Kubur bekas pemimpin Palestin Yasser Arafat akan digali pada tarikh 26 November depan kata seorang diplomat Barat. Tindakan menggali semula kubur Yasser Arafat bertujuan untuk siasatan mengenai punca sebenar bekas pemimpin Palestin itu.
Kumpulan penyiasat yang ditugaskan untuk mengkaji balik punca kematian Arafat dari Institut Fizik Radiasi, Universiti Lausanne, Switzerland. Kumpulan penyiasat tersebut telah tiba lebih awal untuk persiapan penggalian kubur itu.
Yasser Arafat dikatakan meninggal dunia di sebuah hospital tentera di Paris pada tarikh 11 November 2004. Bagaimanapun, Pakar-pakar Perancis tidak dapat mengesahkan punca kematian bekas pemimpin itu. Boleh dikatakan ramai penduduk Palestin berpendapat dengan yakin bahawa Yasser Arafat meninggal akibat diracun Israel.
Hasil siasatan terdahulu ada mendakwa terdapat bahan radioaktif polonium ditemui pada barang-barang peribadi Arafat. Difahamkan Polonium adalah bahan beracun yang pernah digunakan untuk membunuh bekas perisik Rusia, Alexander Litvinenko pada suatu masa dahulu.