Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

DALAM BANYAK BANYAK MENTERI UMNO BUNG MOKHTAR JUGAK YANG ADA TELO

1

Isu NFC: Bung Moktar ulang gesa Shahrizat letak jawatan


KUALA LUMPUR, 3 Dis — Sementara rakan-rakannya menolak daripada menyentuh isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Bung Moktar Radin(gambar)mempertahankan pendiriannya menggesa Ketua Wanita itu meletakkan jawatan.
Ahli Majlis Tertinggi Umno ini mendakwa isu NFC kini menjadi liabiliti kepada parti. Ahli Parlimen Kinabatangan yang lantang ini juga mengetepikan wujudnya sokongan padu bagi Shahrizat ketika persidangan agung sayap Wanita Rabu lalu.
Katanya: “Kita tidak tahu apa jenis sokongan itu.”
“Ini kerana tiada perwakilan yang dengan jelas menyatakan sokongan, sokongan bagi parti, ya ada, saya tahu,” kata beliau ketika ditemui di sisi Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011 di sini hari ini.
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional ini mengaku isu NFC sudah menjadi liabiliti bagi Umno.
“Saya percaya sebab saya adalah penyokong kuat parti,” katanya.
Kata beliau, meskipun Shahrizat telah menjelaskan ketika perhimpunan tetapi apa yang lebih penting ialah persepsi masyarakat.

“Ini bukan persoalan berkenaan penerangan. Saya fikir beliau sudah beri penjelasan.
“Ini bukan persoalan siapa yang salah. Ia adalah persoalan bagaimana masyarakat menerimanya,” kata Bung Moktar lagi.
Bung Moktar berkata menjelang pilihan raya umum, adalah penting Umno tidak dilemahkan oleh skandal-skandal yang dikaitkan dengan mana-mana individu.
“Jadi, saya sudahkan pun menyatakan pendirian saya. Saya meminta beliau mempertimbangkan (keputusan agar letak jawatan)... disebabkan seorang individu, sebahagian terlibat,” kata beliau lagi.
Pertengahan bulan lalu, Bung Moktar memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri Kabinet yang bertanggungjawab dalam NFC patut meletakkan jawatan.
Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.
“Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.
“Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.
“Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil,” katanya.
Ketika itu wakil rakyat tersebut tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan.
Tetapi kemudian Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
ApeKeHell merakamkan ucapan tahniah kepada Bung Mokhtar kerana keberanian beliau bersuara dalam isu NFC ini yg seakan akan didiamkan oleh UMNO dan barisan nasional . Perkara sebegini mmg harus disuarakan , pekara yg sebegini yg menghancurkan pemimpin tak kira lah dari parti mana , ini soal amanah rakyat , duit rakyat .. mana boleh main  singsing lengan kat perhimpunan dan cakap ini adalah cubaan utk memburukkan Wanita Umno .. Bangang dan bebal la shahjilat nih ... mmg patut pun bung mohtar ni hangin ... alloo menteri menteri lain telo takda ka... Bung mohtar je ada telo nampak nye sebab tu la bini dia sayang kat dia ...wakakakakakakakaka 

ApeKeHell nye 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...