Dalam persoalan ini perlu diberi penjelasan bahawa isu membaca al-Quran di atas kubur dan isu menyedekahkan pahala kepada si mati merupakan dua isu yang berbeza. Perkara yang hendak dibincangkan di sini ialah adakah disyariatkan membaca al-Quran di kubur atau ianya amalan yang tidak dicontohkan oleh rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Perbincangan adakah pahala yang dikirimkan kepada si mati sampai atau pun tidak, maka saya rasa perbincangannya bukan disini. Oleh yang demikian kedua-dua perkara ini hendaklah dibezakan.
Everything about hypocrisy around us.. It's happen for a reason~ Wake up and start using your brain and grow up..
Membaca al Quran di Kubur – Bid’ah Ke? Sesat Ke?
Dalam persoalan ini perlu diberi penjelasan bahawa isu membaca al-Quran di atas kubur dan isu menyedekahkan pahala kepada si mati merupakan dua isu yang berbeza. Perkara yang hendak dibincangkan di sini ialah adakah disyariatkan membaca al-Quran di kubur atau ianya amalan yang tidak dicontohkan oleh rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Perbincangan adakah pahala yang dikirimkan kepada si mati sampai atau pun tidak, maka saya rasa perbincangannya bukan disini. Oleh yang demikian kedua-dua perkara ini hendaklah dibezakan.
Evolusi Google
Google Inc. melalui blog rasminya, mengumumkan telah melakukan beberapa pembaharuan kepada beberapa produknya. Laman utama Google dilihat dikemaskini dengan logo yang lebih kecil, manakala pautan diletak di sebelah atas dan bawah halaman bagi menampakkan susunan yang lebih kemas.
Pembaharuan yang dilakukan sedikit demi
sedikit keatas semua produknya dengan harapan memberi pengalaman baru
kepada semua pengguna. Produk yang bakal terlibat dalam pembaharuan ini
termasuk Google Maps dan Google Search.
'Nostradamus' Ramal Kemunculan Imam Mahdi

Sebelum
Rasulullah SAW dilahirkan, kisah kelahiran baginda telah diceritakan
lebih awal di dalam Kitab Taurat dan Injil. Dikenali dengan nama Ahmad,
dan bukannya Muhammad sebagaimana setelah dilahirkan. Kelahiran agung
itu telah dihafal dan dijiwai oleh pendeta Nasrani dan rahib Yahudi,
hingga mereka mengenali sifat Rasulullah SAW itu lebih daripada anak
mereka sendiri. Malah ada yang ternanti-nanti kelahiran tersebut dan
mengharap Nabi tersebut adalah dari kalangan mereka.
Ketika telah terjadi kelahiran Rasulullah SAW,
mereka segera mengenalinya melalui tanda-tanda yang telah tersebut di
dalam Kitab Taurat dan Injil. Ketika tiba seruan Islam dari Rasulullah
SAW, merekalah yang menjadi penentang karana iri hati dan dengki, bukan
kerana tidak tahu kebenaran. Hingga kini, Yahudi dan Nasrani tidak
berhenti memusuhi Islam. Mereka terus menerus mengkaji rahsia-rahsia
kekuatan umat Islam dengan tujuan untuk melumpuhkan ajaran Islam.
Kelab Malam Menyerupai Masjid di Sepanyol
Tahukah anda, La Meca merupakan disko yang paling popular di kota
pesisir Aguila, di Murcia, Sepanyol, pada 1980-an dan 90-an sebelum
ditutup satu dekad lalu. Kemudian disko ini kembali dibuka pada 18 Jun
2010 dengan nama yang sama, sehingga mengundang kontroversi di kalangan
umat muslim di negara tersebut.
Kontroversi tersebut semakin besar setelah hacker masuk ke website
disko tersebut, kemudian memposting videonya. Tentu saja hal tersebut
akan mengancam peperang besar antara Sepanyol dan orang-orang Islam di
seluruh dunia, jika tempat tersebut tidak mengganti namanya.
Ketua Federasi Entitas Agama Islam Sepanyol mengatakan bahawa Mekah
merupakan tempat suci orang Islam, dan tempat Nabi Muhammad menerima
kitab suci Al-quran. Menggunakan nama La Meca untuk memanggil tempat
yang digunakan untuk menari dan minum, itu menghina perasaan umat Islam.
Saksikan VIDEO di bawah...!
Subscribe to:
Posts (Atom)





