Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Kitab Injil 1,500 Tahun Ditemui

ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.



Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad. 

MAYAT MISTERI ATAS KUBAH MASJID NABAWI


Qubbatul Khadhra’ (kubah hijau) yang terlihat megah di Masjid Nabawi berfungsi menaungi makam Rasul Saw yang mulia didampingi kedua sahabatnya sekaligus mertuanya iaitu Abu Bakar Siddiq ra, dan Umar bin Khattab ra.

Tempat tersebut dahulunya adalah rumah baginda Rasul Saw kerana setiap Rasul yang diutus oleh Allah Swt dimakamkan di mana dia wafat. Sebagaimana sabda Nabi Saw: 
Tidak dicabut nyawa seorang Nabi pun melainkan dikebumikan dimana dia wafat. -(HR. Ibnu Majah)
Sejarah bercerita, ketika Nabi sampai di Madinah, pertama sekali dikerjakan Nabi Saw adalah membina Masjid Nabawi dengan membeli tanah berharga 10 dinar kepunyaan dua orang anak yatim Sahl dan Suhail berukuran 3 x 30 m.

Kisah Mustapha Kamal Ataturk – Mati tak diterima bumi



Beliau ialah Mustafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M).

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi’bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:
‘Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.’

SISWI Jadi Hamba Seks BOMOH!! Foto Bogel Dirakam..

Sedih bila baca tajuk berbunyi Siswi jadi hamba seks bomoh, foto bogel dirakam. Dah nama Siswi, tapi masih cetek akal untuk nilai baik dan buruk.


Kerana ingin mengubah nasibnya, seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Kuala Lumpur menjadi mangsa hamba seks seorang bomoh lelaki sejak April tahun ini.

Apple miliki wang sebanyak RM1.26 trilion


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Apple sekali lagi memintas Exxon sebagai syarikat AS paling berharga selepas ia mencatat suku kewangan yang mengagumkan.

Harga saham Apple Inc. meningkat enam peratus dalam dagangan tengah hari kelmarin untuk diniagakan pada harga AS$445.29 (RM1,354.35) sesaham dengan modal pengilang gajet iPhone dan iPad itu kini mencecah AS$415 bilion (RM1.26 trilion).

Subhanallah, Awan bentuk Tsunami di Johor (Seram!)

Sebuah awan besar yang persis seperti tsunami telah dirakam di Segamat, Johor pada Disember tahun lalu. Kemunculan awan tsunami itu telah menggemparkan penduduk setempat dan masing-masing telah memberhentikan kenderaan untuk melihat fenomena kejadian pelik tersebut. Foto yang dirakam menunjukkan seperti sebuah tsunami gergasi sedang bersedia untuk menenggelamkan bandar Segamat. Nauzubillah. Gambar awan tsunami yang seram yang berlaku di Johor itu ada di bawah.


Tidak dapat tidak digambarkan dengan kata-kata jika awan tersebut merupakan tsunami yang sebenar. Sangat menakutkan. Agaknya beginilah keadaan di Hari Kiamat kelak. Ibu yang mengandung pun tergugur kandungannya tanpa disedari dan lari lintang pukang. Mana taknya, gunung ganang ketika itu tercabut, dan manusia berterbangan seperti serangga. Nauzubillah. Insaflah diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...