Menjalani
peperiksaan besar seperti SPM memang memberi tekanan tetapi sepasang
kekasih muda ini ada cara tersendiri untuk ‘melegakan’ tekanan itu.
Masing-masing
dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan memilih hotel bajet di Jalan Tun
Ali, Melaka untuk ‘berasmaradana’, namun ‘tekanan’ mereka dijangka
berterusan apabila kedua-duanya dicekup pencegah maksiat semalam.
Ketika diberkas, mereka berdua baru beberapa jam
mendaftar masuk ke hotel tersebut.
Pasangan
kekasih yang baru selesai menduduki peperiksaan SPM ini ditahan ketika
pemeriksaan mendapati mereka berkurung di dalam satu bilik hotel.
Ia
hasil operasi bersepadu disertai Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim),
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Invest Melaka.
Nampaknya kalau semua calon SPM memilih ‘cara ini’ untuk melepaskan tekanan, habis lakulah semua bilik hotel kat Malaysia ni
Sayang
sekali, apa yang mereka belajar selama 11 tahun iaitu dari Darjah Satu
sampai Tingkatan Lima rupanya berkesudahan di hotel bajet saja.
Pasangan
kekasih tadi mungkin merasakan dengan memadu kasih di dalam bilik hotel
akan meredakan ‘tekanan’ masing-masing, tapi mereka tidak sedar bila
ditangkap begini, yang paling menerima tekanan sudah tentulah emak dan
bapa mereka!

0 comments:
Post a Comment