Perhimpunan
Agung Umno 1985, wakil Kedah berucap meminta kerajaan terutamanya
Menteri Dalam Negeri bertindak tegas menangkap Ust. Ibrahim Libya, yg
kononnya menjadikan Kg. Memali sbg sarang subversif yg menghimpun
senjata utk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan. Rentetan dari itu
membuat kerajaan bertindak, namun tiada siapa yg menyangkakan pihak
kerajaan akan sampai ke peringkat sehingga sanggup membunuh....
Kerajaan melancarkan operasi yg dinamakan...
"OPS HAPUS"
18 November 1985
Jam 1935
- Bertempat di Kem Pasukan Polis Hutan ( PPH ) Sungai Petani, Kedah; seramai 3600 org pasukan polis dari pelbagai bahagian termasuk Unit Simpanan Persekutuan ( FRU ) Pulau Pinang, dari Senoi Prak dan Komando 69 telah bersiap sedia menurut arahan, Kebanyakan mereka bukan beragama Islam.
- Seorang Pegawai Tinggi dari Bukit Aman, Dato’ Yahya Yeop telah mengetuai Ops Hapus dengan bantuan beberapa orang pegawai dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis .
Jam 1945
- Dato’ Razali Yeop mengeluarkan arahan iaitu : Menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang terletak berhampiran sempadan Thailand
Jam 2005
- Berlaku kekecohan di antara para pegawai di Kem Sungai Petani dengan pegawai dari Bukit Aman di bilik operasi Sg. Petani.
- Kekecohan disebabkan perasaan tidak puas hati para pegawai di Kem Sg. Petani terhadap arahan tersebut kerana sepanjang pengetahuan mereka tidak wujud sebarang kem komunis di daerah Baling.
- Jika benar kem itu wujud, sudah tentu mereka, PPH lebih dahulu mengetahuinya, menurut PPH arahan itu palsu kerana tempat yg disasarkan mereka itu adalah tempat Ustaz Ibrahim Libya dan madrasahnya iaitu tempat beliau menyampaikan kuliyyah setiap malam.
- Malah Pegawai PPH Kem Sg. Petani itu turut menjelaskan bahawa Ustaz Ibrahim Libya adalah seorang tokoh ulama yang disegani. Ramai di kalangan anggota PPH Sg. Petani turut mengikuti pengajian agama beliau.
- Akibatnya, sedikit kekecohan telah berlaku di Bukit Aman, kerana beberapa kali Penolong Pesuruhjaya Polis Bukit Aman gagal dihubungi. Beberapa panggilan lain dibuat.
- Sehinggalah pihak di Sg. Petani disambungkan dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Dato Musa Hitam yg juga merupakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
- Mereka menyatakan bahawa Ustaz Ibrahim Libya adalah ulama yang disegani dan telah banyak berjasa dalam menaikkan taraf hidup masyarakat Memali.
- Namun Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato Musa Hitam menegaskan supaya Ops Hapus tetap diteruskan. (Musa Hitam lah org yg menamakan operasi ini "Ops Hapus")
Jam 2045
- Satu majlis keraian telah diadakan di dataran terbuka Kem PPH, minuman keras telah sengaja dihidangkan kepada para anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi, namun ada sebahagian daripada anggota PPH tidak menyentuh minuman tersebut.
- Dato Razali Yeop selaku Pegawai Pemerintah Ops Hapus telah menerima mesej daripada wireless menyatakan 10 perisik PPH telah berjaya memasuki kawasan Memali dan seterusnya memberikan laporan keadaan di sana, semua unit kemudiannya bergerak di bawah pimpinan 8 pegawai muda memasuki Baling dengan iringan 2 buah kereta perisai.
- Pada ketika ini PPH Sg. Petani telah mula hilang minat untuk menyertai Ops Hapus.
- Ustaz Ibrahim Libya pula sedang menyampaikan kuliyyah seperti biasa, ada lebih kurang 50 org jemaah yg mengikuti pengajiannya, kuliyyahnya berlanjutan sehingga jam 11.45 malam. Setelah kuliyyah tamat para jemaah ada yang pulang ke rumah dan ada juga yang bermalam di madrasah.
Jam 0000
- Arahan terakhir telah diterima, namun PPH Sg. Petani mencadangkan agar hanya sekatan sahaja yang dilakukan agar Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya berpeluang menyerah diri. Mereka menganggarkan kepungan akan mengambil masa paling lama 3 bulan.
- Cadangan tersebut dibantah oleh para pegawai dari Bukit Aman dengan sokongan OCPD Baling, mereka menganggap strategi itu akan melibatkan pihak polis dan anggota tentera yang bertugas di Sik, Baling dan yg bertugas di sempadan Malaysia – Thailand .
- Sekali lagi kekecohan berlaku kerana 90% anggota tentera menyokong gerakan Islam dan arahan Ops Hapus ini kembali dipertikaikan.
- Musa Hitam cuba dihubungi sekali lagi, namun gagal kerana telah menuju ke sebuah hotel di Kuala Lumpur .
- Ketika itu, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Dato Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan Ops Hapus dari Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang.
- Tidak lama kemudain, Musa Hitam menghubungi mereka dgn suara marah dan agak terganggu.
- Musa Hitam berkata "Teruskan Ops Hapus walaupun terpaksa menyerang seluruh negeri Kedah."
- Pada waktu yang sama, seorang pemuda memberhentikan motosikal di hadapan pagar rumah Ustaz Ibrahim Libya, pemuda itu masuk ke rumah Ustaz Ibrahim Libya & memaklumkan bahawa sewaktu dia di pekan Baling, dia telah melihat sekumpulan polis yang terlalu ramai di sana.
- Ustaz Ibrahim Libya dikejutkan dari tidurnya dan begitu juga dengan 39 muridnya yang tidur di madrasah bangun untuk bersiap sedia mempertahankan diri, mereka mula mengumpulkan senjata seperti kapak, parang, buluh runcing, pisau dan yang lebih berani lagi ada pengikut yg membuat molotov cocktail.
- Ustaz Ibrahim juga menegaskan bahawa beliau tidak akan menyerah kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) yg zalim.
- Ustaz Ibrahim Libya kemudiannya mengarahkan pengikutnya berwudhuk di telaga berhampiran dan seterusnya menunaikan solat sunat, solat hajat dan membaca surah Yaasin.
- Beliau menyampaikan ucapan yang menyatakan, beliau lebih rela mati syahid daripada menyerah diri dan tunduk kepada ISA yang menahan orang tanpa memberi peluang kepada mereka untuk dibicarakan di mahkamah, malah menjadi alat kepada mereka yang ingin menaikkan semangat nasionalisme.
- Seandainya perintah tahanannya di tukar ke akta yg lain, maka beliau sendiri akan keluar menyerah, syarat beliau mestilah dibicarakan di mahkamah.
- Dia berkata lagi kepada pengikutnya, sesiapa yang ragu-ragu boleh keluar dari kawasan itu.
- Namun kesemua yang ada pada malam itu langsung tidak beralih dari tempat mereka dan laungan Takbir bergema memecah keheningan malam itu.
- Ketika itu di IPD Baling, segala persiapan serangan ke atas Kampung Memali semakin rancak dilakukan terutamanya oleh anggota polis yang telah mabuk dan hilang daya fikirannya.
19 November 1985
Jam 0100
- Seramai 3600 anggota polis dari pelbagai unit tiba di Memali lengkap bersenjata automatik dan diiringi oleh dua buah kereta perisai telah mula mengepung Kg. Memali.
- Pada ketika itu, Musa Hitam masih di hotel dan tidak dapat dihubungi, segala urusan komunikasi dijalankan dengan timbalannya yang berada di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang.
- Kebanyakan anggota polis beranggapan bahawa mereka akan menyerang sebuah Kem Komunis sebagaimana yang telah diberitahu oleh Dato Razali Yeop kepada mereka.
- Pasukan polis dari Sg Petani yg kecil bilangannya masih lagi ragu2 dengan tugasan mereka .
Jam 0300
- Kampung Memali dikepung seluruhnya oleh pihak polis, semua jalan keluar & masuk ditutup.
- PPH Sg Petani diarahkan mengepung bahagian Selatan, manakala FRU bersama Special Branch (SB) mengepung bahagian Utara manakala Komando 69 pula telah mengepung bahagian belakang rumah Ustaz Ibrahim Libya yang merupakan sekolah agamanya.
Jam 0336
- Dato Yahya Yeop telah bercakap melalui pembesar suara untuk meminta Ustaz Ibrahim Libya menyerah diri.
- Ustaz Ibrahim Libya berbincang dengan murid-muridnya dan mereka semua telah bersepakat untuk tidak akan keluar menyerah diri, kesemuanya telah bersedia syahid dan mereka bertakbir sekali lagi.
Jam 0400
- Sekumpulan penduduk kampung termasuk wanita muncul dari arah utara, mereka meredah benteng pertahanan anggota polis dan peralatan yang sering digunakan untuk bertani sebagai senjata, mereka ingin memasuki rumah Ustaz Ibrahim Libya bg memberi sokongan.
- Ketika itu, komando 69 yang masih mabuk melepaskan tembakan ke arah mereka, namun akibat mabuk sasarannya tersasar dan mengenai seorang pegawai kanan, seorang pegawai rendah dan seorang konstabel PPH.
- Setelah itu penduduk kampung telah berpatah balik kerana ketakutan .
- Satu rundingan tergempar di antara pegawai Ops Hapus diadakan untuk meredakan ketegangan sesama mereka, akibat tembakan tersebut, ketika itu arahan mengepung rumah Ustaz Ibrahim Libya masih lagi di kuat kuasakan.
- Pegawai dari IPD Alor Setar mahu menarik balik anggotanya dari Ops Hapus dan mahu supaya kepungan dibatalkan.
- Mereka mengambil iktibar dari kemalangan yang menimpa rakan-rakan mereka, Dato Yahya Yeop telah menolak permintaan IPD Alor Setar dan mengarahkan agar kepungan diteruskan.
Jam 0521
- Azan Subuh berkumandang dari rumah Ustaz Ibrahim, laungan azan itu telah menjentik hati anggota polis dari Alor Setar, mereka semakin tawar hati malah mencurigai tujuan sebenar Ops Hapus ini.
- Suara bacaan Ustaz Ibrahim yang mengimam solat Subuh itu semakin sayu, secara tiba-tiba seorang pegawai berbangsa India dari Bukit Aman mengarahkan agar serangan dimulakan ketika itu, namun arahannya telah ditentang oleh pegawai-pegawai bawahannya yang beragama Islam.
Jam 0559
- Solat Subuh selesaii, sekumpulan penduduk kampung muncul lagi dan menyerbu masuk ke kawasan rumah Ustaz Ibrahim sambil melaungkan takbir sambil menggenggam peralatan kampung.
- Melihatkan reaksi itu maka Pegawai PPH mengarahkan anggotanya berundur dan membiarkan penduduk kampung, mereka PPH hanya diarahkan untuk bertahan dan bersiap sedia.
- Kekeliruan mereka semakin jernih dan operasi ini semakin menampakkan kejijikan perancangnya, dikukuhkan lagi dengan beberapa siri penangkapan pemimpin Islam PAS sebelum Ops Hapus ini.
Jam 0815
- Setelah mendapat kelulusan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato Yahya Yeop sebagai Pegawai Pemerintah Ops Hapus telah mengarahkan dua kereta perisai menyerang rumah Ustaz Ibrahim Libya, mereka cuba dihalang oleh pengikut Ustaz Ibrahim dengan lontaran molotov cocktail.
- Pasukan polis memberikan respon berundur terhadap lontaran tersebut sambil memuntahkan peluru dari senjata automatik.
- Pada waktu yang sama, 4 wanita dan 3 kanak-kanak berlari keluar dari rumah setelah diarahkan oleh Ustaz Ibrahim, mereka kemudiannya telah dikepung dan ditangkap lalu dihumban ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing.
- Tembakan daripada pihak polis masih berterusan dan mereka menyambutnya dengan laungan Takbir.
Jam 1105
- Komando 69 diarah menyerang rumah Ustaz Ibrahim Libya, pasukan polis pula, mula melepaskan berpuluh gas pemedih mata ke rumah Ustaz Ibrahim Libya.
- Mereka di rumah pula menghadapinya dengan kain basah, membasuh muka malah menutup dengan guni basah, ada juga yang mengunyah daun-daun kayu setelah membaca sesuatu.
- Mereka berjaya menghadapi serangan gas pemedih mata itu yang berlangsung selama beberapa minit kecuali beberapa kanak-kanak yg man salah seorang kanak-kanak telah pengsan dan mulutnya mengeluarkan buih.
- Cikgu Syafie Ali, salah seorang pengikut Ustaz Ibrahim marah melihatkan situasi kanak-kanak itu, lalu keluar dgn parang yang terhunus, cuba menyerang polis, namun beliau telah dihujani dengan peluru dan tetap terus ditembak ketika cuba untuk bangun akibat jatuh setelah ditembak, maka gugurlah "Syuhada’ pertama Memali.
- Serangan gas reda, kemudian kedengaran lagi suara dari Dato Yahya Yeop menggunakan pembesar suara dan kali ini meminta supaya pihak yang dikepung menghantar wakil untuk berbincang.
- Ketika itu, salah seorang anak murid Ustaz Ibrahim Libya; Mat Piah Yunus yang lebih dikenali sebagai Pak Teh telah berjumpa dengan Ustaz Ibrahim dan meminta penjelasan berhubung permintaan Dato Yahya Yeop.
- Ustaz Ibrahim Libya menyatakan bahawa pintu rundingan pada hari itu telah tertutup dan beliau tidak akan berunding apa-apa pun dan tidak akan menyerahkan diri, memandangkan ketegasan Ustaz Ibrahim serta murid-murid yang lain maka Pak Teh telah membuat keputusan sendiri sambil bertawakkal kepada Allah.
- Pak Teh tampil berjumpa Dato Yahya Yeop yang berdiri di samping kereta perisai manakala dia sendiri berdiri di sebalik pagar rumah Ustaz Ibrahim.
- Pak Teh mempersoalkan tanpa rasa gerun kenapa perlukan perbincangan sedangkan orang kampung sudah ada yang "Syahid" ditembak pihak polis? Dato Yahya Yeop terdiam seketika, namun kemudiannya menjawab bahawa mereka ingin menangkap 4 orang penjenayah yang berada di situ.
- Lantas Pak Teh mempelawa beliau untuk masuk sendiri ke rumah Ustaz Ibrahim dan melihat apakah 4 penjenayah itu berada di situ.
- Dato Yahya Yeop kelihatan tidak berminat dan sedang memikirkan sesuatu setelah mengetahui Ustaz Ibrahim Libya tidak mahu menyerah diri, setelah berulang-alik antara Ustaz Ibrahim dan Dato Yahya, akhirnya Pak Teh masuk semula.
- Namun semasa melewati kumpulan muslimat dan kanak-kanak yang berada di pagar, beliau sempat mengarahkan mereka untuk berlindung di belakang rumah dan pada ketika itu, beliau ternampak ada anggota polis yang ingin menembak Pak Suman, tanpa berlengah beliau segera menyerbu ke arah polis tersebut dengan parang yang terhunus.
- Parangnya sempat singgah kepada salah seorang daripada polis itu namun beliau pula dihujani dengan tembakan yang bertalu-talu dan disambut dengan laungan Takbir.
- Pak Teh terlantar setelah ditembak sebanyak 14 das tembakan dari M-16, setelah Ops Hapus, beliau terlantar di Hospital Sg. Petani dengan keadaan bergari dan kemudiannya dihantar ke Kem Kemunting sebagai tahanan ISA.
Jam 1136
- Komando 69 menyerbu masuk sambil memuntahkan peluru, berlaku beberapa pergelutan dengan Ustaz Ibrahim Libya dan beberapa orang yang masih lagi bertenaga, ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan Komando 69 di halaman rumah, pihak polis pula terus menembak mereka walaupun mereka tidak bersenjata.
- Ketika serangan yang menggila daripada pihak polis itu dalam tempoh ½ jam, hujan mulai turun renyai-renyai dan terus lebat sebaik sahaja serangan tersebut tamat, hanya laungan takbir yang terus mereka laungkan sehingga nyawa mereka telah tiada.
- Ramai yang mati dan tidak kurang juga yg cedera parah.
- Beberapa anggota komando menyerang Ustaz Ibrahim Libya dan beliau menentang sehingga menyebabkan salah seorang komando terbunuh.
- Akhirnya beliau "Syahid" apabila badannya ditembusi muntahan peluru dari senjata automatik.
- Ustaz Ibrahim Libya gugur dengan tangan yang tergenggam ke atas dan mulutnya masih lagi melaungkan Allahu Akbar!!
- Seorang pegawai polis telah meluru ke arah Ustaz Ibrahim yang rebah dan memangkunya, ketika itu juga isteri Ustaz Ibrahim Libya datang.
- Di saat itu mereka mendengar Ustaz Ibrahim berkata, "Alhamdulillah ! Kerana telah mengorbankan kami ke jalan mati Syahid ".
Jam 1213
- Serangan telah ditamatkan, semua yang ditangkap ditutup kepala mereka dengan karung guni, beberapa anggota komando kelihatan menendang beberapa jasad yang terkujur untuk memastikan sama ada mereka telah mati atau tidak.
- Ada juga yang masih menembak mereka yang terkujur itu sambil mencemuh :
PERGI JAHANAM DENGAN ISLAM!!.....
Nota Penting :
Setiap anak muda yg mungkin tidak pernah membaca kisah ni, aku rasa pasti akan marah setelah mengetahui kisah ini. Aku harap semua dpt bersabar & bertenang. Tolong jgn bertindak melulu yg boleh menyebabkan ngkorang rugi dan islam rugi.
Belajar lah bersabar seperti mana Tok Guru Nik Aziz bersabar atau sepertimana Tok Guru Hadi boleh bersabar, mereka adalah org yg melihat tragedi ini. Mereka jugak antara org2 yg pernah di fitnah dgn hebat selepas tragedi di Memali berlaku. Mereka ini telah bersabar selama 26 thn, kenapa mereka boleh bersabar? pada pendapat aku mungkin, kerana mereka tahu, jika nak menentang kezaliman yg pernah berlaku di Memali, hanya ada satu jalan. Jalan itu ialah menumbangkan BN di pusat. Itu adalah langkah pertama utk kita menuntut keadilan bagi pihak As-Syahid Ust Ibrahim Mahmud........
Kisah ini belum tamat.......
tolong arh abes an citer nie.....
ReplyDelete