Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

INI SOAL PERIBADI SHAHRIZAT DAN KELUARGA

Kenapa  minta simpati kaum ibu dan para isteri ?

Kita perhatikan petikan kata-kata Shahrizat,,…

 “Saya tidak akan jawab kalau nak bertanya mengenai NFC,  tanyalah kepada orang NFC.  Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita Umno

Keimanan kita, kilkhlasan kami tidak akan berganjak dan kita tak akan mudah melatah walau apa pun pembangkang nak buat sebabnya,  kita ikhlas dalam perjuangan untuk agama,  bangsa dan Negara “ -  Shahrizat Abdul Jalil
Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Wanita, keluarga dan masyarakat sepatutnya jawab isu lembu dan salahguna wang rakyat berjumlah RM250 juta ini atas dasar peribadi ! Tak perlulah beliau mengaitkannya dengan Wanita Umno !!  Dan kenapa pula sampai meminta simpati ibu-ibu dan para isteri?
Seperkara lagi,.. beliau mendakwa tuduhan tersebut dibuat oleh pihak pembangkang yang cuba mengaibkannya.Dato’ !  ini bukan soal aib atau tidak ! Ini soal kepentingan rakyat,  soal kebenaran dan soal penyalahgunaan kuasa!

Wahai Dato’ Seri Shahrizat !  Isu ini memanglah dibawa oleh pembangkang !.  Pembangkang juga berjuang untuk rakyat ! Mereka mahu wang rakyat tidak diselewengkan! Kalau dato' rasa dato' telah difitnah,  saman
saja di mahkamah !

Dato’ kata dato’ berkerja dan berjuang dengan ikhlas. Pembangkang pun berjuang dengan ikhlas!. Malah perompak dan penyamun pun akan berkata mereka membuat kerja merompak itu dengan ikhlas !!  Jadi ketepikan dulu soal ikhlas atau tidak!.

Kalau dato’ di pihak yang benar belalah diri dato’ !!   Berhujjahlah atas kekuatan diri sendiri , bukan dengan mengaitkan Wanita Umno dengan menyebut perkataan  “kita” dan  “kami” di dalam hujjah dato’ .. Ini masaalah dato’ dan keluarga dato’ yang melibatkan kepentingan orang ramai,.. bukan masaalah Wanita Umno !!  Sendiri buat sendiri tanggunglah!, Pembangkang dah timbulkan, pembangkang juga sudah bertanya dan mencabar dato'.  Dato' jawab saja lah,  bukan mencari alasan!  dan bukan menumpang kekuatan Wanita Umno ! ( jika masih ada kekuatan le! )


1 comment:

  1. sori bro nfc kena korek audit.pembangkang tumpang sekaki sbb ada point....kira cite nie bole lari sket cite aljuburi.....BN dh makin kuat tp kena cite NFC bole bungkus kalu DS NAJIB x amik tindakan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...