Satu kajian terbaru mendapati isteri tidak merasa bersalah berleter terhadap suami mereka manakala si suami secara rahsia merasakan bahawa mereka sentiasa betul.
Golongan isteri menghabiskan kira-kira 7,920 minit setahun untuk berleter kepada suaminya. Ia bersamaan dengan 2jam 30 minit setiap minggu atau keseluruhan 11 jam sebulan atau hampir 6 hari setahun.
Kajian membabitkan lebih 3,000 orang dijalankan oleh kumpulan kempen kesihatan Everyman merumuskan, perkara biasa yang dileteri wanita mengenai pasangan mereka adalah tidak membantu mengemas rumah.
Majoriti wanita tidak berasa malu suka berleter dengan 87 % mengakui sukar untuk memastikan pasangan melakukan kerja rumah.
Manakala 83% lelaki merasakan mereka sentiasa betul yang tanggungjawab mengemas rumah itu tanggungjawab isteri.
Walaupun
berleter adalah satu perkara yang tidak disukai dalam satu perhubungan,
strategi berkenaan kadang kala efektif untuk mengubah pasangan berubah
sikap dan lebih bertanggungjawab.
0 comments:
Post a Comment