Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

"Bujang Terlajak" bakal menggamit panggung...!!?


FILEM genre komedi begitu sinonim dengan Prof. Madya A. Razak Mohaideen.
Walaupun pernah menghasilkan filem seram dan sedih, nama Razak lebih menyerlah menerusi filem komedi. Tanyalah mana-mana pengikut dunia seni tanah air, pastinya mereka lebih mengetahui judul filem komedi arahan Razak seperti Anak Mami The Movie, Mami Jarum, Bujang Senang, Sifu dan Tonga, 4 Madu dan banyak lagi.

Terbaru, pengarah kreatif ini sedang mengarahkan filem ke-32, Bujang Terlajak yang menampilkan tiga pelakon komedi popular, Saiful Apek, Nabil Ahmad dan Johan Raja Lawak. Turut ditampilkan, Fazura Ahmad, Susan Menon serta pelakon filem Ratu sebagai pendedahan buat mereka. Ini adalah filem ke-13 terbitan LineClear Motion Pictures Sdn. Bhd.
Ketika berkunjung ke lokasi penggambaran yang dibuat di studio milik Wayang Studios International di Glenmarie, Shah Alam, Razak sibuk memastikan kru menyiapkan set sementara menunggu tiga pelakon utamanya ini disolek dengan kesan khas. Memang besar studio ini dan ia boleh digunakan untuk pelbagai jenis penggambaran filem, drama, iklan, video klip ataupun program TV.

Kata Razak, dia suka mencuba gabungan baru agar filemnya ada kelainan. Akuinya, Saiful Apek selalu bekerja dengannya begitu juga Nabil manakala Johan pernah bekerjasama menerusi filem Raya Tak Jadi yang akan menemui peminat tahun depan. "Cuma, Fazura dan Susan Menon saja baru pertama kali berlakon di bawah arahan saya. Komedi yang ditampilkan mudah dan menampilkan babak melucukan dan situasi pecah perut buat penonton.

"Berada di lokasi filem komedi amat seronok kerana gelagat pelakonnya memang gila-gila. Tapi untuk filem ini, saya akan 'guide' mereka supaya tak lari dari skrip asal. Saya banyak berbincang dengan pelakon agar dapat menampilkan cerita yang menarik dan menghiburkan penonton.
"Sebenarnya idea untuk buat filem ini sudah ada sejak 2 tahun lalu, tapi terpaksa dipendam kerana menunggu masa yang sesuai. Saya garap skripnya sebanyak 7 kali untuk dapatkan yang betul-betul menarik. Ketika penggambaran filem Sifu dan Tonga, saya dah bercerita mengenai projek filem ini kepada Apek dan Nabil. Mereka sangat teruja apabila mendengarnya. "Apabila perancangan ini menjadi, saya masukkan Johan untuk beri peluang kepadanya membentuk keserasian dengan mereka berdua. Saya nak tonjolkan nama dia pula sebagai pelakon komedi yang berbakat besar menerusi filem ini. Setakat ini penggambaran sudah berjalan hampir 60 peratus," katanya.

Setelah meneliti 'footage' Bujang Terlajak yang sudah siap, Razak membuat kesimpulan inilah filem paling kelakar yang pernah diarahkannya. Katanya lagi, bagi mendapatkan hasil terbaik, dia menggalakkan pelakonnya menjadi gila-gila di lokasi. Bagaimanapun garis panduan tetap perlu kerana jika tidak, pelakonnya akan jadi merapu.
"Saya perlu buat begini agar masyarakat tak pandang serong dengan filem saya. Sebenarnya ini bukan komedi slapstik tapi lebih kepada situasi komedi. Banyak yang salah faham ingat filem saya jenis begitu. Komedi slapstik sebenarnya komedi yang memukul diri seperti mana ditunjukkan menerusi program Charlie Chaplin dan Three Stooges. Situasi komedi adalah salah satu genre berlainan.

"Saya berani menghasilkan filem komedi kerana sambutan masih menggalakkan. Filem 4 Madu misalnya mengutip RM3.2 juta. Kita perlu berani tampilkan perubahan untuk menarik penonton. Itulah sebabnya saya masukkan Fazura sebagai kelainan dan Ebby Yus, Angah Raja Lawak, Azlee serta Jaafar Onn bagi menambahkan warna filem ini," katanya.

Penggambaran filem Bujang Terlajak menggunakan lokasi sekitar Shah Alam, Kuala Lumpur dan Kuala Selangor. Seperti biasa, pengajar jurusan filem di Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini turut memanfaatkan pelajar-pelajarnya dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM Shah Alam, sebagai kru bagi memberi pendedahan kepada mereka.

"Kali ini ada 10 pelajar yang buat latihan amali mereka terbabit dalam penggambaran filem ini. Saya mahu mereka menjadi tenaga pelapis bagi mengisi kekosongan dalam industri perfileman tanah air. Kesimpulannya, filem yang menelan belanja keseluruhan RM1.5 Juta ini adalah filem yang menarik. "Ketiga-tiga watak utama ditampilkan sama rata tanpa membayangi yang lain. Saya suka tampilkan penceritaan secara terus kerana tak mahu peminat berfikir apabila menonton filem ini. Untuk lebih variasi, saya juga selitkan lagu Tan Sri P Ramlee, Maafkan Kami yang diadunkan semula supaya lebih segar," kata Razak. Bujang Terlajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura). Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu. Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan. Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal). Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya.

Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain. Siapakah yang bakal memenangi hati Puteri? Semuanya akan terjawab menerusi Bujang Terlajak.


APEKEHELL LOKASI:
JUDUL: Bujang Terlajak
TERBITAN: LineClear Motion Pictures Sdn. Bhd.
PENERBIT EKSEKUTIF: Abdul Latiff Mohaideen
PENERBIT PENYELARAS/ PANEL SKRIP/ PENGARAH DI SEBALIK TABIR: Shaheed Salim
PENGARAH: Prof. Madya A. Razak Mohaideen
PENOLONG PENGARAH: A. Saifullah Khaisas
PENOLONG PENGARAH/PENYELIA SKRIP DI SET/ PANEL SKRIP: Emmy Syarieatheey Mohamad
PENGURUS PRODUKSI/ KOORDINATOR LOKASI: Taufiq Tajuddin
KESINAMBUNGAN/VIDEO ASSIST/PANEL SKRIP: Syazwani Hamzah
KOORDINATOR KEWANGAN: W Puteri Jannatul Naim Mazlan
SETIAUSAHA PRODUKSI: Rozita Mat Isa, Rozyliana Mat Isa
PENGARAH FOTOGRAFI/JURUKAMERA: Khalid Zakaria
GAFFER: Mohammad Sazali Othman
KEY GRIP: Mohd Faizal Mohd Ali
GRIP: Dzul Azmi Abu Samah
FOCUS PULLER: Rahimi Maidin
PENATA CAHAYA: Mohamad Hushin Yusof, Mohd Roslan Jalaludin
LOADER: Aznan Ishak
AUDIO ENGINEER: Adzrey Abdul Kamal
BOOM: Mohamad Shazrul Supian
JURUSOLEK & DANDANAN RAMBUT: Mas Hashim
PENGURUS BUSANA: Farah Adila Apandi
PENGARAH SENI: Hafiz A. Rashid
PROP MASTER: Ande Umar Osman, Wan Syahir Wan Suruji, Lokman Hakim Mustapha
CATERING: Abdul Wafiy Abdul Rahman, Mohd Hafizi Mohd Noor
JURUFOTOGRAFI (STILL PHOTO): Mohamad Zahid Azmi
PENYUNTING: Faizul A. Rashid
PENAJA PAKAIAN: Zattera Apparel, F.O.S
PELAKON: Saiful Apek, Nabil Ahmad, Johan, Fazura, Mustapha Kamal, Susan Menon, Ebby Yus, Shaheed Salim, A. Shukor Mohaideen, Bkay Nair, Angah Raja Lawak, Farahin Roslan, Arizan Anuar, Nadia Najwa, Azlee Khairi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...