Topik kali ini agak berat di mana ApeKeHell™ ingin melakar pandangan untuk menerangkan kepada pembaca kenapa saya memberikan pandangan atau komen tentang agama. Untuk memahami apa yang akan saya lakar disini saya meminta para pembaca berlaku jujur , ikhlas dan rasional. Kejujuran dan keikhlasan ini penting. Tanpa dua sikap ini agak susah untuk kita membawa pencerahan dihati dan pencerahan diminda. Sikap rasional juga wajib – kerana hanya dengan menggunakan fikrah yang rasional barulah kita memahami kedudukan sesuatu pekara tanpa menjadikan diri kita Pak Turut atau Pak Anguk.
Untuk memulakan wacana ini mari kita mengingati kembali berita Rosmah dan Najib naik haji. Untuk penganut agama Islam – rukun haji ini ialah rukun kelima dalam ajaran Islam. Jadi berita – orang pergi Mekah naik haji - bukan sesuatu yang menghairankan. Tetapi berita Rosmah dan Najib naik haji ini agak berbeza. Berita ini diheboh hebahkan ke seluruh negara (seolah-olah apabila Rosmah sampai di Mekah dia menjadi anak dara sekali lagi.)
Berita Rosmah dan Najib naik haji ini terus menerus disiarkan di media arus perdana. Dalam masa yang sama – kerana saya tidak memiliki tv – saya hanya diberitahu - bahawa untuk beberapa kali Najib telah ditemubual oleh stesen tv secara terus menerus – ini sama seperti temubual 'Lady Gaga' ketika membuat konsert di London untuk para peminat diseluruh dunia. Justeru, musim haji tahun ini amat heboh dengan hebohan yang maha heboh.
Dalam pengetahuan agama yang saya ketahui - wawancara di tv, gambar mengelilingi Kaabah, gambar makan dengan anak raja Saudi, atau gambar dirantai oleh soldadu Saudi ketika menuju ke Batu Hitam bukan sebahagian dari rukun Haji. Tidak ada ayat dalam kitab suci yang meminta media membontoti orang naik haji. Jika ‘ heboh-heboh ‘ ini bukan rukun haji maka kenapa kita disibukkan dengan berita Rosmah dan Najib naik haji seolah-olah mereka berdua ini baru sahaja menemui suntikan mujarab untuk melicinkan kedut muka.
Jawabnya cukup senang: Saya berani menulis disini bahawa pemergian Rosmah dan Najib ke Mekah tidak ada sangkut paut dengan rukun Islam yang kelima. Wow! Tidak ada sangkut paut dengan ibadah haji? Ini satu kenyataan yang akan pasti memanggil bayak surat kutukan dan cacian. Untuk memahami kenyataan saya ini biar saya terus berhujah. Dan para pembaca sila membuka fikrah serasional mungkin.
Saya amati menunaikan fardu haji kali ini bukan seperti arwah nenek saya pergi naik haji 50 tahun dahulu. Ketika saya membesar dahulu saya perhatikan bagaimana naik haji ini betul betul satu perjuangan spiritual. Satu displin diri dan satu pengorbanan kehidupan. Insan yang memasang niat hendak ke tanah suci ini wajib bekerja untuk menyimpan duit bertahun-tahun. Sebelum ke Mekah insan ini akan menjalankan seluruh kehidupannya berpandukan ajaran agama. Sedaya upaya insan ini akan menjauhi dari yang mungkar. Hidup insan ini hanya membuat amalan kebajikan sesama manusia. Justeru, melakukan ibadah haji di Mekah adalah kemuncak wujudiah setelah bertahun-tahun menyimpan niat suci ini.
Hari ini telah wujud apa yang saya panggil ‘ Haji Sponsor’ dan ‘ Haji Tiket Bertuah’. Haji Sponsor bermakna ada si Polan ini telah bernasib baik mendapat tajaan untuk pergi ke Mekah. Mungkin ada kontrektor Bumiputera Kelas F yang telah mendapat hutan balak atau telah berjaya menjual kontrek membuat masjid kepada seorang Cukong. Sebagai tanda bersyukur si Kontrektor ini menaja Tok Bilal dan Tok Siak di masjidnya untuk ke Mekah. Dalam dunia anak muda perbuatan ini tidak juah bezanya dari membelanja ‘member’ untuk pergi tengok wayang di Mid Valley.
Haji Sponsor ini pula tidak jauh bezanya dengan Haji Tiket Bertuah. Hari ini kita ada terbaca tentang cabutan tiket bertuah – tiket ke Mekah - sebagai tarikan agar ramai orang akan datang ke majlis politik. Selalunya majlis politik sebagini disusun oleh parti politik yang kurang mendapat sambutan orang ramai atau parti politik yang dibenci oleh rakyat seperti parti United Malaya National Organisation. Number bertuah yang dicabut akan membolehkan si pemiliknya mendapat tiket penerbangan percuma ke Mekah.
Tetapi ada satu lagi haji yang mungkin lebih hebat dari Haji Sponsor dan Haji Tiket Bertuah. Haji ini ialah Haji TM atau Haji Tahun Mengundi. Haji TM telah menjadi satu trend apabila sampainya tahun pemilihan pucuk pimpinan United Malay National Organsiation. Biasanya si Polan yang bernasib baik untuk mendapat Haji TM ini adalah ahl-ahli parti yang telah dipilih untuk datang mengundi di Perhimpunan Aggung di PWTC. Ahli-ahli yang bernasib baik ini akan dihantar lebih awal ke Mekah untuk menunaikan ibadah Haji. Mekah dipilih agar ianya dilihat ‘kosher’ atau halal. Memberi tiket ke Mekah ini tidak akan dilihat seperti memberi rasuah. Malah ianya dilihat sebagai kerja dan amalan yang soleh.
Setelah memahami jenis-jenis haji ini maka pasti ramai pembaca akan bertanya – jenis haji apakah yang telah dilakukan Najib dan Rosmah ? Saya rasa ianya bukan Haji Sponsor, bukan Haji Tiket Bertuah dan bukan juga Haji Tahun Mengundi. Haji yang dibuat oleh Rosmah dan Najib lebih sempurna dari semua genre haji-haji ini. Haji-haji yang lain tidak ada soldadu Saudi masuk campur. Tidak ada laporan media terus menerus. Tidak ada makan dengan putera raja.
Justeru saya genrekan haji Rosmah dan Najib ini sebagai Haji Nakempru. Dalam bahasa Jepun klasik perkataan nakempru - ワタシ - adalah kata sifat yang bermakna sesorang itu dalam keadaan yang kurang sehat. Malah di pulau-pulau di Selatan Jepun perkataan nakempru ini sering digunakan untuk menggambarkan ikan sakit yang terapung-apung bernafas dipermukaan air.
Untuk memudahkan lagi para pembaca memahami apakah dia Haji Nakempru - biar saya sunat dan Melayukan perkataan Jepun klasik ini. Saya cuba memberi makna Melayunya serapat mungkin agar maknanya tidak lari jauh. Nakempru ialah Najib Kempen Untuk Pilihanraya Umum. Justeru Haji Nakempru dalam Bahasa Melayu yang mudah difahami ialah Najib sedang berkempen di Mekah mencari sokongan untuk pilihanraya umum ke 13. Faham?
Ada atau tidak sesiapa yang akan bertelagah atau berhujah dengan saya tentang Haji Nakempru ini? Atau ada sesiapa yang sanggup mengatakan apa yang saya tulis ini adalah ajaran sesat?
Saya pertahankan apa yang saya tulis ini kerana untuk saya amat jelas pemergian Rosmah dan Najib ini bertujuan untuk berkempen. Secara stratejik Mekah telah dipilih untuk dilawati kerana kota ini membawa aura kesucian agama, membawa aura berbadat dan dari apa yang saya difahamkan kota ini hanya boleh dilawati oleh mereka yang beragama Islam. Dengan satu lawatan ke Mekah sekali gus Rosmah dan Najib dibaca suci, dilihat beribadat dan akan dicap sebagai penganaut agama Islam.
Dilihat suci, beribadah dan terbukti sebagai penganut agama Islam ditujukan khas untuk Mak Cik Warong dan Mak Cik Felda yang selama ini telah terhakis keyakian mereka terhadap Najib dan Rosmah. Najib diyakini umum terlibat dalam kes pembunuhah Altantuya. Manakala Rosmah dilihat sebagai perempuan boros yang membelanjakan duit kerajaan sesuka hatinya. Juak juak yang merancang lawatan ke Mekah ini berharap melalui lawatan ini Rosmah dan Najib digambarkan seolah-olah mereka berdua ini telah bertaubat dari melakukan kejahatan.
Saya perkuatkan lagi pandangan rasional saya ini kerana sebelum membuat Haji Nakempru ini Najib telah melawat Baginda Queen Elizebeth. Pertemuan dengan Baginda Queen Elizebeth ini bertujuan untuk menaikkan prestige Najib sebagai seorang pemimpin negara. Berita terbaru dari Hawaii telah melaporkan tentang Najib sempat bersemuka dengan Obama. Bersemuka dengan Obama ini juga bertujuan untuk menaikkan prestige Najib kerana pada ketika ini Mak Cik Mak Cik Felda sedang melihat Najib sebagai mangsa Nasi Kang Kang Rosmah. Justeru, tidak mungkin mangsa Nasi Kang Kang dapat berjumpa Presiden Obama.
Dalam kes Haji Nakempru , kota Mekah ini sama peranannya dengan Buckhingham Palace di London atau pun Rumah Puteh di Washington DC. Bertawaf ditempat ini hanya bertujuan untuk memperbaiki imej Najib yang sedang nakempru – sedang nyawa nyawa ikan seperti kata orang di Selatan Jepun.
Saya akan menolak semua hujah yang melarang berita agama ini dari dibincangkan. Saya juga menolak kenyatan yang mengatakan hanya mereka yang tahu hal agama sahaja yang boleh memberi komentar tentang agama. Berita berita agama seperti berita Rosmah dan Najib telah masuk ke dalam ruang orang ramai. Maka , saya sebagai satu orang dari jutaan orang ramai itu berhak untuk bersuara. Malah saya juga berhak untuk bertanya apakah duit perbelanjan Rosmah dan Najib ke Mekah itu pakai duit sendiri atau merembat duit kerajaan. Jika menggunakan duit kerajaan maka hak dan saham saya untuk memberi pandangan melonjak tinggi.
Sama ada Haji Sponsor, Haji TM atau Haji Nakempru ini sah atau tidak sah bukan saya yang dapat memberi jawapan. Sebagai manusia saya tidak ada keupayaan untuk mengambil alih peranan Yang Maha Esa. Tetapi sebagai warga yang membayar cukai saya berhak mengeluarkan pendapat – walau pun pendapat ini tentang ajenda agama. Jika sesuatu pekara itu di bawa ke tengah pengetahuan umum maka umum boleh membincangkannya. Jika tidak hendak dibicangkan secara umum sila buat ajenda itu dalam kelambu tertutup dalam bilik yang gelap.(ApeKeHell™)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
yang terbaru - Credits HRTT

anda mengkopipes ttg BERSATULAH MELAYU ttp slps tu saya ternampak anda mengkopipes satu artikel mengutuk org melayu. hmmm... saya tk tahu nk kategorikan blog anda sbg apa. biarlah haji seseorang tu ditentukan oleh Allah, segala yg dibiayai itu urusan dia dg allah. kita sudahkan?
ReplyDelete