Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

ORANG MELAYU DAH BANYAK MAKAN BAB!!!!!!I APeKeHeLL nye nihhhhh


Salam ApeKeHell semua...
Banyak orang melayu dah makan babi, memang nampak ini seperti sebuah tajuk yang amat kurang ajar sekali.

Mesti dari tajuk yang mengundang banyak pandangan atau persepsi pembaca terhadap penulis. Tapi aku peduli ape korang nak cakap apa pun tapi benda² BABI ni dah menjadi semakin OUT OF CONTROL. Sekarang ni mcm mana org islam kat malaysia ini hendak percaya atau tidak tentang HALAL nya produk yang bakal kita beli. Atau ramai org melayu yang dah fikir masalah ini bukan nya masalah besar sebab kita bukan tau dalam tu ada BABI pun. Jadi kalau tak tau takpe tak dose, KEPALA hangguk la..
Inilah musuh² Islam di Negara kita sebenarnya kerana pekara yang amat dijaga oleh umat islam ialah HUKUM ISLAM tentang HALAL & HARAM. Maka kalau pekara ini dianggap remeh oleh orang melayu maka cermin lah diri anda dan tanya diri anda samaada ISLAM KAH AKU?
JAKIM OH JAKIM apekehell yang korang buat selama ni? Atau apekaha peruntukan dari kerajaan pusat menyekat kemajuan JAKIM..? Atau adakah jabatan yang sekadar pak turut yang hanya hanggukkan kepala pada sang pemerintah? indah khabar dari rupa… Banyak perkara yang perlu dibincangkan oleh pihak berwajib sebenarnya. Carilah jalan macam mana nak halang benda² haramjadah ni berleluasa dijual secara terbuka dan sewenang-wenangnya.. atau ada apa-apa ke..? Boleh jadi ada pintu belakang ke nak dapatkan status sijil HALAL..? APEKEHELLNYA NEHHHHH....
Kalau kerajaan boleh memandang ringan tentang isu-isu sebegini, maka ini adalah kesilapan besar kerajaan yang paling bodoh sedang berlaku di sebuah Negara yang meletakkan sebagai Islam agama rasmi…. Benda camni pun dah lama berlaku tapi disebabkan ISLAM ni bukan dasar kerajaan maka isu-isu sebegini di anggap remeh.
Jadi, marilah kita bersama-sama bangkit dari alam cyber ini untuk berkongsi berita/maklumat ini kepada semua sahabat kita. Semoga apabila ada suara-suara kecoh dari ALAM INTERNET ini maka barulah kerajaan akan buka mata dan mengambil tindakan yang sewajarnya… Insyallah...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...