4. JANJI MODEL BARU EKONOMI TETAPI SENYAP SAHAJA
Ketika mula menjadi Menteri Kewangan, Najib perkenalkan Model Baru Ekonomi (MBE)
yang mana dasar utama ekonomi Negara berasaskan kuota kaum akan dirombak dan
diganti dasar merit dalam memperoleh tender serta projek. Selepas dibantah Dr
Mahathir, Najib memendamkan MBE hingga rakyat tertanya-tanya adakah MBE masih
diteruskan.
5. NAFI BERI LESEN JUDI SUKAN, SYARIKAT JUDI TERUS BERNIAGA
7 Jun 2010, Najib sebagai Menteri Kewangan menafikan telah beri lessen judi
sukanselepas syarikat Ascott Sport dan Berjaya Group umum akan memasarkan Judi
Sukan di Malaysia. 11 Jun 2010, Berjaya Group telah mengeluarkan ‘Medium Note’
bagi meraih dana sejumlah RM800 juta bagi pembiayaan operasi Judi Sukan seluruh
Malaysia di 220 cawangan Sports Toto. Ascott Sport menyatakan mereka telah
mendapat kebenaran dari Kementerian Kewangan. 15 Jun 2010, Najib sekali lagi
menafikan lessen judi sukan telah dikeluarkan dan minta supaya perkara
tersebut tidak ditanya lagi.Penasihat Berjaya Group dalam pengeluaran ‘Medium
Note’ adalah Maybank dan pentadbir kepada operasi tersebut adalah Am Investment
Bank dan Maybank Investment Bank. Mustahil 3 pihak bank ini terlibat sekiranya
belum benar-benar mendapat kelulusan dari kerajaan.
6. NAFI ISTERINYA, ROSMAH MEMPUNYAI PEJABAT DAN KAKITANGAN
Nov 2010, Najib berbohong di Dewan Rakyat apabila menyatakan pejabat Rosmah
tiada kakitangan khusus sedangkan laman sesawang FLOM (First Lady of Malaysia)
di Pejabat PM yang menempatkan Rosmah dan beberapa kakitangan telah ditemui.
Laman ini memaparkan 6 staf yang sama seperti Pejabat PM termasuk bahagian
Media, Dasar Penyelidikan, ICT serta ekonomi yang lebih besar dan sama penting
dengan PM.
7. JANJI KAJI AKTA TEKAN RAKYAT TETAPI DAKWA MAT SABU
15 Sept 2011, Najib umum Malaysia akan jadi ‘negara demokrasi terbaik di dunia’
dengan mansuhkan ISA dan kaji beberapa fakta yang menekan rakyat termasuk Akta
Hasutan dan Akta MEsin Cetak 1984. 21 Sept 2011, kerajaan dakwa Timb Presiden
PAS, Mat Sabu kononnya memfitnah polis British yang bertahan di Bukit Kepong
dari serangan komunis. Mat Sabu tidak memfitnah tetapi menyuarakan pendapat.
8. JANJI KAJI PERATURAN PILIHANRAYA, TIDAK TERIKAT DENGAN SYOR PEMBAIKAN
PERATURAN.
Ogos 2011, Najib tubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen (dianggotai 5 wakil
kerajaan BN, 1 Bebas, 3 Pakatan Rakyat) bertujuan mengkaji dan memperbaiki
peraturan Pilihanraya. Sehari kemudian, Najib menyatakan kerajaan BN tidak
terikat menunggu JK itu mengemukakan syor dan memperbaiki system pilihanraya
sebaliknya BN bebas membuabarkan parlimen bila-bila masa.
9. TIDAK MENGAKU KERAJAAN LULUS CUKAI PRE-PAID
Mulai 15 Sept (kemudian ditangguh untuk dikaji), syarikat telekomunikasi
mengenakan cukai perkhidmatan ke atas pengguna. Najib menafikan Kementerian
Kewangan setuju caj itu dikenakan. Faktanya, pengguna pra-bayar tidak dikena caj
6% sebelum ini kerana telah diserap syarikat telekomunikasi. Dalam Akta Cukai
Perkhidmatan 1975, syarikat telekomunikasi dikehendaki melevi cukai perkhidmatan
ke atas sebarang perkhidmatan telekomunikasi termasuk talian pra-bayar. Jadi,
adakah Najib wajar berkata kerajaan tiada kaitan mempersetujui perlaksanaan
cukai pra-bayar itu?
10. TAIB MAHMUD MASIH BERKUASA WALAUPUN NAJIB JANJI MAHU GANTI BELIAU
Apr 2011 ketika kempen pilihanraya Sarawak, Najib memaklumkan dalam hampir
setiap daerah yang beliau hadiri bahawa KM Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud
akan diganti kerana beliau telah lebih 30 tahun berkuasa. Najib gagal berbuat
demikian malah selepas setengah jam mengumumkan kemenangan BN, Taib terus
mengangkat sumpah sebagai KM tanpa menghiraukan kenyataan Najib. Najib
mengarahkan SPRM menyiasat skandal kekayaan Taib yang bernilai berbilion ringgit.
11. JANJI PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 BOLEH DI STADIUM TAPI AKHIRNYA SERAH KEPADA
POLIS
Julai 2011 setelah mendapat teguran dari Yang Dipertuan Agong, Najib
mengeluarkan kenyataan untuk mengadakan rundingan penganjuran BERSIH 2.0 di
stadium dan berbincang tentang 8 tuntutan penganjur. Akhirnya Najib menyerahkan
kepada polis untuk halang himpunan BERSIH serta tangkap 1,600 rakyat. Najib
mendapat kritikan pelbagai pihak serta dilabel pemimpin ‘Flip-flop’.
0 comments:
Post a Comment