Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Budak 9 Tahun Di Belasah Dengan Batu-bata & Di Potong Dengan Gergaji

(Aliahna Lemmon..menghidap masalah penglihatan dan pendengaran dan masalah emosi)
SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun yang dikenali sebagai Aliahna Lemmon telah dibunuh dengan kejam oleh sahabat datuknya. Kanak-kanak itu dipukul dengan batu-bata dan dikerat-kerat dengan menggunakan gergaji tangan sebelum kepala, tangan dan kakinya disimpan didalam peti sejuk dan anggota badannya yang lain dibuang kedalam tong sampah.

(Mike Plumadore.. pembunuh kejam)

Kanak-kanak kurang upaya bersama dua adik beradiknya itu dijaga oleh sahabat datuknya, Michael Pulmadore,39 tahun kerana ibunya menghidap selsema dan berselisih faham dengan suaminya dan meminta lelaki itu menjaga anaknya sehingga dia sembuh sebelum dilaporkan hilang malam khamis lalu. Lelaki itu yang merupakan
suspek utama dikenali keluarganya 3 tahun lalu ketika datuknya dipenjarakan bersama suspek atas salah laku seks.

Pasukan FBI datang ke rumah dimana Alhana dilaporkan hilang Fort Wayne, Isnin lalu dan menjalankan penyiasatan di kawasan yang terkenal dengan lambakan pesalah laku seks berdaftar. Sebuah helikopter juga dihantar untuk melakukan pencarian kanak.kanak itu. 100 orang pegawai kecemasan dikerah untuk mencari kanak-kanak malang itu.

Pulmadore kemudiannya disoal siasat sebanyak 2 kali dan tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia melakukan pembunuhan itu kerana dia sangat rapat dan menyayangi kanak-kanak itu. Dia membuat pernyataan palsu sebanyak 2 kali untuk mengaburi mata polis ketika disoal seorang detektif yang dikenali sebagai Sheriff Fries. Palmadore pernah mempunyai rekod jenayah di Florida dan North Carolina yang termasuk menceroboh dan serangan.

Pasukan Polis tidak percaya dengan pernyataan yang diberikan Pulmadore tetapi tidak menemui bukti yang dapat menyabitkan lelaki itu kepada kehilangan Alhana. Pulmadore kemudian disoal siasat buat kali ketiga yang menemukan penyataan yang mencurigakan.

Sehari selepas Krismas, dia dengan tenang telah mengakui kepada detektif bahawa dia telah melakukan suatu jenayah ngeri dan kejam iaitu membunuh kanak-kanak dengan memukul kepalanya dengan batu bata dan kemudian mengerat-ngerat badannya supaya dia boleh melupuskannya.

Dia kemudian menunjukkan kepada detektif itu, sebuah tong sampah di premis perniagaan yang berhampiran di mana mereka kemudiannya menjumpai cebisan anggota badan kanak-kanak itu seperti,lengan dan kaki yang dipercayai telah dipotong dengan gergaji tangan dan disumbat ke dalam beg sampah. Kepala, tangan dan tapak kaki ditemui di dalam peti sejuk.

Motif pembunuhan telah dikenal pasti tetapi tidak didedahkan kepada umum. Lelaki itu kemudian ditahan dan akan dibicarakan kerana membunuh.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...