terus bertanya pada Megat sejak bila berubah? Pastinya masyarakat di luar sana mahu mengetahui.

..kalau dia mention Mags atau Max
memang ana dah saman!” - Megat ACAB

“Ana berubah sebab terlalu banyak sangat fitnah dan tohmahan yang ana terima. Macam-macam fitnah sampai kata ana murtadlah, antiagamalah dan macam-macam lagi.
You tahu, ana nyaris saman Mastika bila keluar artikel pasal ana pertengahan 2006. Nasib baik reporter tu letak Mads, kalau dia mention Mags atau Max memang ana dah saman!” ujar Megat bersungguh-sungguh.

ARTIS :: Kalender (1993)..! Kisah dan Tauladan...

Kalendar Zarina Zainuddin (1993)

gambar kredit Arkibnegara
Nama Zarina Zainuddin sememangnya menjadi topik besar dunia hiburan sepanjang 1992. Dalam tahun 1993 pula terdapat usaha mengharamkan semua hasil lakonan beliau daripada ditayangkan. Pada Januari '93, majalah Media Hiburan memulakan edisi tahun baru dengan menghadiahkan poster kalendar besar (4 x mukasurat majalah) ini kepada para pelanggan mereka.
 
Dunia hiburan sekitar tahun 92 ketika dulu pernah digemparkan dengan kisah bogel Zarina Zainuddin, kemudian diam seketika. Selepas itu kisah Edry KRU pula, timbul pula video aksi lucah seks Wan Norazlin, gambar Zana… lepas tu berbagai lagi dan berjenis-jenis lagi artis yang tanpa segan silu membogelkan diri dan dirakam mahupun rakaman itu untuk tontonan sendiri untuk kepuasan diri sendiri, tetapi akhirnya tersebar kepada umum, dan yang terbaru, Zarina An Julie, pelakon Anak Pontianak yang juga melakukan aksi-aksi panas bersama teman lelakinya.

Persoalan utamanya, kenapa mereka sanggup menayangkan tubuh mereka dan dirakam?

Jika benar rakaman itu dibuat sebelum mereka menjadi artis, persoalan utamanya, apakah agama mereka? Bukankah agama Islam melarang perbuatan terkutuk dan dilaknat Allah itu? Adakah kita boleh memaafkan sebab ianya dilakukan ketika dia belum menjadi artis? Dan satu lagi jawapan paling senang, itu semua ‘super impose’.

Bayangkanlah, siapa yang sanggup menghabiskan masa dan tenaga semata-mata untuk membuat super impose kepada artis-artis berkenaan. Adakah mereka cukup penting sehingga mampu mengugat kestabilan ekonomi dan politik negara, sehingga ada orang yang sanggup membuat kerja-kerja seperti itu?

Mungkin mereka fikir, kita ini terlalu pemaaf. Mereka bogel hari ini dan dalam masa dua tiga hari lagi, kita pun lupa dan memaafkan mereka. Adakah kita memang begitu, atau sudah menjadi budaya kita berhubung seks luar nikah, berbogel atau merakamkan gambar-gambar bogel untuk tontonan sendiri atau kawan-kawan. Adakah kita, kalau tak berbogel kita akan rasa rendah diri dan malu, tetapi, bila kita berbogel, saham akan naik dan meraskan tahap setaraf dengan selebriti di Hollywood.

Jadi adakah kita akan terus membenarkan semua ini berlaku. Kata mereka, gambar bogel tu diambil ketika saya bukan artis, gambar telanjang tu untuk tontonan sendiri, itu super impose, dan kita akan memaafkan serta melupakan perkara-perkara seperti itu. Itulah yang perlu kita bangkit, tepuk dada, jangan tanya selera, tapi tanyalah akal kita yang waras dan iman yang memberikan petunjuk dan hidayah.

p/s: Bukan niat kami untuk aibkan sesama bangsa dan kaum sendiri.. di sini, kami ApeKeHell hanya cuba nak kasi ingat pada mana² artis yang akan dan sedang meningkat naik agar selalu berhati² dalam mengejar prasarana hidup glamour di dunia hiburan ini, masa masih muda, cantik, berkarier.. gunakan la kesempatan itu sebaik-baik nya.. nanti, bila tuhan melaknat di ambil segala kepopularan, kecantikan,  kemudaan.. janganlah sesekali salahkan Tuhan, kerana kamu juga yang tidak menghargainya..

MELAYU :: The Origins Of Malay (Part 8)

Tuan-tuan dan Puan-puan!

Sejarah itu amat penting jika tidak, mengapa bangsa-bangsa lain bermati-matian menulis, mengedit malah sanggup mencuri sejarah warisan orang lain untuk membangkitkan estim diri (self-esteem)? Raja-raja mereka tidak sampai hati membiarkan anak cucu mereka berasa rendah diri di kemudian hari di hadapan bangsa-bangsa lain maka INILAH CARANYA UNTUK MEMBANGKITKAN 'PRIDE' DAN 'NATIONALISM' pada semangat anak bangsa mereka pada masa hadapan. Hasilnya orang luar pun menghormati mereka kerana punya warisan sejarah (padahal dicedok dari warisan kuno kita), dan ini membuatkan mereka lebih memiliki 'self-confident'. Tetapi sesetengah anak Melayu lain cara berfikir mereka, mereka menganggap semua ini sia-sia dan hanya menyuburkan rasa angkuh dan meninggi diri jadicukuplah aku MENJADI PENCACAI KEPADA SEJARAH FANTASI YANG KHAS DICIPTAKAN UNTUK AKU SUPAYA AKU DAPAT MENJILAT AIR LUDAH DAN KAHAK PERASAAN RENDAH DIRI YANG TIADA BERTEMPAT, MENJADI PENGEMIS BUDAYA DAN WARISAN BANGSA LAIN. Jadi buta, pekak, tuli dan bisu.
Lihat dengan mata hati Tuan-tuan dan Puan-puan... !Betapa orang Khmer mengukirkan kostum orang Melayu yang memakai jaket dan helmet perang siap berperisai, betapa segaknya pahlawan Melayu Cham!Orang Khmer juga mengukir tentera-tentera Cham menaiki kapal-kapal perang dengan ukiran aneh di muncung kapal yang sama dengan ukiran di muncung perahu-perahu Kelantan dan Terengganu... . Mesir Purba mengukirkan Raja Perehu yang tegap dan kacak siap berkeris (malangnya mereka tidak mengukirkan gelang potoh dilengan Perehu padahal tulisan hiroglif menyatakan Nehesi melihat Raja Melayu Purba itu memakai gelang potoh)... rekod-rekod China Purba merakamkan kehebatan orang Melayu Nusantara yang digelar mereka sebagai Kunlun belayar dan mengembara, menguasai laut dan angin. Rishi-rishi Hindu mengarang syair memuji-muji Malayadvipa (Kepulauan Melayu) sebagai bumi emas yang menakjubkan dan tempat tinggal dewa-dewi;sama seperti gelaran para Firaun terhadap Nusantara. Tetapi mengapa ada anak Melayu hari ini yang tergamak sanggup menelan air longkang dan najis sejarah ciptaan penjajah dan sisa-sisa warisan yang dicuri oleh pelbagai kaum mendatang termasuk Siam Ayutthaya yang berasal dari etnik Cina Xian di China. Siam Ayutthaya sememangnya dari Xian (ini diakui sendiri oleh salah seorang keturunan mereka, jadi salahkan dia... jangan salahkan Srikandi ek) dan Tai itu dari Shan dan Yunnan, TETAPI BUKAN ANAK CUCU MAYANG MENGURAI INI!Bukan... bukan... dan bukan...!

Sekejap mengaku Melayu, sekejap mengaku Siam, sekejap mengaku Cina Xian, sekejap mengaku Cina dinasti Tang, sekejap bangsa Harimau, sekejap puak Naga... akhirnya mengaku Melayu keturunan Siam. Tanah Melayu pula sekejap dikatakan kepunyaan Maharaja Siam, sekejap kepunyaan Raja India Monggol, sekejap milik Ayutthaya... sekejap ini sekejap itu sekejap begini sekejap begitu seperti sesumpah... inilah contoh orang yang tidak punya sejarah cuba untuk merompak sejarah orang lain. Mengapa begitu payah menetapkan nama keturunan sendiri? Kenapa tersasul-sasul dan merapu meraban sebegitu teruk? Tanah Melayu milik Monggol India? BUKAN... BUKAN... BUKAN... DAN BUKAN.... !!

Bagaimana kaum dan bangsa lain apabila ingin membicarakan WARISAN MELAYU DARI SEGI FAKTA SEJARAH, mereka mengukir dan melukiskannya dengan indah, agung dan mengasyikkan pada tembok-tembok kuil, istana serta manuskrip dan prasasti. Namun mengapa penjajah bila ingin membicarakan tentang Melayu yang dijajah dan dijarah hasil buminya MENULISKAN BAHAWA INI ADALAH BANGSA PEMALAS DAN MUNDUR? Fikirkan perbezaan ini. Orang Tai, Mon, Dai-Viet dan Khmer berkali-kali meyakinkan kita bahawa kita punya peradaban agung dahulu tetapi mengapa kita amat percaya dengan mulut penjajah yang mengangkut 1001 prasasti dan manuskrip sejarah kita ke Eropah? Mereka rampas semua kecerdikan kita masa silam dan kata:

"Ya... lihat, kamu tidak punya apa-apa!Nothing!Dari dahulu kamu memang bodoh dan tidak punya apa-apa dan kini kamu mewarisi kebodohan itu!"

Malangnya ada orang Melayu hari ini teramat percaya kepada kata-kata ini dan berasa malu menjadi Melayu dan sanggup 'menukar' bangsa asal mereka kepada bangsa khayalan Siam Xian yang berasal dari etnik Cina yang lemah dan kalah berperang dengan dinasti-dinasti China yang lebih gagah, dihalau beramai-ramai ke Indochina dan Tanah Melayu, memeluk Islam dan berkahwin dengan orang Melayu sehingga menjadi Melayu Siam pada hari ini. Bahasa Siam Kedah itu sendiri diakui oleh mereka sendiri punya persamaan dengan bahasa Hokkien!Hanya orang yang tidak berpuashati dengan sejarah kaumnya yang menyedihkan itu sanggup mendakwa orang Melayu itu tidak punya apa-apa dan fantasi sahaja kerana perasaan dengki padahal sejarah kaum dia lah yang superkhayalan laksana Superheroes dari komik Marvel. Semua warisan Melayu yang ada seperti kitab (UUK sebagai contoh), artifak, candi, istana sehingga sejarah Kedah TUa yang gemilang itu didakwa mereka sebagai hak Siam Xian ini sehingga Cyrus The Great yang berketurunan Parsi Kuno itu dikatakan keturunan Siam Xian ini!Semua. . semua dan semua... warisan Melayu diambil oleh pelbagai kaum yang mendatang... sehingga akhirnya tiada apa yang tinggal, dan kita menumpang pada sejarah orang lain yang dahulunya milik kita. Pelikkan? Orang lain dijajah negara mereka sehingga terpaksa menumpang di tanah orang lain yang dahulunya milik dia, tetapi lain pula dengan kita. Kita terpaksa menumpang sejarah orang lain yang dahulunya milik kita.

KITA HARI INI TERPERANGKAP DALAM SEJARAH MELAYU ERA PENJAJAHAN. Ini realitinya. Kita berfikir dengan pemikiran sejarah orang Melayu bermula dengan kejatuhan Melaka, era penjajahan sehingga merdeka. SEjarah orang Melayu pada hari ini di buku-buku teks sekolah adalah SEJARAH ORANG MELAYU SEKECIL SEJARAH MALAYSIA YANG TERJAJAH PADAHAL SEJARAH MELAYU ITU SELUAS SEJARAH NUSANTARA YANG MEMBINA EMPAYAR PERDAGANGAN MARITIM TERAGUNG DUNIA!

Inilah gunanya memisahkan Nusantara kepada beberapa negara. Orang Brunei memikirkan sejarah Melayu sekecil sejarah Brunei, orang Malaysia memikirkan sejarah Melayu sekecil sejarah Malaysia, rumpun Nusantara di Indonesia pula memikirkan perkara lain... tentang krisis identiti apakah benar aku ini berbangsa Indonesia ciptaan Belanda, atau aku ini adalah rumpun Nusantara? Masing-masing pening memikirkan masalah ini sampai bergaduh dan mahu berperang;isu Tarian Pendet dan batik dan lagi... dan lagi... fikirkan sekiranya Nusantara ini disatukan seperti negara China. Orang Manchu, orang Han, Monggol, Hui, Zhuang (sekadar menyebut beberapa contoh) telah cair menjadi BANGSA CINA, dengan sejarah dan budaya yang diseragamkan. Tiada pula orang-orang di wilayah-wilayah berbeza bergaduh berebut tarian dan baju di China. Tetapi orang Indonesia yang dirasuk oleh hantu Belanda berebutkan tarian dan baju batik dengan orang Malaysia yang sah-sah sama bahasa dan budaya dengan mereka. Memang membingungkan!

Sementara orang Indonesia dan Malaysia bergaduh, Cina Singapura mencuri air dari Indonesia dan mencuri pasir di Malaysia buat menambak tanah sekangkang kera mereka yang dihadiahkan sendiri oleh orang Melayu juga!Sementara orang Indonesia dan Malaysia bergaduh... keturunan Siam Xian yang telah menjadi Melayu cuba untuk mencuri sejarah dan identiti orang Melayu Nusantara dan cuba berusaha menubuhkan identiti dan nasionalis sendiri sebagaimana orang Lao yang berjaya menubuhkan identiti sendiri dari sejarah Tai dan orang Tai yang berjaya menubuhkan identiti dan nasionalis sendiri hasil pinjaman dan cedokan dari budaya Khmer dan 'Srivichai'.

Ini lebih membingungkan!

---------------------------------------

Jadi setelah lama kita mengembara, mari kita berhenti sejenak dan berfikir... siapakah diri aku sebenarnya sebagai Melayu di bumi Nusantara ini. Adakah rahsia yang lain?

Mengapa nenek moyangku meninggalkan warisan mereka dan persoalan asal-usulku begitu kompleks dan merumitkan?

Kita bagaikan berada di satu lorong yang gelap di mana hujungnya bercahaya. Kita ikut cahaya itu, kalau-kalau di sana ada ayahanda dan bonda kita menyambut tangan-tangan kita.

Dan kisah seterusnya ialah kisah suka-duka Nefi dan Lemani di Promised Land, dinasti raja-raja Darah Naga di Mu dan Lemuria, dinasti Teratai Melayu Srivijaya dalam kenangan sastera Tai-Khmer kuno, bangsa misteri di The Land of The East, rahsia Illuminatus berkaitan pengetahuan tamadun yang tenggelam dan pembukaan TABUT RAHSIA BANI JAWI...

Apa yang BERLAKU ketika ritual tersulit para Masons? Aha... anda kena tunggu lagi... !

MELAYU :: The Origins Of Malay (Part 7) - (The Land Of Gods IV)

Pembukaan Kepada Rahsia 'Darah Naga'


Cerita tentang 'Darah Naga' memakan ruang yang besar jika dihuraikan satu-persatu. Ini kerana ia berhubungkait dengan pelbagai mitos yang dikongsi oleh Tamadun China, Firaun Mesir dan Kabbalah Yahudi. Sebagaimana legenda Ibrahim (Brahmin) dan Keturah (Puteri Mayang Mengurai/Puteri wangi-wangian) yang dikongsi oleh budaya Mon-Khmer dan Cham, kisah 'Darah Naga' ini terdapat dalam kesusasteraan Mesir Purba, mitos masyarakat China dan kultus-kultus mistik Kabbalah!

Dan rahsia 'Darah Naga' ini tidak boleh dibuka sewenang-wenangnya. IA ADALAH RAHSIA DALAM RAHSIA.

Shriners bertahap 33rd degree pun tidak mengetahui asal-usul 'Darah Naga' ini.

Sebelum rahsia dibuka, kami ingin beritahu buat kesekian kalinya, BAHAWA MELAYU ITU BUKAN YAHUDI ATAU DARI BANI ISRAEL. Tetapi jika ada golongan Bani Israel yang datang ke sini, mereka telah terserap menjadi Melayu sepertimana orang India (keturunan Pakistan, Benggali, Urdu, Hindi, Tamil dll) yang berkahwin dengan orang Melayu cenderung menjadi Melayu di Nusantara ini (menjadi satu lagi cabang Melayu iaitu golongan Mamak atau Mamu dan Mami). Melayu (Jawi) dan Yahudi (Israel) adalah dari berlainan keturunan tetapi ada hubungan jauh. Dan ada dua 'jenis Melayu'. Satu adalah Melayu hasil perkahwinan Abrahama (Ibrahim a. s) dan Keturah (Orang Yahudi menggelarkan beliau sebagai Wangi-wangian, Khmer menggelarnya sebagai puteri naga, tradisi Melayu Cham menggelarnya MAYANG MENGURAI), dan satu lagi adalah Melayu Kuno Nusantara, yang dahulunya bergelar 'Darah Naga'. Ia adalah dari keturunan sebelah ibu Melayu Moden, Siti Keturah (Melati/Damar Wangi/Ye Ye/Mayang Mengurai).

MELAYU :: The Origins Of Malay (Part 6) - (The Land Of Gods III)


Yang tidak mempunyainya walaupun mengaku bangsa Naga, bangsa Ular, bangsa Harimau, bangsa Singa mahupun bangsa Monyet dan Beruk... akan terkeliru dan menjadi pencacai kepada sejarah orang lain yang sama ada yang fantasi atau realiti. Tidak sampai seminit seluruh nama bangsa dan jatidirinya menjadi sakibaki dan sisa kekotoran sejarah orang lain yang bukan pun dari rumpunnya.

Namun orang Melayu dengan warisan KeMelayuannya yang agung tidak perlu mengaku sama sekali sama ada mereka dari bangsa haiwan-haiwan di atas. Mereka adalah dari bangsa Manusia yang punya jatidiri dan identiti sendiri. Bukan dari Xian, bukan dari Yunnan...  bukan dan bukan. Berfikirlah 10 kali sebelum mengaku anda berasal dari Yunnan kerana sejarah anda tidaklah sefantasi itu jika anda benar-benar berdarah Melayu. Tai, Viet, Burma dan Mon-Khmer telah dibuktikan secara linguistik dipengaruhi budaya dan gaya Sino-Tibetan seperti Kantonis dan Mandarin, TETAPI BUKAN BAHASA MELAYU YANG MISTERI INI. Sebab itu pakar bahasa mengelaskan bahasa Melayu menjadi satu kelas dunia yang tersendiri. Bahasa Melayu adalah salah satu kelas bahasa utama dunia iaitu istilah saintifiknya sebagai MALAYO-POLYNESIAN. Kini ia disebut sebagai Austronesian kerana pengkaji mendapati bahasa asli Taiwan iaitu dipanggil bahasa Formosan rupa-rupanya termasuk dalam laras bahasa Melayu!Adakah orang Melayu Nusantara ini telah belayar hingga ke Taiwan? SUDAH PASTI YA!DAN BUKAN ITU SAHAJA MALAH MEREKA PERNAH SAMPAI KE JEPUN!

Satu puak Asli Jepun yang ditemui di sebuah kawasan tasik telah dikaji oleh para penyelidik Jepun dan Barat dan mereka mendapati terdapat beberapa perkataan mereka yang sama dengan bahasa Melayu seperti 'mata' dan 'batu'. Dan ingat sebelum migrasi bangsa Yamato (bangsa asas Nippon atau Jepun moden pada hari ini) ke pulau-pulau Jepun, para penyelidik sudah dapat 'menghidu' gaya budaya bangsa asal kepulauan Jepun yang menyerupai kaum-kaum Malayo-Polynesian.

Satu daripada puak asli Jepun yang dikenali ialah puak Ainu. Puak Ainu ini amat misteri kewujudannya.sebelum ini ramai pengkaji menyangka mereka adalah dari keturunan Eropah, namun kajian genetik mendapati mereka mempunyai kaitan dengan puak-puak Eskimo dan Alaska. Dan jika mengkaji tentang orang Eskimo, hanya dua bangsa di dunia ini diketahui mempunyai 'penyakit' genetik LATAH, iaitu Melayu dan Eskimo!

Dari Afrika (Madagaskar) hingga ke Tanah Kanaan dan Babylon, ke India, Sri Lanka hingga ke Taiwan dan mencapai Jepun. Dari sini ke pulau-pulau Pasifik sejauh Hawaii dan mencapai pantai Amerika (?). Sebab itu anak kapal Magellan terpaksa 'memaksa' Hitam a. k. a Enrique menjadi kapten mereka supaya membawa mereka pulang ke Sepanyol. Jika Hitam tidak bersetuju, sudah pasti anak-anak kapal Sepanyol yang masih tersadai ini turut dibunuh oleh Humabon dan Lapu-Lapu;puak-puak Malayo-Polynesian Filipina yang tengah mabuk darah ketika itu yang sebelum itu telah membunuh Magellan. Hitam telah memandu kapal-kapal Magellan pulang ke Eropah merentasi Lautan Pasifik dan Benua Amerika. Begitu indahnya masa silam orang Melayu. Begitu gigih mereka pada ketika itu. Jauh perjalanan luas pemandangan. Moyang kita rupanya minat mengembara dan belayar. Ombak laut dan lambaian pohon nyiur bagaikan kanvas bisu yang melukiskan pahit manis sejarah kehidupan mereka.

'Darah naga' hanyalah istilah raja-raja sahaja. Darah ULAR BESAR atau NAGA ini tercantum dalam peribahasa lama Melayu, "Tidakkan hilang bisa ular yang menyusur akar".

Orang yang benar-benar Melayu tidak akan hilang bisa Kemelayuannya walaupun merentasi waktu beribu tahun. Mereka tidak akan tiba-tiba berubah menjadi Siam, Cina atau kaum lain secara tiba-tiba, kecuali menjadi seperti 'Tipah Tertipu' yang diperdaya oleh orang lain yang ada agenda sendiri. Mereka yang tidak punya kesedaran identiti ini akan hilang bisa Melayunya bersalin kulit menjadi Siam-Islam, Siam Perut Hijau, Cina Yunnan, Cina Xian atau apa sahaja termasuk menjadi 'Mat Salleh'.

Berbalik kepada kisah orang suci tadi, kita tahu sebahagian rahsia dia. Kita tahu kisah cintanya. Tidak perlu malu dan segan dengan anak cucu. Anak cucu akan korek rahsia moyang habis-habisan!

Mari kita siasat. Dalam hikayat raja-raja Melayu dalam Sulatus Salatin, ada diceritakan tentang keturunan raja-raja Melayu yang berasal dari Sang Sapurba, satu watak agung dalam sejarah Melayu yang berasal dari kisah tiga orang putera luar yang bertemu dengan dua orang gadis petani iaitu Wan Empuk dan Wan Malini. Dua putera raja itu akhirnya berkahwin dengan Wan Empuk dan Wan Malini manakala yang bongsu yang bernama Nila Utama yang bergelar Sang Sapurba (versi a.samad Ahmad mengatakan Nila Pahlawan bergelar Sang Sapurba) berkahwin dengan Wan Sendari iaitu anak kepada Demang Lebar Daun, penguasa tempatan. Kita tinggalkan pihak di sebelah Demang Lebar Daun, Wan Empuk-Wan Malini dan Wan Sendari (perhatikan pangkal nama Wan ini telah digunakan di Sumatera, kaji kaitannya dengan keturunan Wan di Perak dan Kelantan hari ini). Ini adalah keturunan Nusantara asli. Yang ingin kita sentuh ialah 'raja-raja' luar itu.

Jika kita hayati keturunan Sang Sapurba ini, mungkin kita akan amat-amat keliru dengan campuran keturunan yang pelbagai seperti yang didakwa oleh Krisyna Pendita, Nila Pahlawan dan Nila Utama itu. Perhatikan petikan dari Sulalatus Salatin dalam Cetera Kedua:

"Adapun nama kami dan bangsa kami bukannya daripada bangsa jin dan peri. Bahwa kami ini bangsa manusia;asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain, nisab kami daripada Raja Nursyirwan Adil, raja masyrik dan maghrib, dan pancar kami daripada Raja Sulaiman alahissalam... "

Orang Suci Dan Tempat Menyimpan Rahsia


Siapakah orang suci itu? Dalam teks tertua yang menceritakan legenda orang suci yang berkahwin dengan puteri tempatan ini, menyatakan nama orang suci ini adalah BRAHMA. Ini adalah nama dalam bahasa Sanskrit. Variasi nama ini menjadi 'Brahmin' iaitu telah diterjemahkan sebagai golongan pendeta Vedic. Brahma adalah tatabahasa Sanskrit yang diadaptasi dari struktur bahasa Aryan Purba. Kata 'Brahma' berasal dari kata 'ABRAHM' di mana dalam struktur Sanskrit huruf 'a' dihadapan telah dipindahkan ke hujung perkataan. Jadi kata asalnya kemungkinan besar adalah 'Abrahama' namun loghat Sanskrit menyebutkan kata ini dengan menghilangkan 'a' dipangkal kata dan lama kelamaan meringkaskan kata 'Brahama' ini menjadi 'Brahma'.

(Ingat, Sanskrit adalah sekelompok dalam kelompok bahasa Indo-European sekelas dengan bahasa Inggeris, jadi Abraham, Abrahama dan Brahma adalah struktur yang saling berkait. Ini berlainan dengan bahasa Semitik seperti Aramaik, Ibrani dan Arab, contohnya Arab menyebutnya sebagai 'Ibrahim', perhatikan sebutan pada pangkal kata 'i' berbeza dengan 'a' yang dilafazkan dalam bahasa Inggeris yang satu 'keturunan' dengan bahasa Aryan dan Sanskrit)

Dan ini telah disahkan oleh pakar bahasa Sanskrit dan pandit-pandit Hindu.

Anda nampak rahsia ini?

Sampai di sini, jika kita telah ada 'visi' sebagai DARAH KEMELAYUAN, kita akan mengenal siapakah moyang kita ini, walaupun cuba menyorok dalam pelbagai legenda dan nama. Hanya mereka yang punya 'darah naga' sahaja akan menyelinap intuisi yang menyentap.

Hanya yang benar-benar mengalir 'darah naga' di dalam pembuluh darahnya sahaja akan dapat menghidu misteri susurgalurnya yang sebenar. 

Anak Taib Mahmud Bayar RM400 Juta Selesai Kes Cerai !



Anak Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib bercerai cecara fasakh dengan Datin Seri Shahnas A. Majid adik kepada ratu jazz negara.

Di khabarkan Datin Seri Shahnas mendapat habuan cerai dengan kos RM400 JUTA. Mahmud Abu Bekir Taib membayar wang mutuah sebanyak RM100 JUTA DAN HARTA SEPENCARIAN SEBANYAK RM300 JUTA.

Hebat sungguh anak menteri besar Sarawak, Jelas keluarga Taib Mahmud penyamun dan perampas harta rakyat dan mengumpul harat dan wang puluhan juta semasa menjadi ketua menteri Sarawak.

Mahmud Abu Bekir anak Taib Mahmud mempunyai ratusan ekar tanah, puluhanribu saham dalam syarikat milik keluarga Taib Mahmud. Abu Bekir dikatakan memiliki kereta mewah mencecah puluhan juta ringgit Malaysia.

Dimana Abu Bekir memperolehi wang berjuta ringgit?.Mngkin dia ni bijak berniaga dan tidak mendapat bantuan bapanya ...

ApekeheLL

sumber harakah daily

TAHI MANUSIA DIJADIKAN DAGING UNTUK MAKANAN..?



Mitsuyuki Ikeda, seorang pengkaji dari Okayama Laboratory, telah menghasilkan steak tiruan dari tahi manusia. Tokyo Sewage mulanya menghubungi saintis tersebut mencari penyelesaian kepada najis yang terlalu banyak di loji buangan najis. 

Mereka memintanya mencari kegunaan lain untuk najis tersebut kerana ianya mengandungi protein yang berlebihan disebabkan bakteria yang banyak. Menurut beliau, setelah membuat kajian didapati bahan buangan manusia mempunyai jumlah protein yang tinggi. 

Warna merah pada daging burger itu diwarnakan dengan pewarna artifisial untuk membuatkan ia nampak segar, menarik dan kelihatan seperti daging burger yang sebenar dan menggunakan perasa soya sebagai bahan tambahan untuk memberikan rasa sebenar daging kepada najis yang diproses tersebut. 

Ujian awal menunjukkan orangramai yang merasa daging tahi ini tidak dapat membezakannya dengan daging lembu.


MELAYU :: The Origins Of Malay (Part 5) - (The Land Of Gods II)

Tiada lagi Gua Rahsia.Peti-peti pun sudah hilang entah ke mana.Siapa yang tahu jalan ke Gua Rahsia?Kita sudah kehilangan petunjuk.

Dengar sini.Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah mengumpulkan semua petunjuk yang ada.Setiap petunjuk akan membuka cerita yang berbeza.Dan setiap cerita,kita boleh cantumkan misteri yang ada;kita boleh hubungkan antara satu sama lain.
sebelum ini ada dijelaskan tentang petunjuk seorang lelaki 'Phoenicia' yang dihormati di tempatnya,datang ke dunia sebelah sini,dan diberitakan menyunting seorang gadis misteri.Kita juga telah maklum misteri tulisan orang Kanaan ini (Phoenicia) yang punya persamaan dengan tulisan Rencong iaitu tulisan purba orang Melayu yang sempat direkodkan.
Telah disebutkan ,kita tahu bahawa ciri-ciri gadis misteri ini yang punya hubungan dengan wangian dan bunga-bungaan.Dan mengapa sumber Judeo-Sumeria menggelarnya sebagai 'Keturah' (wangian,kemenyan wangi,haruman).Kita juga belajar tentang 'lubbanjawi',kemenyan wangi yang hanya boleh didapati di Nusantara.Kita juga tahu tentang legenda emas di Nusantara,sehingga raja-raja Judah dan kerajaan Vedic yang hilang berbisik-bisik tentangnya. 
Selepas kita belajar tentang sifat bangsa misteri yang berdagang dan belayar.Kita juga sedar tentang misteri kerajaan-kerajaan yang hilang di Indochina,telah menjadi legenda dan mitos oleh kaum-kaum yang terkemudian mencorakkan Indochina.Kita juga menjelajah sehingga beribu-ribu tahun ke belakang,ketika para Firaun memerintah Mesir Purba dan misteri perkataan Mesir Purba yang 'tertinggal' di dalam kosakata bahasa Melayu.Kita juga tahu bahawa Punt ialah kepulauan yang kaya dengan emas dan kemenyan wangi.Kita juga kenal siapa itu Horus,Maat Heru atau Mata Hari di dalam The Egyptian Book of The Dead.
Dalam artikel terakhir ini,kita akan belajar tentang rahsia Firaun dan Raja Perehu,kaitan di antara mereka.Siapakah Raja Perehu ini?Apakah hubungannya dengan Firaun Mesir?Kita juga akan belajar tentang siapakah Brahma dan Puteri Mayang Mengurai.Kita akan menghayati legenda cinta antara dua benua;orang Cham menyebutkan dalam legenda mereka,Kaundinya dan Soma.Orang Khmer menuliskan nama dua kekasih ini sebagai Preah Thaong dan Neang Neak sementara rekod China mencatatkan legenda ini sebagai Brahmin dan Ye Ye,'Mayang Mengurai' yang disebut-sebut dalam hikayat-hikayat Melayu dahulukala.Dan pembukaan rahsia tentang 'darah naga'.
Beribu-ribu tahun dahulu...menurut cerita para maulana dan fakih Nusantara,ketika Nabi Ibrahim a.s meletakkan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s di kawasan tandus di bumi Mekah,baginda tidak pulang ke Tanah Kanaan tetapi telah bergerak sehingga ke Timur Jauh untuk berdakwah.Nabi Ibrahim telah singgah ke kawasan yang dinamakan Champa-Kemboja dan melamar seorang gadis misteri di sana.Gadis misteri ini tidak diketahui namanya namun orang-orang di Sumeria mahupun kota-kota Ur dan Kish memanggilnya sebagai 'wangi-wangian' atau 'kemenyan wangi' atau dalam bahasa Ibrani Kuno sebagai 'Keturah'.
Siapakah sebenarnya Ibrahim dan Keturah?
"The Tabernacle of Melati and Mala"
"...She opened her mouth to swallow The Love of the Lovers, but could not close her lips,because her lips was full of poison; the Poison of Soma...Venom of the Kings... There were Hills in the distance; nearby much happiness there was where the Poison was change by a Holy Man to the Lotus of Wisdom at the peak of her heart;were the Flowers of Amity as gift for her Lover,The Patriarch..." (page 275,Venom of The Kings,chapter 37:The Tabernacle of Melati & Mala 
-Lodgekeeper's Diary)

Legenda Kaundinya dan Soma
Di dalam "The Land of The Gods" telah diselitkan sejarah kewujudan sebuah kerajaan purba Funan.Funan adalah sebuah kerajaan yang wujud di Indochina dan pengaruhnya mencapai seluruh Kemboja,sebahagian Vietnam di kanan dan Thailand di kiri dan sehingga negeri-negeri Melayu utara semenanjung.Tidak diketahui sejak bilakah kerajaan Funan ini sudah wujud tetapi ia dikesan dalam rekod China seawal 1 Masehi lagi!Funan juga dikesan menjalankan perdagangan dengan negara-negara luar sejauh Empayar Rom berdasarkan bukti-bukti arkeologi.'Fu-nan' (Fou-Nan) adalah sebutan dalam lidah orang China di masa itu.Orang Khmer menyebutkan sebagai Nakhor Phnom dan Dai-Viet menyebutnya sebagai Phu Nam.Funan atau Phnom ini bermaksud 'gunung' dalam bahasa Melayu Standard di mana ia adalah perubahan beribu tahun dari kata asalnya 'gnom'(Melayu Kuno).'Funan' ini juga adalah saduran dari kata 'penan' yang bermaksud 'puak gunung' (perhatikan kaum Penan yang dikategorikan sebagai Dayak darat manakala Iban sebagai Dayak laut).

Keselarian kata yang membawa maksud 'gunung' ini antara orang Khmer dan Melayu ini adalah kerana pada zaman dahulu orang-orang Melayu,Mon dan Khmer mempunyai hubungan erat di Indochina.'Gunung' adalah salah satu katakunci tabut rahsia Melayu.Perhatikan bagaimana pengasas Kerajaan Khmer mempunyai hubungan terahsia dengan keluarga dinasti Sailendra di Tanah Jawa.Saudara?Anak angkat?Sepupu?Gabenor?Pegawai?Kita tidak tahu setepatnya.'Sailendra' adalah bermaksud 'raja gunung'.Pengkaji Khmer dan sesetengah pengkaji Barat menolak teori yang mengatakan keluarga raja Funan melarikan diri ke Tanah Jawa dan mendirikan dinasti Sailendra di sana.Namun fikirkan ini,raja-raja Khmer dan orang Khmer sendiri bermati-matian mengaku bahawa mereka adalah pewaris Funan padahal mengapa Jayavarman II diberitakan 'baru pulang dari Jawa'?Aha...prasasti dari kuil purba Khmer itu tidak dapat disorok kerana ia adalah satu-satunya catatan tentang Jayavarman II yang dijumpai setakat ini.
Jadi siapakah sebenarnya orang Funan ini?Adakah orang Mon-Khmer atau Malayo-Polynesian?
Orang Khmer mengaku Funan adalah 'hak' mutlak mereka padahal tiada pun prasasti Khmer yang menyebutkan tentang Funan ini.Ukiran di Angkor Wat dan Bayon hanya mencatatkan kewujudan kerajaan Champa,satu rumpun dengan Malayo-Polynesian.Jadi kita perlukan sumber luar dahulu,terutamanya sumber China yang mula-mula menyedarkan kita tentang kewujudan Funan ini.
Rekod China yang direkodkan seawal abad ketiga Masehi mencatatkan satu legenda tentang 'orang suci' yang datang ke Kemboja dan mengahwini puteri tempatan.Seorang pegawai China bernama Rang Tai telah tiba ke Funan pada abad ke-10 Masehi dan mempelajari kisah tentang Brahmin yang mengahwini seorang puteri bernama Ye Ye (ada versi lain menjadi Liu-Ye).Kata 'Ye Ye' ini diterjemah secara harafiah kepada bahasa Inggeris menjadi 'Daun Kelapa' padahal sebenarnya ia bermaksud 'bahagian serat kelapa/tumbuhan yang panjang' atau dalam istilah hikayat Melayunya 'MAYANG MENGURAI'. Jadi dari sini kita tahu nama gelaran puteri ini iaitu Puteri Mayang Mengurai,merujuk kepada kecantikan rambutnya yang panjang bak mayang mengurai.
Dalam legenda yang dicatat oleh pegawai dari China itu ialah bagaimana Puteri Ye Ye cuba menyerang perahu atau kapal yang dinaiki oleh Brahmin itu tetapi kemudiannya Brahmin itu dapat menewaskan puteri tersebut lalu kehandalan Brahmin itu (dinyatakan Brahmin itu menggunakan kesaktiannya) telah menawan hati Puteri Ye Ye.Mereka pun berkahwin dan dikatakan warisan dari keturunan mereka melahirkan raja-raja Funan.Mula-mula kita mesti faham petunjuk dalam legenda ini.Terdapat dua watak utama dalam legenda ini yang dikongsi oleh orang Cham dan Mon-Khmer.

Pertamanya watak 'orang suci' atau Brahmin yang datang dari negeri luar.Kemudian watak Ye Ye/Liu Ye iaitu puteri tempatan yang menjadi raja atau pemimpin negeri.

Jika kita faham plot legenda ini betul-betul,kita akan dapat melihat kod-kod rahsia di hampir semua legenda Melayu Purba;juga menggunakan plot cerita yang sama!
Mula-mula kita lihat rekod dari orang Cham (Champa).Di dalam inskripsi batu bersurat yang bertarikh 657 Masehi (abad ke-5) yang dijumpai di tapak bersejarah My Son di Vietnam ada mencatatkan legenda Brahmin dan Ye Ye ini di mana mereka dikenali sebagai Kaundinya dan Soma.Sebenarnya dalam inskripsi itu tidak menyatakan nama sebenar puteri ini tetapi setepatnya menghuraikan sebagai 'anak perempuan kepada Soma' di mana Soma itu adalah seorang 'Raja Naga'.

Bagaimana dengan dari sebelah Khmer?Mereka mempunyai legenda yang sama namun lebih kuat sebagai cerita rakyat yang popular di kalangan masyarakat mereka.Orang suci itu dikenali sebagai Preah Thaong dan Ye Ye sebagai Neang Neak dalam versi Khmer.Oleh kerana orang Khmer telah mendominasi Kemboja pada hari ini dan berkuasa menuliskan sejarah mereka dengan lebih meluas maka para pengkaji moden lebih cenderung menyangka Funan adalah kerajaan orang Khmer.Tetapi hakikat sebenarnya bukan sahaja para pengkaji Khmer,malah cendekiawan Barat juga pada hari ini masih berdebat tentang siapakah orang Funan ini.Ini kerana kekurangan bukti dan prasasti menyebabkan identiti orang Funan ini masih samar-samar.Sebahagian cendekiawan Barat seperti D.G.E Hall cenderung mendakwa orang Funan adalah dari keturunan Melayu sebagaimana orang Cham.Tetapi ada juga pengkaji seperti Micheal Vickery yang mengatakan Funan adalah Khmer.
*Lihat kostum orang Mon ini yang bercampur-aduk dan perhatikan gadis sebelah kiri sekali memakai kain songket seperti lagak seorang srikandi Melayu.
Mari kita lihat siapakah yang lebih mempunyai 'autoriti' dengan warisan Funan berdasarkan apa yang mereka ada tentang kisah Funan ini.Orang Khmer mempunyai cerita rakyat sahaja,namun orang Cham punya prasasti bertulis tentang legenda ini!Kini dikatakan dijumpai inskripsi Khmer yang mengandungi cerita orang suci dan puteri ini,namun isi inskripsi itu hanya menyambung motif yang ada dalam prasasti Cham;di mana di dalam inskripsi Khmer itu menyatakan bahawa bahawa pemerintah-pemerintah mereka adalah berasal dari Sri Kaundinya dan anak perempuan Soma.Mengapa inskripsi itu hanya menurut motif cerita dalam rekod orang Cham?KERANA REKOD KHMER ITU BERUSIA ABAD KE 10 MASEHI MANAKALA REKOD CHAM SEAWAL ABAD KE 5 MASEHI.Terima kasih kepada orang Cham kerana bijak dan rajin menuliskan rekod-rekod.Sebab itu antara usaha untuk memadamkan sejarah sesuatu bangsa ialah RAMPAS,MUSNAHKAN ATAU SOROKKAN REKOD-REKOD INI!
*Kompleks My Son di Vietnam
Nasib baik prasasti Cham dijumpai di Vietnam,jika pengkaji Khmer menjumpainya di Kemboja silap haribulan batu bersurat itu mungkin dipecahkan.Dan dengan ini mereka lebih selesa mendakwa Funan benar-benar orang Khmer.

Legenda ini menjadi cerita rakyat (folklore) dalam masyarakat Khmer sementara oleh kerana orang Cham tidak bernegara pada hari ini apabila sebahagian mereka menjadi rakyat Kemboja dan selebihnya menjadi rakyat Vietnam maka legenda ini semakin dilupakan.Sementara orang Khmer semakin bercerita ke sana sini tentang legenda cinta Kaundinya dan puteri Soma,orang Cham semakin tidak mengendahkan cerita PENTING ini.Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup kerana para pengkaji Vietnam telah menjumpai prasasti tentang Kaundinya dan Soma di My Son yang merupakan tapak purbakala orang Cham di Vietnam.Mengapa orang Cham punya cerita ini lebih awal dari versi orang Khmer?

INI KERANA KERAJAAN CHAMPA SEMPAT SEZAMAN DENGAN ERA FUNAN.

Kerajaan Champa ketika itu sangat maju,hasil hubungannya dengan Funan dan orang Champa lah yang mewarisi segala ilmu pengetahuan Funan.Lihat suasana peperangan di antara Cham dan Khmer yang diukir oleh pengukir Khmer sendiri di Bayon.
*Relief di Bayon menunjukkan askar Cham (memakai helmet dan membawa perisai) sedang bertempur dengan askar Khmer
Perhatikan kostum askar Cham berbanding askar Khmer.Askar Cham punya jaket perang dan helmet (topi besi?) serta perisai panjang.Askar Khmer hanya memakai kain selempang yang diikat-ikat ke tubuh mereka yang tidak berbaju dan seolah-olah memakai cawat sahaja.LIHAT,ORANG LUAR MENAFSIRKAN ORANG MELAYU AMAT MAJU DAN BERPELAJARAN namun hari ini ada orang Melayu memikirkan bangsanya dahulu adalah bangsa hutan dan gua.Mengapa orang luar menilai Melayu dalam sejarah mereka dengan begitu hebat dan maju?Dan mengapa orang Melayu Malaysia menilai bangsanya begitu rendah dan menyedihkan?Sehingga ada anak-anak Melayu yang terkekeh ketawa melihat gambaran Orang Melayu Patani yang memiliki pistol,meriam dan istinggar oleh pembuat filem Thailand (rujuk filem Queen of Langkasuka).Perhatikan sekali lagi ukiran ini.Ini bukan diukir oleh orang Cham atau orang Kedah TAPI ORANG KHMER SENDIRI DI ZAMAN KERAJAAN ANGKOR ERA JAYAVARMAN VII DI AWAL ABAD KE 13 MASEHI!!

Orang Cham ketika itu masih berbisa kerajaan mereka.

Sebab itu mereka berjaya menakluk Angkor Wat,menyebabkan raja Khmer lari membina Angkor Thom di tempat lain.Kenapa orang Cham ini beriya-riya hendak menakluk Angkor Wat?Sebab ia ibukota Khmer?Kenapa Angkor Wat masih terpelihara sehingga ke hari ini?Mengapa kota-kota lain dimusnahkan oleh pihak yang menang berperang di mana-mana sahaja tetapi ANEHNYA ORANG CHAM INI MENINGGALKAN SAHAJA ANGKOR WAT DALAM KEADAAN ELOK SELEPAS MENAKLUKNYA?

Kerana di Angkor Wat terdapat warisan Kemelayuan Funan atau RELIK yang diambil oleh orang Cham,sebagai mengingati saudara mereka yang hilang!Memusnahkan Angkor Wat bermakna SAMA SAHAJA DENGAN MEMUSNAHKAN WARISAN FUNAN DAN RAHSIA KEMELAYUAN.

Sekali lagi,terima kasih orang Cham...anda adalah contoh warisan Melayu yang bijak...kalaulah Dai-Viet tidak menjadi barbarian menjarah kerajaan anda,hari ini andalah model Kemelayuan yang agung.
*Pakaian orang Mon.Orang Mon mempunyai hubungan dengan orang Khmer berdasarkan kelompok bahasa mereka.Perhatikan bagaimana orang Tai yang datang kemudian mencedok budaya orang Mon dan Khmer serta satu lagi budaya,iaitu 'Srivichai'
Funan kemudiannya ditakluk oleh Chenla,satu kerajaan di utara Kemboja yang asalnya ialah negara naungan Funan.Penaklukan Chenla ini bukanlah serangan ketenteraan namun lebih cenderung kepada teknikal sosial dan politik,di mana raja Chenla telah berkahwin dengan puteri Funan dan sekaligus seluruh Funan di bawah pemerintahan Chenla.Ketika itu Funan sudah lemah kerana keruntuhan rangkaian perdagangan antara Empayar Rom,India dan China.

Menariknya Chenla ini memang tidak dinafikan oleh para pengkajiADALAH KERAJAAN ORANG KHMER.

Chenla memang tidak diragukan adalah warisan Khmer tetapi bukan Funan,kerana warisan Funan ini telah dikaji oleh ramai cendekiawan dan mereka menyimpulkan bahawa budaya Funan adalah 'campuran kombinasi gaya Dvaravati dan Malayu' di mana Dvaravati adalah kerajaan purba orang Mon dan Malayu adalah kerajaan purba orang Melayu Nusantara yang dikesan ciri-cirinya muncul di sekitar utara semenanjung dan Sumatera.

Jadi jika orang Khmer mengatakan raja-raja mereka adalah warisan Funan;INI MUNGKIN BENAR.KERANA DARAH CHENLA TELAH BERCAMPUR DENGAN DARAH FUNAN menghasilkan warisan pemerintahan rakyat Kemboja pada hari ini.

Namun untuk mengatakan bahawa Funan sahaja adalah benar-benar dari orang Khmer,INI ADALAH FAKTA YANG SALAH.Funan adalah dari keturunan MALAYO-POLYNESIAN.Hanya orang Cham tahu cerita sebenar tentang saudara mereka ini.Mereka pernah berkerajaan bersama-sama dan ketika Funan menjadi empayar,Champa tetap selesa menduduki pantai-pantai Vietnam tanpa ditakluk oleh Funan.Legenda Funan ada dalam manuskrip Cham dan diletakkan di tapak yang dipandang suci oleh orang Cham Kuno iaitu di My Son di Vietnam pada hari ini,di mana My Son adalah kompleks kuil,istana dan monumen suci orang Cham Kuno (sebelum kedatangan Islam).Bayangkan jika terdapat hikayat Melayu yang mengagungkan Shih Huang Ti membina Tembok Besar China dan karya itu setaraf dengan Hikayat Hang Tuah dan Sulatus Salatin?Bukankah ini sesuatu yang janggal?Jadi apa motif batu bersurat yang mencatatkan legenda Brahmin dan puteri Mayang Mengurai di tempat suci (sacred or holy place) Champa?ADA RAHSIA DI SINI.

Ketika Funan berkuasa,orang Khmer baru berhijrah ke Indochina dan menubuhkan kerajaan Chenla.Chenla adalah kerajaan pertama orang Khmer.Chenla adalah Khmer,Khmer adalah Chenla.Menariknya,para pengkaji bersepakat menyimpulkan bahawa kerajaan Chenla ini telah menyerap budaya dan kostum Funan ini ke dalam budaya orang Khmer.Jadi tidak hairanlah jika orang Khmer bermati-matian mempertahankan bahawa Funan adalah dalam kelompok Khmer kerana jika dikatakan bahawa Funan itu adalah sekelompok dengan Cham atau Malayo-Polynesian atau ringkasnya warisan Kemelayuan,maka ini sudah tentu kurang selesa dan perlu dielakkan dalam penulisan sejarah orang Khmer.Sejarah Chenla menyerap seluruh peradaban Funan adalah fakta sejarah yang tidak boleh dipertikaikan.Namun bagaimana Chenla boleh dipastikan sungguh-sungguh bercirikan Khmer manakala Funan sehingga ke hari ini masih diperdebatkan identitinya?Padahal Chenla pernah dinaungi oleh Funan?Tiadakah prasasti Chenla yang menyatakan Funan adalah benar-benar kerajaan orang Khmer,seperti dirinya?Ya,memang tiada.TIADA PRASASTI CHENLA YANG BERKONGSI SUKA-DUKA FUNAN.

YANG ADA ADALAH PRASASTI CHAM,YANG MELETAKKAN LEGENDA FUNAN SEBAGAI SESUATU YANG AMAT DIHORMATI,SESUATU YANG AMAT DIKAGUMI

MELAYU :: The Origins Of Malay (Part 4) - (The Land Of Gods)



(Di Gua Rahsia)


Anak cucu sudah kembali dari pengembaraan ke Angkor Wat.  Apa yang anak cucu nampak?Hahaha...   sebenarnya banyak lagi rahsia di sana,yang anak cucu belum tahu lagi.  Bagaimana dengan Angkor Thom...
Apa yang Srikandi beritahu anak cucu?Sesungguhnya apa yang diketahuinya hanyalah sedikit sahaja jika dibandingkan dengan apa yang terkumpul di dalam peti-peti ini.  Lagi anak cucu mengembara mencari rahsia Melayu,lagi banyak rahsia yang anak cucu tidak tahu.  Mari mendekat ke sini,Tok Aki mahu tunjukkan sesuatu.
(Tok Aki mendekati satu peti yang penuh berukiran dengan tulisan Mesir Purba)
Di dalam ini adalah rahsia yang terpendam beribu-ribu tahun dahulu.  Tiada siapa yang tahu perkara ini kecuali mereka yang mahu berfikir.  Ini adalah peringkat rahsia dalam rahsia.  Ada sesuatu di sini,di tempat tinggal kita ini 3500 tahun yang silam.
Anak cucu!Jika bukan para sarjana Barat merekodkan kewujudan kita,para sarjana China dan sasterawan Sanskrit akan menuliskan kewujudan kita,jika bukan raja Babilon menyebut-nyebutkan tentang kita...   para Firaun di sana akan menuliskan syair-syair tentang kita..
Dan tanah tumpah darah kita ini..
Anak cucu ke sini bukanlah atas sebab untuk mengetahui apakah dia rahsia-rahsia ini,tetapi lebih untuk memahami MENGAPA MEREKA BERSUSAH-PAYAH MENCATATKAN KEWUJUDAN KITA.  Sejak dari zaman berzaman,dari chariot dewa-dewi Hindu yang berasal dari kerajaan-kerajaan yang hilang...   dari kamar beradu Isis dan Osiris... dari haruman bunga-bungaan misteri di Taman Tergantung Babilon, rahsia kemelayuan tetap terjaga,anehnya...   bukan dari mulut ke mulut kita wahai anak cucu! TETAPI DARI TANGAN ORANG LAIN. Bangsa-bangsa purba bersilih ganti menjaga tabut rahsia kita.  Turun temurun.  Entah siapa yang menyuruh mereka menyimpan rahsia.  Jadi Tok Aki ingin bertanya anak-anak cucu sekalian...   mengapa mereka menjaga rahsia kita??
(Tok Aki tiba-tiba ghaib dari pandangan.  Suasana begitu hening dan sunyi.  Di atas peti terdapat secarik kertas dari daun papirus, tertulis kata-kata yang indah...)
Palingkan muka kamu..
Kepada bunga
kancing emas
satu rahsia..
Misteri Punt dan Petunjuk Di Dalam
The Egyptian Book of The Dead
"Those who preside over their altars are the similitude of the Maat Ra (Eye of Ra), and the similitude of the Maat Heru (Eye of Horus)"
(Papyrus of Ani 'The Egyptian Book of The Dead' translated by E.  A Wallis Budge)

Merenung kepada apa yang terjadi kepada keturunan Maya dan Aztek pada hari ini,benar-benar menginsafkan.  Betapa sesiapa yang tidak membaca sejarah agung mereka,akan menganggap mereka adalah kaum picisan yang hina dan tidak berpelajaran.  Melihat keadaan mereka yang menjadi minoriti dan terpinggir akan membuatkan sebilangan kita berfikir bahawa kaum ini sudah tentu tidak tahu membuat apa jua ciptaan,hatta sebatang jarum sekali pun.  Melihatkan keadaan mereka pada hari ini akan membuatkan kita berfikir dari hutan manakah mereka berasal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...