Penduduk dakwa PKNS tamak
PETALING JAYA – Keputusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menghapuskan Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya di sini dengan menjadikannya tapak tujuh blok pangsapuri 35 tingkat dan sebuah kompleks perniagaan 15 tingkat mendapat tentangan kuat daripada penduduk setempat.
Mereka menyifatkan PKNS bukan sahaja tamak haloba malah sudah hilang pertimbangan kerana pembangunan di kawasan seluas 7.5 hektar di SS7, Kelana Jaya itu dijangka mengundang pelbagai masalah kelak seperti kesesakan jalan raya, gejala sosial, jenayah dan kesan negatif alam sekitar.
Lebih 10,000 penduduk yang tinggal di sekitar kawasan tersebut dikatakan sangat kecewa dengan keputusan agensi milik kerajaan negeri Selangor itu dan mahu cadangan tersebut dihentikan.
Seorang penduduk yang sudah menetap di situ sejak 19 tahun lalu, Raja Azlan Shah Raja Abdul Aziz, 40, berkata, PKNS telah diamanahkan oleh kerajaan negeri untuk mengurus harta yang dimiliki oleh rakyat.
“Nampaknya PKNS tidak ada integriti langsung kerana sanggup memperdayakan rakyat mengatakan mereka hendak membina sebuah bandar sukan tetapi motif sebenar adalah keuntungan materialistik.
“Saya harap kerajaan negeri menilai semula kedudukan PKNS ini dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengajar mereka pada pilihan raya umum nanti,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kelana Jaya semalam.
Isu projek pembangunan di kawasan tersebut mula mendapat bantahan penduduk pada Oktober lalu kerana kompleks sukan yang berusia lebih 30 tahun itu menjadi tumpuan orang ramai untuk menjalankan pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi.
Salam baru lepas gelak guling guling lagi pas baca berite ni . Agak agak korang pasal apa berita ni jadi frontpage kat KOSMO hari ni .Tak lain tak bukan ada segolongan pembodek kerajaan nak tunjuk terer , lagipun pilihanraya dah dekat . Apa lagi ini la time kite hentam kerajaan Selangor yg diperintahi oleh parti PKR . aku ni pun bukan sokong sgt PKR nih tapi agak agak arrr .. carilah isu yg lebih dinamik sikit dari isu sampah mcm ni . Kemon la use your brain rather than using your knee .. Ni wartawan mana punya kerje nih . Ek ele politik murah cap sabun cap kapak la korang ni ...
Apa yg buat aku piss off sangat baca berite ni pagi tadi , actually aku dah lama tak beli suratkhabar, Pasal cerita cerita bangang mcm ni lah yg buat aku meluat nak baca .. Dah takde bende lain nak dijadikan isu utama kat frontpage ko tu ...
Korang kalau pernah pergi melaka 15 years back may be 18 kot aku pun dah lupa . mesti ingat dgn padang pahlawan di bandar hilir tu .. padang penuh sejarah tu ? tempat tu jugak aku biasa main bola , Padang dia mmg antara yg paling best kat melaka .. open lagi , takde stadium stadium but the best is, when ada perlawanan liga kat situ lah ramai anak anak muda dan fan fan bola akan berkumpul setiap hari sabtu dan ahad . Memang meriah suasana kat padang pahlawan tu . This is part of history la .. But again pembangunan nampaknye lebih penting dari tpk sejarah negara kita .. ye mmg betul dah ada dataran pahlawan skarang but the originality of the place had been tampered with , it is same like tempering your history in a book . Tak pulak aku tgk isu ni kat front page any paper at that time saying kerajaan tamak .. Ye la waktu tu Kerajaan Barisan Nasional yg memerintah .. pembangunan ini dibawa oleh kerajaan BN kata nye kat signboard sign board projek ..ApekeheLL nye nih ..
Kpd pihak yg membodek UMNO ni dgn isu padang yg kalau dibandingkan dgn padang pahlawan kat Melaka tu nampak macam ishhhh BODOH NYE KORANG NIH ..and kepada Pemimpin Kerajaan yg duduk kat atas atas tu tgk la kebodohan tentera tentera pembodek umno nih buat kerja .. Ish kalau aku jadi Boss kat Kerajaan ni malu lah aku ...
Ni semua politik murahan , low class , no brainer dan mcm mcm lagi .. isu politik yg buat ramai org bertambah benci dgn isu isu murahan yg dijaja utk kepentingan politik semata mata .
i,m not saying that i support opposition on this matter but as a Government, We better look like we can manage the country briliantly. Orang melayu dah ramai yg berpelajaran , dunia tanpa sempadan telah banyak mendewasakan pemikiran dan mentaliti bangsa kita. This is the fact that most of Malaysian cannot deny , Kerajaan telah membuat kerjanya dgn cemerlang didalam menjadikan bangsa melayu dan rakyat Malaysia ini ke Next Level . Thank che det for this . You have done very well running our country for the past years .. Walaupun dasar yg dibuat oleh barisan nasional aku tak setuju tetapi we have to look on the good side of it , what is the percentage of Good N Evil in his time ... i can bet you the good part out numbered the evil by far.
Come back to the isu Padang ni .. to me ianya merupakan berita bodoh yg cuba memperbodohkan org Melayu kita secara am nye ..Dan berita berita ini menjadi panduan ramai org yg mempunyai intrepetasi tersendiri , dan ini akan mempengaruhi kebanyakkan mereka utk mempercayai berita itu dah terus menghukum kerajaan yg memerintah negeri ini.
Kepada Kosmo .. aku tak taulah mcm mana korang letak sesuatu kriteria berita itu utk diletakkan kat frontpage korang ni , ramai yg cakap suratkhabar kat malaysia ni is controlled by kerajaan ..ntah betul ntah tidak tepuk dada tanya selera..
APEKEHELLLLLLLLLLLLL
0 comments:
Post a Comment