Assalamualaikum semua ..
Alhamdulillah nampaknya hasil tulisan saya telah
mendapat respon dari pihak KPDNKK. Syabas saya ucapkan kepada pegawai² yang
bertugas kerana amat jarang kita lihat pegawai kerajaan yang sanggup menerjah
blog² ini untuk mendapat input kepada masalah² MLM yang semakin serius melanda
negara. Dan ada juga respon yang tak suka dengan penampilan blog yang mengatakan
loading agak berat, “buat lah blog macam
AIDID tu baru la layan nak baca..” kata seorang pengunjung blog ApeKeHeLL
nih .. Dan ada juga yang nasihat kan saya supaya bahasa yang digunakan
janganlah ikut style AIDID MUADDIB sangat.. Alamak…! AIDID YANG TIRU AKU
LA HAWAU.. he he he sebab tu lah AC MIZAL ingat aku ni yang ada kat belakang
AIDID hentam dia ni… Itu yang aku konpius dulu mula² baca blog AIDID ni there
is a lot of similarity in the way he write and what he have .. dia ada Fender,
aku pun ada, Macbook..? aku pun pakai macbook, Iphone..? aku pun pakai iphone
cuma english dia tahap dewa sikit dari aku la ... ha ha ha joke aside let’s
move onnnn…
Ada soalan dari KPDNKK so aku rasa baik aku jawab
kat blog ni aje… So semua orang akan dapat info ni.
Boleh maklumkan kepada saya siapakah LINK yang dinyatakan? Sebab saya nak tau juga siapa orang dalam yang buat kerja tak betul ni terutama di bahagian pelesenan... emel kepada saya kenapadam@takbolehbagitau.com
ini kerana saya juga percaya perkara ini berlaku di dalam pejabat saya.
Semasa saya memohon lesen AJL tempoh hari kami
membuat permohonan secara telus (eceh
mesti orang tak percaya ni) ada lah dua tiga kali kami pergi balik pasal
pengisian borang yang tidak lengkap dan macam² lagi la . Tapi masa interview
tentang Pelan Pemasaran saya tidak
ikut serta, yang pergi adalah rakan kongsi saya, sebab saya memang tak paham
langsung pelan pemasaran mlm ni tapi sekarang dah expert la he he he. When i
talk about LINK dalam KPDNKK mesti ramai yang nak tau siapakah link ini... Well
what can i say.. the link is like WAHYU DARI MALAIKAT.. bukan tahap tahap
pegawai biasa dalam kementerian? The licensing industry in most government
office is like 70% who you know and 30 % base on valid application. Kepada
pegawai KPDNKK pergilah siasat UPTREND NETWORK tu dah berapa lama menjalankan
pelan pemasaran BINARY nih.. Dalam Akta Jualan Langsung ada mengatakan
pembayaran bonus tidak boleh didapati dari kemasukan ahli baru... UPTREND dah
berapa lama da buat benda tu ? Siapa dibelakang uptrend tu.. bekas orang KPDNKK
jugak… Pergi la siasat. Ada satu ketika lesen UPTREND ini digantung..?
Kecoh industri MLM ketika itu lesen uptrend dah dikeluarkan dari laman
web KPDNKK. Waktu itu saya bertanya kepada kawan saya di UPTREND salah seorang
Jutawan hebat.. jawapan dia.. eleh small matter la dua tiga hari lagi up la
balik kat KPDN nih.. Pergh memang betul cakap beliau, tak sampai 48 jam lesen
uptrend telah kembali sah dari digantung .. cepatnye siasatan dibuat ApeKeheLL..
Tapi waktu itu kementerian diterajui oleh SHAFIE AFDAL.. tak tau lah sekarang
bawah menteri baru, Nampak macam ada perubahan dalam kementerian. Untuk bagi
nama pegawai tu maaf la saya tak berani . Macam maca orang akan carik aku ni
nanti.. Sebab apa..? Sebab aku tak percaya kepada orang² yang mahukan
information sebegini, entah betul ke tidak last last nanti aku yang kena...
Frankly speaking i think this kind of thing should
not happen in the first place if the Jabatan itself practice BEBAS RASUAH,
BEBAS FAVORITISM, BEBAS DARI KAWAN KAWAN MENTERI, KAWAN KAWAN SUK, KAWAN KAWAN
BOS BOS JABATAN and semuanya harus mengikut prosedur yang ketat dan juga
pemantauan yang cekap. But this thing is an international problem everywhere in
government sector. Seriously masalah ini takkan berlaku jikalau semua pekerja
pekerja kerajaan ini ikhlas melakukan tugas masing masing dengan amanah. Ingat
tak slogan BERSIH, CEKAP, AMANAH dulu tu..? It doesn’t happen man…? Lagi satu
ialah faktor ekonomi, Aduhai kesian orang² kerja kerajaan ni gaji mash lagi
dibawah taraf kerajaan yang belum membangun. Diorang ni juga terdedah dgn
banyak kemajuan kemajuan material didalam negara pita. Diorang pun nak pakai
BMW jugak, Ipad 2 jugak, blackberry, macbook, rumah banglow, holiday kat
oversea tapi disebabkan gaji yang begitu kecil mereka mereka ini akan terdedah
kepada rasuah rasuah yang akan mengelabukan mata mereka. Kat UK driver bas dua
tingkat tu pun mampu g HOLIDAY keluar negara 2 kali setahun... kita boleh ke..?
ermmm kalau tak buat MLM takde la nampak nye, sebab itu dalam HAI O punya la
banyak cikgu cikgu yang jual waterfilter nih he he he jiran aku kat seremban ni
ada cikgu sekolah rendah, boleh tahan jugak aku tengok rumah Banglow dia he he,
kereta Mercedes habis bayar, cehhh…!@!^@% aku ni owner syarikat MLM pun tak
habis bayar lagi rumah ngan kete APeKeHeLL nye..? nasibbb nasibbb…~ Pegawai
KPDN pun banyak buat MLM ni takkan tak tau kot..? he he he he
XOX dah listing sebab edymium, takkan lu tak kaya lagi?
So
soalan kedua berbunyi seperti diatas. Ko ni potong stim la…!!! nanti aku buat
la entry pasal DYMIUMXOX nih .. kalau aku kaya buat biz ni dah lama aku belanja
ko makan chicken chop hari hari kat Amerika la hawauuu...!! Dushhh amek ko ..!!
jawapan kepada soalan kat atas BELUM KAYA LAGI.. nanti aku citer la pasal apa...
ok chow dulu..~
w'salam
ApekeHeLL nye
woit cuciter pasal XOXdymium... binary gak ke? apsal bonus sangkut? apsal ko tak kaya sebab org XOX ckp ko dah kaya-raya sebab listing
ReplyDelete